Sedar tidak sedar, Windows 8 yang menggunakan pendekatan baharu juga yang harus saya belajar. Pernah juga saya risau yang Windows 8 ini sukar dikendalikan oleh Golongan Kelainan Upaya katagori Penglihatan terhad disebabkan Operating System Windows terbaru ini mempunyai perkembangan yang sangat berlainan. Malah, Start Menu yang sudah biasa kita gunakan itu sudah hilang sampai habuk pun tak ada.
Berdasarkan beberapa bacaan di laman web yang boleh dipercayai, Windows 8 merupakan perkembangan Syarikat Microsoft untuk menghasilkan OS yang mesra skrin sesentuh memandangkan penggunaan teknologi ini semakin popular pada hari ini. Meskipun begitu, Windows 8 masih seperti OS generasi-generasi sebelumnya yang dikendalikan dengan tetikus dan papan kekunci. Secara singkatnya, Windows 8 mendatangkan kemajuan dalam OS keluaran Microsoft.
Pada permulaannya, saya ada sedikit keliru dengan konsep baru yang diperkenalkan tetapi setelah puas meneroka, ia sebenarnya tidak begitu susah. Apa yang diperlukan adalah ketenangan dan penerimaan selain rujukan dari golongan celek IT yang terdapat pada laman-laman web.
Memandangkan saya tidak boleh melihat apa yang terdapat pada skrin komputer secara menyeluruh dan kurang senang menggunakan tetikus (kerana tak nampak anak panah penunjuk), saya memerlukan applikasi pembaca skrin (screen reader), atau nama sebenarnya Non Visual Desktop Access (NVDA). Kepada anda yang pernah applikasi atau software ini, anda sebenarnya boleh mengendalikan komputer dengan windows terbaru itu. Tetapi, terdapat juga sedikit masalah pada sesetengah bahagian di mana pembaca skrin itu tidak boleh memberi respond yang menyeluruh (seperti mendiamkan diri, respond lambat, atau tidak boleh dibaca). Mungkin kerana yang saya gunakan itu portable coppy. Walau bagaimanapun, saya sangat bersyukur kerana saya masih boleh mengendalikannya.
Di sini, ingin sekali saya kongsikan sedikit pengalaman saya menggunakan komputer dengan OS windows 8. Oh ya, pengalaman ini merupakan penglaman pengendalian saya dengan bantuan NVDA dan aplikasi Windows magnifier!
Mungkin yang paling kita risau adalah bagaimana hendak kita capai program-program dan tetapan-tetapan yang kita tempatkan di start menu. Sebenarnya, butang Win atau windows masih berfungsi cuma menunya sudah bercampur aduk dengan pelbagai applikasi (termasuk sedikit Gadgets pada windows 7, applikasi microsoft words, powerpoint etc dan applikasi baru yang lain). Search bos atau ruangan pencarian masih bersedia di sana seperti Windows 7. Tetapi jika kita mahu pergi ke menu yang menunjukkan semua fail dan program dan setting yang kita mahu, kita boleh pergi ke menu yang lain dengan menekan (win + q). Pada menu ini, anda boleh menaip nama fail atau program yang ada atau cari melalui katagori yang telah disenaraikan di sana. (pengunaan kotak carian juga akan lebih dispesifikasikan kepada katagori yang telah disediakan). Dalam menu (win + q) ini, semua program dan fail disusun seperti dalam jadual. Jadi, anda bebas menggunakan butang tab atau kekunci atas/bawah/kiri/kanan untuk pergi ke program yang dihajati. Terdapat satu lagi short cut key untuk menu iaitu (win + x) untuk mencapai beberapa items dalam control pannel. Jangan risau, kebanyak short cut key yang digunakan dalam windows 7 masih boleh berfungsi!!
Ops, mungkin penerangan saya sedikit tidak terurus! Jadi, saya tuliskan semula secara sistematik pada ruangan di bawah.
1. (Win + Q) Seakan akan start menu, ada search box untuk mencari programs atau files atau setting dan lain lain.
Butang bawah setelah teraktifnya menu ini akan membawa kepada beberapa katagori bahan yang hendak dicari seperti katagori file, setting, apps etc.
Tekan Tab setelah pengaktifan manu ini akan membawa pembaca skrin masuk ke jadual yang mengandungi pelbagai apps, files dan lain lain.
2. Budang Win sahaja memaparkan sesetengah apps yang kerap digunakan dan sesetengah apps yang menyerupai Gadgets (dengan penambahbaikan) pada windows 7.
Microsoft words dan lain lain mungkin di sana. Butang atas, bawah, kiri dan kanan berfungsi dengan baik selain butang page up dan page down.
3. (Win + X) membawa fokus anda lebih kepada setting seperti control pannel, user account etc...
Sesungguhnya, saya masih berada pada peringkat permulaan lagi untuk belajar menggunakan OS terbaru ini. Masih ada sesetengah bahagian yang saya belum cuba. Oh, lagi pun komputer riba dengan OS baru itu milik adik saya, jadi tak boleh main ganas-ganas. Jika ada rezeki, saya kongsikan lagi pengalaman saya yang baru dengan OS baru ini. Maaf juga jika saya telah menambahkan lagi rasa pening anda terhadap windows 8. Maklumla, budak baru belajar. hahahahaha.
(Sekadar berkongsi)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan