Logam akan berkarat kerana logam tidaklah sempurna. Tetapi, karat boleh dibuang dan logam boleh menjadi meja! Itulah manusia biasa!
29 Januari, 2011
Buah catur
Kita semua tahu bahawa catur merupakan sejenis permainan minda yang sangat mencabar sekiranya lawan yang kita hadapi itu sangat tajam fikirannya. Dalam permainan catur, buah-buah catur adalah antara bahan yang perlu ada selain daripada gelanggang caturnya. Secara tidak langsung, kita sebenarnya telah menjadikan perkataan "buah-buah catur" dan "permainan catur" sebagai simbolik tiidak kira dalam apa jenis bahasa. Simbolik yang dimaksudkan itu termasuklah orang yang dipergunakan sementara permainan catur pula digambarkan sebagai sebuah kehidupan majmuk. Apa yang membezakan permainan catur yang sebenar dengan permainan catur "simbolik" adalah tidak memerlukan gelanggang catur selain daripada bilangan pemainnya melebih 2 orang. Kadang-kala pemain catur yang sangat bijak akan menggunakan minda mereka yang pintar untuk melindunggi diri daripada ancaman. Sementara pemain yang kurang peka dengan permainan catur akan tiidak sengajanya dikawal oleh pemain yang lebih bijak sebagai buah catur yang membawa mananfaat kepadanya. Pada masa yang sama, pemain yang menjadikan orang lain sebagai buah catur akan menjadi buah catur kepada pemain yang lain. Ini bererti "permainan catur simbolik" tidak mempunyai pemain dan buah catur yang berperanan statik.. Permain kadang-kalanya berfungsi sebagai buah catur dan kadang-kalanya buah catur akan menjadi pemain bagi buah catur yang lain.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan