Dalam tidak sedar, Malaysia sudah pun berumur 56 tahun. Ikukan hati saya, hendak sekali saya menerbitkan sebuah sajak bertemakan kemerdekaan untuk bacaan semua. Malangnya, tidak berjaya disempurnakan. Oh ya, jika anda berminat dengan karya yang bertemakan kemerdekaan, anda boleh cuba melawat blog sahabat saya di enciksantai blogspot. Hasil karya tulin itu memiliki makna yang jelas dan gaya bahasa yang menarik selain pengunaan simbolik yang bersesuaian dengan makna yang hendak disampaikan.
Sebenarnya, tema kemerdekaan untuk tahun ini mengingatkan saya tentang beberapa tokoh tanah air yang mempetaruhkan nyawa demi kedaulatan dan kemerdekaan bangsa mahupun negara. Walaupun mereka ini sudah pergi dan mewariskan sejarah dan inspirasi perjuangan mereka, serta tanah bertuah ini kepada kita, mereka tetap wira bangsa yang sentiasa disanjungi. Mereka bukan hanya sekadar ilmu bertulis yang menjamin kelulusan dalam subjek sejarah!
Saya percaya bahawa ramai daripada kita bertangapan bahawa generasi muda kini sudah jauh terpesong dari peggangan nenek moyang dahulu yang lebih berjiwa patriotik. Ada juga yang mengatakan bahawa generasi muda dijajah mindanya. Tetapi benarkah begitu? Saya percaya, ianya tidak benar sekiranya pelapis bangsa ini dilengkapi dengan pemahaman dan penghayatan yang mendalam makna di sebalik KEMERDEKAAN, kedaulatan dan sejarah negara.
Bertumpahnya darah bukan bermakna harus untuk kita mati berkorban untuk Malaysia, tetapi simbolik untuk kasih sayang kita kepada tanah tercinta. Kedaulatan yang merdeka pula akan beransur datang bersama kasih sayang kepada bangsa dan negara. Walaupun sudah terlewat untuk saya mengucapkannya, Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-56 Kepada Malaysia.
(Sekadar berkongsi)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan