Siapa yang suka orang terlebih bersandawara? Sandiwara tidak ubah seperti lakonan dan ianya sepalsu palsu keikhlasan. Atas tangappan inilah sandiwara dibenci dan pelakunya dicaci. Tetapi, sebenci-benci kita kepada sandiwara, drama juga dijadikan hiburan, menjadi contoh pedoman dan menjadi cermin kehidupan.
Kenyataannya, sandiwara digemari tetapi dibenci. Sedang kita mengutub pelakon realiti, kita sedang mengutub diri sendiri. Kerana inilah realiti bahawa kita menggemari drama tetapi benci juga kepadanya. Inilah pentas kehidupan. Pentas yang terdiri daripada kita sebagai watak-wataknya. Dan kita tidak terlepas daripada bersandawara untuk kepentingan kehidupan.
Tanpa bersandiwara, terdedahnya realiti yang tidak digemari. Jadi sandiwara disukai. Dan atas keajaiban seni lakonan ini, ia juga dibenci. Bukan semua gemar hidup dalam dunia realiti. Siapa yang gemar diselubungi kesakitan yang dibawa realiti? Tidak kira ianya kesakitan yang lahir dari perbuatan mahupun situasi, ianya sebaik-baiknya dielak dirasai. Jadi, biarlah sandiwara yang menjadi pelali walaupun dicaci. Asalkan yang berkepentingan terus kukuh gagah di nun singahsana, dengan kuasa mutlak tanpa dicabar penjajah kebenaran.
Inilah dunia, dunia yang sementara. Realiti dicipta ilusi dan sandiwara bertahta atas kegemaran kita. Bukankah kita sering berkata keadilan? Bukankah kita berkata kebenaran? Bukankah kita yang memuji keiklasan? Dan bukankah kita yang mencaci pelakon realiti?
Delema manusia.
Bukan semua yang putih itu putih kerana ianya dipandang putih. Bukan semuanya merdu kerana alunannya merdu. Bukan semua sandiwara dibenci kerana ianya topeng ilusi. Dan bukannya ianya mesti sekiranya saya kata mesti. Sandiwara bukan keburukan tetapi juga bukan kebaikan. Cuma tangapan, cuma persepsi sebuah pengalaman kehidupan.
(Sekadar pandangan)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan