Saya tidak tahulah kepada siapa yang saya tujukan. Sekiranya dia termakan cili, dialah yang akan rasa pedasnya. Sekiranya tidak pernah melakukannya, silalah jangan perasan.
Sesungguhnya, manusia gemar menyamar terutamanya dalam keadaan seperti berikut:
1. Lawatan daripada orang atasan ke tempat seperti sekolah.
2. semasa bertemu dengan orang yang terkenal
3. Semasa temu janjii
4. Apabila berhadapan dengan penegak peraturan (polis)
Masyarakat ini sangat takut akan kebenaran kerana mereka tidak berani mendedahkan diri mereka yang sebenar. Dengan erti lain, mereka lebih gembira sekiranya mereka dipuji atas penipuan mereka. Mereka akan cuba menyamar dan terus menyamar sehingga melialisasikan penipuan mereka. Saya mengklasifikasikan mereka sebagai orang yang membuat dosa secara berkait. Hal ini kerana mereka akan terus mencipta pembohongan demi pembohongan dimana merupakan dosa yang saya percaya setiap agama mengutup sekeras-kerasnya perbuatan itu.
Marilah kita berfikir kembali sejenak. Sekiranya seorang pemimpin sentiasa ditipu oleh pembesarnya bahawa negara yang sedang ditadbir itu dalam keadaan yang baik, nescaya negara itu akan tumpas akibat pemerintahnya terpisah daripada pentadbirannya.
Jadi, marilah kita berjinak-jinak dengan penyamaran supaya kita boleh menyorokkan kebenaran dan terus berkawan dengan syaitan!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan