Kini, nasi dan lauk sudah tiba di tong sampah yang serba gelap. Sekurang-kurangnya,, tong sampah tidak pandai memilih jika dibandingkan dengan sesetengah manusia yang kurang bersyukur. Tong sampah sangat mesra. Mesra dengan sesiapa pun tidak kira busuk, kotor, buruk dan sebagainya yang telah mengalami kecacatan serta hilang nilainya. Pada waktu inilah nasi pun bercerita dengan lauk tentang kisahh hidupnya yang amat menyedihkan itu.
Pada mulanya, nasi berasal dari sawah. Nama nasi pada waktu itu bukannya nasi tetapi dipanggil padi. Semasa padi berada di bawah jagaan pesawah, padi menghangap masa depannya sangat indah walaupun pesawahnya kurang menyayanginya. Pesawahnya selalu menjerit kepadanya dengan kata-kata yang berunsur menghalau iaitu
"Wahai padi, cepatlah kau menguning supaya aku boleh jual dan dapat wang Ringgit."
Padi menyangka tuan yang menyambut kelahirannya itu akan memberi kata-kata yang baik seperti mana tuannya menyambut kelahiran anaknya sendiri. Tetapi semua itu hanya sekadar harapan sahaja. walau bagaimana pun, Padi dapat melihat pesawahnya tersenyum gembira setelah padi sudah masak dan boleh dijual.
Setelah padi diproses, namanya pun bertukar kepada beras. Kini rumahnya pun sudah bertukar dari sawah kepada gudang. Beras dibungkus dan dilebel seterusnya disusun dengan kemas. Pekerja gudang yang menguruskannya bukan sahaja tiidak pernah mengeluarkan kata-kata yang baik sebaliknya memaki hamun dan merungut bahawa beras sangat menyusahkan kerana berat. Apa yang lebih menyedihkan lagi ialah apabila bungkusan padi yang telah siap dibungkus disusun dengan cara yagg agak kasar. Harapan beras sekali lagi dikecewakan. Tetapi harapan beras tidak putus bergitu sahaja. Beras masih mengharapkan kebahagiaan dalam kehidupannya.
Setelah singgah di gudang, beras yang dibungkus telah idihantar ke pasar raya untuk dijual kepada pelanggan. Pelanggan-pelanggan pula memilih beras yang dibungkus kemas untuk dijadikan makanan. Sekali lagi beras bertukar nama iaitu menjadi nasi setelah direbus dalam periuk. Kali ini,, nasi berasa dia akan menikmati kebahagiaan dengan dihargai oleh manusia. Wajah-wajah yang menuju ke ruangan makan semuanya menampilkan kegembiraan. Setelah sampai di meja makan, mereka-mereka yang tersenyum tadi berubah secara drastik dengan menunjukkan wajah yang kurang suka. Ada antara mereka yang mengeluh dan ada juga yang menghina tetapi bukan kepada nasi. Makian dan hinaan itu diteju kepada lauk yang menjadi dampingan nasi semasa santapan. Kesannya secara tidak langsung telah mengakibatkan nasi turut dibuang bersama-sama lauk. Akhirnya, nasi habiskan hidupnya dengan tidak dipandang dan dihargai.
Setelah nasi habis bercerita, lauk dan tong sampah pun memujuk nasi supaya tidak bersusah hati. Nasi sebenarnya ditemani oleh banyak sahabat lain seperti tin, biskut, bekas makanan dan macam-macam lagi sampah yang lain.
Sebenarnya, bukan semua manusia tidak menghargai nasi tetapi hanya sesetengah manusia yang kurang senang dengan memberi kebahagiaan kepada nasi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan