Tiada kita yang hendak membazirkan masa dengan seni kesedihan. Kita hendakan kegembiraan yang kurang rumit. Kita juga mahukan ianya berkekalan. Tetapi kenyataan tetap kenyataan. Lazimnya, kenyataan itu kadang-kalanya bukan enak ddirasa, bukan merdu didengar, bukan elok dipandang, bukan wangi dicium. Itulah kenyataan yang sebenar-benar kenyataan.
Kita yang cuba berlari ini tiada cara lain selain daripada menempuh, dan mereka yang mengelak pula akan terpesong ke dalam pembohongan. Elak daripada realiti kadang kalanya bukan berlari dari masalah tetapi cara untuk merawat diri yang sudah terluka dengan masalah. Sakit ini akan sementaranya dilalikan. Tidak perlu disakitkan. Tetapi, mereka yang mengelak itu, yang hidup dalam pembohongan itu akan jua berdepan dengan kesakitan kelak kerana itu adalah pembohongan semata-mata.
Bukan mudah menelan yang dikatakan kebenaran itu. Bukan mudah! Jadi, kita yang kurang kental ini akan jatuh, akan tumpas, akan mencari perlindungan dalam pembohongan yang sementara itu. Kita takut dengan kesakitan dan disebabkan perasaan itu, kita akan cuba mengelak dengan sedaya upaya yang kita mampu.
(Sekadar menyeru ilham)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan