Pada Jumaat yang lalu, Sekolah saya telah pergi ke Pulau Tioman bagi menyempurnakan Perkehmahan Perdana 2011, iaitu perkehmahan yang akan dianjurkan setiap tahun. Kami menetap di sana selama 4 hari 3 malam. Tetapi, perkehmahan kali ini bukan melibatkan warga SMPK setapak sahaja tetapi pelajar-pelajar UITM dalam bidang Sains Sukan dan Rekreasi. Dari sekolah, kami bertolak pada pukul 10 malam dan tiba di Tanjung Gemuk pada pukul 7 iaitu semasa Mentari menjelmakan wajah di ufuk Timur tanah bertuah Pahang. Seterusnya, kami menaiki fari penumpang yang memabukkan para pelancong. Feri syarikat Gemilang itu telah berjaya membawa kami ke destinasi kami dengan selamat walaupun Laut China Selatan itu tidak beberapa gembira pada hari yang bertarikh 11 Mac 2011. Kesannya, ramai antara kami (segelintir pelajar lelaki dan mejoriti pelajar perempuan) telah menerima hadiah iaitu muntah percuma.
Kami menjejakkan kaki kepulau tersebut dengan sambutan hujan rintik-rintik yang membasahi barang-barang kami termasuklah beg-beg yang berkandung baju untuk bekalan sepanjang perkehmahan tersebut. Pemasangan kehmah terpaksa ditangguhkan kerana keadaan yang tidak mengizinkan. Oleh yang demikian, kami ditempatkan di sebuah pondok yang terletak berhampiran dengan jeti Taman Pulau Tioman. Guru-guru pengiring turut pening kepala memikirkan cara penyelesaian untuk perancang yang sudah lari daripada jangkaan. Kalau terus bertangguh, apa-apa pun tidak akan menjadi. Kesannya, kami terpaksa berkehmah dalam sebuah dewan makan untuk mengelakan diri dan barang terus berkawan dengan air semula jadi yang turun dari langit. Terdapat antara kami yang mandi hujan kerana memindahkan barang ke dewan makan tersebut.
Hujan semakin lama semakin menjadi-jadi. Saliran yang tidak berkemampuan terpaksa memuntahkan air yang tidak dapat dimuatkan dalam perut mereka seperti mana kami muntah dalam feri. Akibatnya, banjir paras lutut budak 4 tahun melanda Taman Laut Pulau Tioman. Apa yang lebih teruk adalah guru pengiring sendiri telah masuk ke dalam mulut parit yang ditutup dengan air keruh yang menampakkan permukaannya seperti tanah biasa.
Sesudah makan di dewan yang menjadi tapak perkehmahan kami, pelajar perempuan telah dipindahkan ke geleri Taman Laut iaitu sebuah primis bertingkat 3. Pelajar lelaki terus menetap di dewan makan dengan kehmah masing-masing. Aktiviti yang birancang serba tidak menjadi kerana ganguan cuaca dan tenaga guru yang tidak mampu mengawal pelajar seramai 30 orang. Pelajar-pelajar UITM pula tidak dapat sampai pada hari tersebut dan dijangka akan tiba pada petang keesokan harinya. Walau pun banyak dugaan yang cuba Tuhan tunjukkan, kami boleh dikatakan sangat bernasib baik kerana dugaan itu tidak sehebat penduduk di negara Matahari terbit.
Setelah menjalang penghujung petang, hujan mula bertolak ansur dengan kami yang sudah puas dikerjakannya.
Waktu berlalu sehingga malam berganti siang. Pelajar Muslim pun pergilah bersolat di geleri Taman Laut tersebut. Untuk memudahkan tugas guru, pelajar yang bukan Muslim turut di bangunan yang sama tetapi bukan di tingkat yang sama. Kira-kira 9 malam, Cikgu Mazdi(ketua guru pengiring) telah mengumpulkan kami dan berkongsi pemgalaman sepanjang hari tersebut. Para guru juga memberikan imfomasi terkini yang berkaitan ramal cuaca di mana ramalan itu menyatakan cuaca akan terus sama iaitu hujan sehinggalah pada hari Isnin. Satu jam kemudian, kami diberi minum malam sebelum tidur sehingga pagi esok.
Pagi seawal 7 setengah, kami telah berkumpul untuk senaman pagi dan berjalan di tepi pantai. Kami dibahagikan kepada 15 pasangan iaitu seorang pelajar rabun dan seorang lagi pelajar atub untuk tujuan keselamatan. Dalam aktiviti tersebut, saya dapat merasai keindahan alam ciptaan Tuhan yang maha berkuasa. Pokok nyur tinggi 7 tingkat terhias dalam bentuk barisan memberi tunduk hormat kepada laut. Ombak berganti ombak menghakis pantai yang berpasir kekuningan tetapi halus seperti tepung apabila disentuh. Bunyi yang mendamaikan hasil kombinasi kicau ungas dan laungan ombak telah terhasil. Setelah puas mengumpul pengalaman baru dari aktiviti berjalan kaki itu, kami telah berpatah balik ke dewan makan untuk menikmati sarapan pagi yang disediakan oleh tukang masak upahan.
Masa yang seterusnya telah diisi dengan aktiviti Water Confident dan diteruskan dengan Snokling. Kami telah diberi penerangan oleh Cikgu Mazdi tentang Life Jacket (baju keselamatan yang membuatkan kita terapung di atas air) dengan dibantu oleh Pak Manap, seorang pegawai yang bertugas di Taman Laut Pulau Tioman. Setelah tamat sesi penerangan, kami telah dibawa untuk turun ke laut dan berjinak-jinak dengan kolam air masin gergasi itu. Seterusnya, sesetengah pelajar yang berminat untuk snokling telah mengikut guru yang bertanggungjawab untuk melihat hidupan marin. Semua aktiviti berjalan dengan lancar kerana hujan rintik-rintik sahaja yang melanda Pulau Tioman. Itu pun hanya mengambil masa yang pendek sahaja.
Sebelah petang, pelajar-pelajar dari UITM telah sampai untuk memberi tenaga sokongan kepada guru. Mulai saat itu, kami telah dikawal dan dijaga oleh pelajar-pelajar tersebut. Sesi Ice Braking telah menjadi pembuka aktiviti pada petang itu. Setelah sudah berkenalan antara satu dengan yang lain, kami telah dibahagikan kepada 5 kumpulan iaitu kumpulan yang bertemakan haiwan sebagai namaDalam kumpulan, kami telah diarahkan untuk melukis lambang kumpulan dan trakmak masing-masing bagi tujuan pertandingan antara kumpulan. Setelah tamat perbentangan, Mentari sudah pun hampir tenggelam kedalam laut. Kami pun pergilah ke dewan makan untuk menikmati makanan yang lazat-lazat.
Berikutnya, waktu malam Ahat itu telah diisi dengan ceramah dari pihak Taman Laut. Kami telah ditempatkan di geleri untuk penerangan yang lebih mendalam berkaitan dengan Pulau Tioman. Melalui penerangan tersebut, barulah saya tahu bahawa Pulau Tioman merupakan sebuah pulau yang sangat terkenal dengan pelancong kerana purata frekuansi kedatangan pelancong tahunan adalah seramai 20000 orang termasuklah pelancong tempatan. Terdapat 5 buah kampung telah didirikan dalam pulau tersebut iaitu Kampung Tekek (Pantai Barat), Kampung Paya(Kawasan Barat), Kampung Juara (Kawasan Timur), Kampung Salang (Utara) dan Kampung Murut (Selatan). Pulau yang memuatkan penduduk keseluruhan seramai 2000 hingga 3000 orang itu hanya terkenal dengan kenderaan bermoto yang bertaya dua dan basikal sementara kereta boleh dibilang dengan tangan. Hal ini kerana kenderaan bermoto bertayar 4 hanya untuk tujuan memungut rezeki. Kami juga berkesempatan untuk meraba penyur sebenar yang telah diawit. Setelah tamat sesi penerangan yang cukup bermakna itu, kami terus bersantap sebelum merehatkan tubuh.
Pagi 13 Mac telah diisi dengan senaman arobik yang dipinpin oleh pelajar UITM. Seterusnya, kami bersarapan pagi sebelum kembali melakukan aktiviti yang sama seperti pagi semalamnya. tetapi aktiviti kali ini mempunyai sedikit perbezaan dengan aktiviti semalam iaitu kami diajar cara penafasandengan mulut semasa berada di dalam air. Hal ini kerana Aktiviti ini sangat berguna untuk keselamatan semasa melakukan Snokling. Kami berpeluang melihat dan memberi makanan kepada ikan-ikan yang pelbagai warna di laut yang mempunyai jerung (jarang-jarang mengancam Khalifa bumi yang melakukan aktiviti snokling).
Sebelah petang, kami telah bergerak ke Kampung Tekek, kampung yang paling maju dan paling hampir dengan Taman Laut. Kami berpeluang melawat Lapangan terbang Kampung Tekek dan bergambar dengan salah satu pesawat yang mendarat pada waktu tersebut (termasuklah "pilot"nya sekali). Kami juga berpeluang pergi ke menara kawalan "airport" tersebut dan mempelajari beberapa ilmu baru. Antaranya termasuklah fungsi menara tersebut dan apa yang berkaitan dengan pesawat. Berikutnya, kami berkesempatan melawat ke satu-satunya balai polis di sana. Kami dapat melihat dan masuk penjara dengan tidak melakukan apa-apa jenayah. Apa yang lebih menarik ialah kami dapat memegang pistul polis (Pistul kecil yang diperbuat daripada besi mampat dan memuatkan 5 peluru). Senjata yang boleh mencederakan sasarannya dalam jarak 50 meter itu puas direbut-rebut kami untuk mengetahui apa bentuknya. Pemilik pistul itu hanya mempunyai 15 orang kawan sekerja untuk mengawal keselamatan Seluruh Pulau Tersebut. Hebatkan mereka!
Sebelum pulang ke Taman Laut, kami sempat melakukan aktiviti mencari harta karun di sekitar pantai. Setelah mandi dan bersolat maghrib, kami telah dikumpulkan bersama-sama pelajar-pelajar UITM untuk majlis kemuncak. Kami menikmati ayam panggang dan nasi goreng yang biusahakan oleh UITM sebelum mendengar ucapan daripada pihak sekolah, UITM dan Taman Laut. Majlis diakhiri dengan persembahan setiap kumpulan dan penyampaian hadiah.
Keesokkan harinya, kami akan tinggalkan pulau yang menggunakan sumber bekalan air gunung itu dengan hati yang berat. Setelah selamat sampai di Jeti Tanjung Gemuk, kami sempat membeli cendera mata sebagai kenangan. Walaupun perkehmahan perdana kali ini terdapat banyak gangguan, saya tetap sangat seronok kerana setiap peristiwa itu sangat pahit dilalui tetapi manis dikenang. Dengan pengalaman sebeginilah yang sebenarnya mencapai motif untuk perkehmahan buat kali ini. Diharap pulau yang menggunakan penjana kuasa disel sebagai sumber elektrik ini akan terus menjadi kawasan yang menyumbangkan pendapatan kepada negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan