25 April, 2013

MejaLogam Berehat seketika

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada anda yang sedang melawat Laman MejaLogam. Untuk pengetahuan semua, saya akan memulakan pengajian tahun kedua saya di KTAR tidak lama lagi. Sepanjang tempoh pengajian itu, saya mungkin sekali lagi kembali tidak aktif dalam penulisan blog. Tetapi, jika berkesempatan, sudah tentu saya akan meluangkan masa untuk menghasilkan tulisan baru untuk perkongsian semua.

Walau bagaimana pun, ingin sekali saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda yang masih sudi melawat laman yang tidak seberapa ini!

16 April, 2013

Kemalangan Air France 4590: Sebuah Sejarah Hitam Concorde (edisi tapisan semula)

Tahukah anda bahawa sejarah manusia pernah mencatatkan suatu ciptaan yang sangat mengkagumkan? Ciptaan ini mampu bergerak melebihi 2200 km per saat iaitu dua kali kelajuan bunyi dan sekali gus memendekkan masa penerbangan bagi destinasi yang beribu batu jauh. Ciptaan ini telah dinamai "Concorde" yang diilhamkan oleh British. Paada asalnya, nama untuk pesawat penumpang super sonik itu hanya dieja dengan C O N C O R D tetapi wokal 'E' telah ditambahkan sebagai tanda penghargaan kepada sumbangan perancis yang bekerja sama untuk menyempurnakan kenderaan ini. Walau bagaimana pun, concorde tidak lagi berkhidmat semenjak tahun 2003 sehingga sekarang.

Sepanjang perkhidmatannya dalam 27 tahun, terdapat satu kemalangan yang dasyat berlaku dan kemalangan itu tidak ubah seperti satu tragidi yang sangat mengerikan. Semuanya bermula pada petang 25 Julai tahun 2000, iaitu terhempasnya Pesawat Air France 4590 di sebuah hotel di Gonesse. Dalam masa sependek 120 saat sahaja, 113 nyawa telah terkorban iaitu 100 penumpang, 9 orang kakitangan pesawat dan 4 orang awam. Seperti yang dicatatkan dalam artikal Wikipedia, mejoriti penumpang yang meninggal dunia berbangsa Jerman iaitu 96 orang. Lebih menyedihkan lagi, kemalangan ini juga telah menamatkan rekod keselamatan pesawat concorde yang terpelihara selama 25 tahun semenjak kali pertama ia diperkenalkan untuk berkhidmat.

Seterusnya, kita melihat peristiwa ini dengagn lebih terperinci lagi. Pesawat Air france 4590 ini sebenarnya mahu membawa muatannya dari Charles de Gaulle International Airport hingga ke destinasinya iaitu John F. Kennedy International Airport di Amarika Syarakat. Pesawat yang sepatutnya berlepas pada pukul 3 50 petang telah ditangguhkan sejam kerana memerlukan penyengaraan. Proses penyengaraan itu juga diarahkan oleh kepten Christian Marty, juruterbang Air France 4590 itu sendiri. Seperti pesawat-pesawat yang lain, Air France 4590 bergerak pada kelajuan yang semakin meningkat di atas landasan penerbangan sebelum berlepas. Tiada apa-apa yang berlaku sehinggalah badan pesawat itu mula dimamah api.

Menurut salah seorang saksi, Gilles Logelin, pegawai yang bertugas di menara kawalan pada masa perlepasan pesawat itu, terdapat api pada bahagian belakang Air France 4590 semasa concorde itu mahu berlepas. Lantas, beliau telah menghubungi kepten Marty, Juru terbang pesawat tersebut tentang keadaan yang mencemaskan itu. Malangnya, AF 4590 sudah terlalu jauh untuk berhenti dengan selamat pada masa tersebut kerana pesawat itu memerlukan landasan yang panjangnya 3000 m sedangkan jarak yang berbaki hanya 2000 m sahaja. Tambahan pula, kelajuan AF 4590 yang sudah mencecah 328 km per saat pada masa itu sudah bersedia untuk terbang. Jadi, kapten Marty tiada pilihan lain selain membiarkan pesawat yang bermasalah itu terpisah dari landasan 4000 m itu.

Menurut ditektif siasatan, enjin nombor 2 pesawat tersebut telah dimatikan Kapton Marty apabila menerima isyrat daripada alat penggera yang terdapat dalam karpit. Keadaan ini menjadi lebih parah apabila Enjin 1 juga kehilangan fungsi kemudiannya. Kesannya, Kapten Marty terpaksa menggunakan segala ilmu dan pengalamannya untuk mengawal keseimbangan pesawat tersebut. Cabaran juru terbang yang berumur 54 tahun itu menjadi lebih hebat apabila sayap kiri pesawat mulai cair berikutan suhu yang terlalu tinggi hasil kebakaran yang berlaku di bahagian bawah sayap tersebut. Nasib yang seperti jatuh ditimpa tangga ini menyebabkan juru terbang antara bangsa ini terpaksa tunduk kepada takdir bahawa dia tidak mungkin selamat. Akhirnya, pesawat itu terhempas di Les Relais Bleus Hotel setelah hilang kawalan di atas udara.

Menurut laporan rasmi siasatan, punca pembakaran adalah merupakan kesan daripada letupan tayar. Penyataan ini telah disokong dengan cebisan getah tayar yang seberat 4.5 kg yang ditemui di bahagian tepi landasan pelepasan. Cebisan tayar tersebut dipercayai bergerak dengan momentom yang tinggi dan menghentak tangki minyak pesawat super sonik itu dan Hentakkan itu bukan sehaja merosakkan sayap tetapi juga telah mengakibatkan pertumpahan minyak dari tangki minyak yang terletak pada sayap tersebut. Pada masa yang sama, wayar utama untuk kawalan gear pendaratan juga menyumbang kepada kebakaran yang dasyat itu. Percikkan elektrik yang terhasil daripada wayar itu telah menjadi pemangkin kepada kebakaran setelah cebisan getah tayar juga tersesat ke bahagian tersebut.

Persoalannya, Mengapakah Tayar Pesawat Air France 4590 Concorde boleh meletup pada saat-saat yang penting itu? Kebiasaannya, tayar concorde mempunyai tekanan yang tinggi terutamanya semasa perlepasan. Malahan, terdapat juga beberapa kes letupan tayar melibatkan concorde. Tetapi insiden AF 4590 ini sedikit berbeza. Letupan tayar pesawat itu berlaku kerana tayar tersebut telah dipotong oleh sebatang logam yang diperbuat daripada Aloi dengan 435 mm. Hasil siasatan, kepingan logam yang kecil ini merupakan salah satu komponen dalam Continental DC 10, iaitu sebuah pesawat yang berlepas 5 minit sebelum AF 4590. Kepingan logam yang kecil ini telah mengakibatkan letupan tayar dan seterusnya cebisan getah dari letupan itu terpelanting dengan tenaga kinatic yang tinggi dan menghentak dinding tangki minyak pesawat tersebut disamping mengganggu sistem pewayaran bagi gear pendaratannya.

Kesan daripada peristiwa itu, British Airlines dan Air france, iaitu syarakat penerbangan yang memiliki concorde telah memberhentikan perkhidmatan penerbangan concorde untuk tujuan pengubahsuaian. Antara perubahan termasuklah dinding tangki yang lebih tahan hentakan, Taya yang lebih tahan tekanan dan sistem wayar yang lebih kukuh. Usaha-usaha ini sebenarnya adalah sebagai langkah untuk meneruskan perkhidmatan penerbangan super sonik ini dalam kalangan kita. Malangnya, kos penyelengaraan terlalu tinggi sementara permintaan untuk penerbangan tersebut semakin berkurangan. Sebagai langkah yang bijak, perkhidmatan ini telah diberhentikan. Penerbangan yang terakhir jatuh pada 24 bulan Oktober tahun 2003, iaitu penerbangan pesawat Concorde dari syarikat penerbangan British Airlines. Mungkin peristiwa inilah yang merupakan permulaan bagi pengakhhiran riwayat perkhidmatan Concorde.

(Sekadar berkongsi)

11 April, 2013

pelaburan pengorbanan dan harapan

Saat-saat pengorbanan berlaku, balasan hasil pengorbanan itu akan kembali. Pengorbanan itu seperti juga pelaburan, sesuatu yang mengharapkan pulangan. Ia juga tiada bezanya dengan jual beli, perasaan, usaha dan kejayaan. Mengapa kita harus bersusah? Mengapa kita harus menyeksa diri kita? Semua kerana kita mengharapkan pulangan, pulangan yang boleh dalam bentuk konkrit dan abstrak, yang boleh memuaskan usaha dan pengorbanan kita.

Kita juga sedia maklum bahawa pelaburan bukan sesuatu yang jinak. Seperti api yang kecil sebagai kawan, besar menjadi lawan. Mungkin boleh diibaratkan pedang yang tajam. Semakin tajam pedang, semakin banyak jasad yang boleh dibelah, tidak kira membelah musuh mahupun tuan punya badan yang memilikinya. Kita tidak dapat lari daripada perasaan mahu. Kita sentiasa mahu sesuatu. Kerana sesuatu yang kita mahu itu akan menyempurnakan kehidupan.

Kadang-kala, pengorbanan itu mengharapkan balasan yang bukan balasan kata orang. Kita juga mungkin pernah kata yang "saya tolang ni iklas dan tak harapkan balasan". Sebenarnya, pemberian itu satu permintaan dan harapan juga. Paling kurang pun, kita mahu bantuan kita dapat membantu mereka yang mendapat bantuan. Itu bukan harapankah? Bila wujud harapan, kekecewaan pun wujud juga. Kita semua pun tahu dan sedar tentang kehadiran kembar yang tak seiras itu. Tetapi, kita kadang kalanya sedang berlagak dan berfikir positif untuk melaungkan keiklasan kita dan menyorok kekecewaan itu. Hasilnya, menangis berseorangan. Menangis dalam hati, kerana tidak mahu orang ketahui diri kita yang memalukan (menangis) itu.

Sehari demi sehari, kecewaan demi kecewaan yang kita main sorok-sorok itu pun keluarlah apabila kita sudah tiada daya untuk terus menyoroknya. Saat itu, kita ini sudah mungkin hilang akal. Hilang pertimbangan. Mungkin juga hilang nyawa. Tibannya saat nasi sudah menjadi bubur itu, tiada lagi pangkal jalan untuk kita kembali.

Sudah tentu bukan semua daripada kita ini akan menjadi sebegitu. Kebanyakkan daripada kita hebat bukan? Hihi.

(sekadar menyeru ilham)

Sajak Aku Jua di penghujungnya

Adakah aku yang ego
membelakangkan mereka
dan kata aku ini masih
sihat dan tiada apa-apa?

Adakah aku yang engan
membuka tirai
mengalukan cahaya suria
sebaliknya guna dan percaya
kalimantan yang kononnya
paling terang di alam semesta?

Atau sebenarnya
adakah kau dan mereka
yang sebenarnya mahal
memberi muka, mata dan telinga
untuk aku yang dalam hati
yang sentiasa
mengimpikannya?

Sampai akhirnya,
aku jua penamatnya
bukan kau, dia dan mereka
bukan orang yang tiada kita kenal
bukan yang lain daripada diri ini.
yang punya kuasa
yang boleh memilih
untuk berlangkah susah atau mudah

Jadi biarlah aku
yang menanggungnya
tanpa menyusahkan
sesiapa.

(sekadar berkarya)

05 April, 2013

Pembeli VS peniaga: suara hati yang terpendam

Pembeli "Mengapalah barang naik harga sekarang?"
Peniaga "Kenapalah barang sekarang dah naik harga?"
Pembeli "Macam mana aku nak tampung kos hidup yang semakin meningkat?"
Peniaga "Bagaimana aku nak tampung kos hidup yang tinggi ni?"
Pembeli "Yang berniaga ni tak tau fikir ke? Yang dia orang tau, untung, untung, UNTUNG."
Peniaga "Yang membeli ni tak tau ke? Yang dia orang tau, murah, murah, MURAH."
Pembeli "Yang berniaga pernah fikir yang membeli tu sukar mencari wang?"
Peniaga "Yang membeli pernah fikir yang berniaga tu pun tak mudah cari wang?"
Pembeli "Yang berniaga tau tipu, kelentong, perdaya, Chong, kencing."
Peniaga "Yang membeli tau complain, bising, maki, caci, kutub."
Pembeli "Mereka jual mahal, mana orang nak beli?"
Peniaga "Mereka beli murah, macam mana aku nak cari rezeki?"
Pembeli "Kalau aku bising pun sebab memang harga tak berpatutan."
Peniaga "Kalau harga mahal pun sebab harga bahan mentah dah naik."
Pembeli "Hah, susah susah."
Peniaga "Hah, susah susah."
Pembeli "Kalau harga murah, barang kurang beratlah, nak dekat lupuhlah,"
Peniaga "Kalau jual murah, nak baguslah, nak banyaklah,"
Pembeli "Mana boleh macam tu?"
Peniaga "Mana logik macam tu?"
Pembeli "Agaknya, dia orang tak pernah rasa jadi pembeli."
Peniaga "Agaknya, dia orang tak tau susahnya berniaga."
Pembeli "Biarlah dia orang dapat duit hasil penipuan yang tak halal tu."
Peniaga "Biarlah dia orang yang tak memahami itu terus menfitnah yang bukan-bukan."
Pembeli "Padan dengan muka mereka."
Peniaga "Padan dengan muka mereka."

Dasyatlah suara hati kedua-dua pihak!
(Sekadar menulis)

Pantun sindiran

Air tenang buaya ternganga
sesama kerbau dibaham biar
Aman damai negara tercinta
tersurat sopan tersirat liar

Jagung bayam kangkung peria
seibu sayur seanak beza
kata mereka kita Malasia
PADU UNIK berbilang bangsa

Daun kering dilihat tiada
dicampak angin masuk ke gua
Budi bahasa budaya kita
bertolak ansur PEGANGAN semua?

Mesra ceria cahaya sang suria
bertambah ceria sang rimau belang
hidup bersama masyarakat bahagia
malang malang wang yang dipandang

Hendak memecut si anak lembu
malang tubuh diikat Pak Lan
maju mesti kita maju
maju dengan tiada perubahan?

Bunga seribu akar yang satu
semuanya tiada yang tidak bermadu
berpecah lebih baik bersatu
yang musuh bukan sekutu!

(Sekadar berkarya)

Busur Erhu

Pelihara tradisi, tegakkan identiti!
Selamat sejahtera saya ucapkan kepada anda yang sudi menjenguk dan mendengar lagi tulisan di MejaLogam. Seperti mana tajuk yang tertera dii atas, saya akan kongsikan sedikit maklumat lagi tentang Erhu, iaitu sejenis alat tradisional Cina yang masih kekal sehingga hari ini. Bedasarkan beberapa sumber di internet yang saya terbaca tempoh hari, rerambut busur itu diambil daripada ekor kuda. Tetapi, apa yang saya akan sentuh dalam tulisan ini bukannya rambut tetapi makanisma atau sistem yang digunakan untuk mencekangkan atau melendurkan kecekangan rerambut pada busur.

Untuk pengetahuan semua, rerambut pada busur harus dalam keadaan yang tidak terlalu cekang tetapi tidak juga terlalu kendur. Terlalu keras mahupun lembut sangat mempengaruhi bunyi. Sekiranya terlalu cekang, bunyi yang terhasil sedikit keras manakala terlalu kendur pula susah dikawal dan mengeluarkan bunyi yang tidak stabil. Pada permulaannya, saya juga terasa hairan dengan cara yang digunakan untuk mencekangkan rerambut busur kerana cara mencekangkan dan melendurkannya hanya memutarkan skru yang terletak di hujung busur. Tetapi setelah saya cuba menerokanya, barulah saya tahu kaedah yang digunakan.

Bahagian hujung rerambut pada busur sebenarnya terlekat pada batang busur dan hujung sebelah lagi pula dilekatkan pada sejenis plastik yang boleh dimasukkan ke bahagian batang busur yang mempunyai skru. Apabila skru diputarkan mengikut pusingan jam, skru itu akan semakin membenam ke dalam batang busur dan pada masa yang sama, plastik yang terlekat pada rerambut itu turut diangkat oleh skru yang semakin membenam. Sebenarnya, lubang yang ditembusi skru itu hanya terdapat pada plastik yang melekat rerambut busur. Kesannya, semakin ketat skru di pusing, semakin cekang rerambut. Skru itu juga boleh dikeluarkan daripada batang busur. Itulah sedikit ilmu saya yang dapat saya kongsikan bersama.

(Sekadar berkongsi)

Hidup dalam pembohongan

Tiada kita yang hendak membazirkan masa dengan seni kesedihan. Kita hendakan kegembiraan yang kurang rumit. Kita juga mahukan ianya berkekalan. Tetapi kenyataan tetap kenyataan. Lazimnya, kenyataan itu kadang-kalanya bukan enak ddirasa, bukan merdu didengar, bukan elok dipandang, bukan wangi dicium. Itulah kenyataan yang sebenar-benar kenyataan.

Kita yang cuba berlari ini tiada cara lain selain daripada menempuh, dan mereka yang mengelak pula akan terpesong ke dalam pembohongan. Elak daripada realiti kadang kalanya bukan berlari dari masalah tetapi cara untuk merawat diri yang sudah terluka dengan masalah. Sakit ini akan sementaranya dilalikan. Tidak perlu disakitkan. Tetapi, mereka yang mengelak itu, yang hidup dalam pembohongan itu akan jua berdepan dengan kesakitan kelak kerana itu adalah pembohongan semata-mata.

Bukan mudah menelan yang dikatakan kebenaran itu. Bukan mudah! Jadi, kita yang kurang kental ini akan jatuh, akan tumpas, akan mencari perlindungan dalam pembohongan yang sementara itu. Kita takut dengan kesakitan dan disebabkan perasaan itu, kita akan cuba mengelak dengan sedaya upaya yang kita mampu.

(Sekadar menyeru ilham)