Pelihara tradisi, tegakkan identiti!
Selamat sejahtera saya ucapkan kepada anda yang sudi menjenguk dan mendengar lagi tulisan di MejaLogam. Seperti mana tajuk yang tertera dii atas, saya akan kongsikan sedikit maklumat lagi tentang Erhu, iaitu sejenis alat tradisional Cina yang masih kekal sehingga hari ini. Bedasarkan beberapa sumber di internet yang saya terbaca tempoh hari, rerambut busur itu diambil daripada ekor kuda. Tetapi, apa yang saya akan sentuh dalam tulisan ini bukannya rambut tetapi makanisma atau sistem yang digunakan untuk mencekangkan atau melendurkan kecekangan rerambut pada busur.
Untuk pengetahuan semua, rerambut pada busur harus dalam keadaan yang tidak terlalu cekang tetapi tidak juga terlalu kendur. Terlalu keras mahupun lembut sangat mempengaruhi bunyi. Sekiranya terlalu cekang, bunyi yang terhasil sedikit keras manakala terlalu kendur pula susah dikawal dan mengeluarkan bunyi yang tidak stabil. Pada permulaannya, saya juga terasa hairan dengan cara yang digunakan untuk mencekangkan rerambut busur kerana cara mencekangkan dan melendurkannya hanya memutarkan skru yang terletak di hujung busur. Tetapi setelah saya cuba menerokanya, barulah saya tahu kaedah yang digunakan.
Bahagian hujung rerambut pada busur sebenarnya terlekat pada batang busur dan hujung sebelah lagi pula dilekatkan pada sejenis plastik yang boleh dimasukkan ke bahagian batang busur yang mempunyai skru. Apabila skru diputarkan mengikut pusingan jam, skru itu akan semakin membenam ke dalam batang busur dan pada masa yang sama, plastik yang terlekat pada rerambut itu turut diangkat oleh skru yang semakin membenam. Sebenarnya, lubang yang ditembusi skru itu hanya terdapat pada plastik yang melekat rerambut busur. Kesannya, semakin ketat skru di pusing, semakin cekang rerambut. Skru itu juga boleh dikeluarkan daripada batang busur. Itulah sedikit ilmu saya yang dapat saya kongsikan bersama.
(Sekadar berkongsi)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan