16 September, 2013

Semakin disimpan, Semakin hilang.

Entah kenapa, mungkin sudah terlalu lama ianya disimpan, fungsinya sudah pun hilang secara halus dan pelahan. Tidak kira ianya ilmu mahupun angota badan, semakin lama disimpan, sebanyak itulah ianya hilang.

Bukan engan kita gunakan, tetapi keadaan yang tidak mengizinkan. Kata orang itu alasan. Jauh sekali memainkan watak penguat ulasan. Kata orang, ilmu adalah milik-Nya dan seharusnya menjadi perkongsian. Tetapi malang, bukan engan tetapi tidak bersesuaian.

Malas guna angota badan pula mengundang sumpahan penguncian. Seperti lazy eye, yang akan hilang cahaya dengan pelahan setelah kian kurang digunakan. Siapa yang tidak mahu berbekalkan pedang ke medan perang? Tetapi pedang yang tumpul matanya, apa gunanya menambahkan berat dan beban badan? Sekali lagi, bukan engan tetapi tidak bersesuaian.

Sekurang-kurangnya, kita cuba daripada tiada. Sesudah pasti hilang, kenapa tidak mengambil risiko? 'Tidak' bersamaan dengan tidak, dan 'ya' masih berkemungkinan. Ambil risiko, secebis sinaran berdahankan keraguan seribu kemungkinan. Tetapi, risiko yang sudah bertakdirkan keburukan itu haruslah disambut dengan kepentingan, kepentingan yang akan orang istilahkan kedekut.

Delema.

(Sekadar menyeru ilham)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan