Saat-saat pengorbanan berlaku, balasan hasil pengorbanan itu akan kembali. Pengorbanan itu seperti juga pelaburan, sesuatu yang mengharapkan pulangan. Ia juga tiada bezanya dengan jual beli, perasaan, usaha dan kejayaan. Mengapa kita harus bersusah? Mengapa kita harus menyeksa diri kita? Semua kerana kita mengharapkan pulangan, pulangan yang boleh dalam bentuk konkrit dan abstrak, yang boleh memuaskan usaha dan pengorbanan kita.
Kita juga sedia maklum bahawa pelaburan bukan sesuatu yang jinak. Seperti api yang kecil sebagai kawan, besar menjadi lawan. Mungkin boleh diibaratkan pedang yang tajam. Semakin tajam pedang, semakin banyak jasad yang boleh dibelah, tidak kira membelah musuh mahupun tuan punya badan yang memilikinya. Kita tidak dapat lari daripada perasaan mahu. Kita sentiasa mahu sesuatu. Kerana sesuatu yang kita mahu itu akan menyempurnakan kehidupan.
Kadang-kala, pengorbanan itu mengharapkan balasan yang bukan balasan kata orang. Kita juga mungkin pernah kata yang "saya tolang ni iklas dan tak harapkan balasan". Sebenarnya, pemberian itu satu permintaan dan harapan juga. Paling kurang pun, kita mahu bantuan kita dapat membantu mereka yang mendapat bantuan. Itu bukan harapankah? Bila wujud harapan, kekecewaan pun wujud juga. Kita semua pun tahu dan sedar tentang kehadiran kembar yang tak seiras itu. Tetapi, kita kadang kalanya sedang berlagak dan berfikir positif untuk melaungkan keiklasan kita dan menyorok kekecewaan itu. Hasilnya, menangis berseorangan. Menangis dalam hati, kerana tidak mahu orang ketahui diri kita yang memalukan (menangis) itu.
Sehari demi sehari, kecewaan demi kecewaan yang kita main sorok-sorok itu pun keluarlah apabila kita sudah tiada daya untuk terus menyoroknya. Saat itu, kita ini sudah mungkin hilang akal. Hilang pertimbangan. Mungkin juga hilang nyawa. Tibannya saat nasi sudah menjadi bubur itu, tiada lagi pangkal jalan untuk kita kembali.
Sudah tentu bukan semua daripada kita ini akan menjadi sebegitu. Kebanyakkan daripada kita hebat bukan? Hihi.
(sekadar menyeru ilham)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan