Petang itu, padang rumput masih penuh dengan peperangan. perang antara rumput pendek dan rumput panjang. Bukan kerana dendam tetapi cemburu. Rumput pendek sangat marah kerana rumput panjang telah menutup cahaya Mata Hari. Lalu, kesemua rumput pendek menunjukkan protest kerana hak mereka
untuk mendapat cahaya tidak boleh diabaikan bergitu sahaja.
"Kami rasa kamu, rumput panjang telah terlalu melampau." Salah sehelai rumput tua yang pendek mengetuai laungan hati rumput pendek yang lain.
"Kami juga rasa kamu telah melampau." Kali ini sehelai rumput panjang muda pula mewakili suara hati rumput panjang sekalian. Suara-suara halus, garau dan macam-macam lagi bercampur aduk membentuk kekecuhan. Sejurus selepas itu, perang pun berlakulah! Perang yang tidak seperti manusia yang banyak mengorbankan tenaga, nyawa dan sumber tetapi perang yang banyak menghabiskan air liur walaupun rumput sebenarnya tidak boleh mengeluarkan air liur.
"Rumput sekalian, kalian tolonglah bawa bertenang!" Tiba-tiba, suara belalang menguasai keadaan. Lantas, semua rumput pun berpaling ke arah belalang, pemakan rumput yang handal itu.
"Kalian dengarlah perintah hamba ini. Kalau kalian terus menjerit, penyelesaian pun akan takut dan lari. Akhirnya, penyelesaian akan merajuk dengan kalian." Entah kuasa apa yang menyebabkan sekalian rumput panjang dan pendek tidak takut kepada belalang seperti biasanya.
"Tetapi kalau kami berdiam, rumput panjang akan rampas semua cahaya. Macam mana kami nak makan?" rumput pendek marah. Suara melaung dari kedua-dua pihak kembali mencemarkan keadaan.
"Kalian bawa bertenang! Bawa bertenanglah! Jangan ikutkan perasaan!" Belalang cuba menenangkan keadaan. Belalang yang tabinya mahu bersantap pun termasuk dalam masyarakat rumput tersebut.
"Hai belalang, jika kau cukup arif, kau selesaikanlah masalah kami!" Laung suara rumput yang berada di celah-celah kekusutan suara itu. Sinis bunyinya.
"Wahai rumput sekalian, kalau bergitu, benarlah kalian tidak hendakan penyelesaian. Biarlah kalian terus bertenkar dan penyelesaian merajuk dan membawa diri." Sirus suara belalang yang termakan kata-kata suara sinis tadi.
"Habis, kau, belalang boleh panggil penyelesaian datang?" Sinis juga suara itu. Selalunya, rumput tidak berani bersindir-sindiran dengn belalang. Tetapi kali ini lain pula jadinya.
"Tak apalah, kalau itu pilihan kalian, hamba ini berundur diri sahaja." Belalang bersuara kesal bercampur hampa.
"Janganlah bergitu, belalang. Kalian rumput, berilah peluang kepada belalang." Suara garau simpati daripada pihak rumput pendek. Secara tiba-tiba, semua rumput sependapat pula. Mana-mana pihak rumput pun diam dan memberi perhatian termasuklah yang menyindir.
"Baiklah. Kalau bergitu, kalian boleh panggil semula penyelesaian." kata belalang dengan suara yang gembira.
"Apa yang harus kami buat?" Rumput panjang yang tua bersuara sejurus selepas belalang tersenyum puas. entah apa yang disenyumkannya.
"Kita bermusyawara untuk mencari penyelesaian. Apa kata kalau rumput pendek ceritakan apa yang menggangu kehidupan rumput pendek sekalian." Belalang seperti pengadil pula.
"Sebenarnya, kami tak puas hati dengan rumput panjang yang rampas cahaya daripada kami," Rumput pendek yang paling panjang meluahkan ketidakpuasan hatian.
"Kami rasa kami tidak melampau seperti mana yang digambarkan oleh rumput pendek. Cahaya itu kan barang percuma. Semua rumput boleh guna. Tak kena bayar pun. Kalau cahaya itu percuma, kenapa kami dikatakan merampas cahaya pula? tambahan pula, kalau rumput pendek nak cahaya, ambil sahajalah. Apa susah!" Rumput panjang yang paling panjang berhujah dengan rasa marah. Semua rumput panjang ghairah dan bersorak-sorak. Pada masa yang sama rumput pendek sekalian kecuh juga. kecuh kerana tidak puas hati dengan penerangan rumput panjang itu.
"Bawa bertenang, rumput-rumput sekalian." Suasana kembali aman.
"Sekarang, berilah giliran kepada rumput pendik berbicara." Belalang kembali berperanan.
Kami tidak kisah pun rumput panjang ambil cahaya tetapi bukankah melampau namanya kalau sudah masuk kawasan kami. Rumput panjang kan ada kawasan sendiri. Tapi kenapa tamak sangat sampai nak ambil cahaya di kawasan kami? Satu lagi. Kalau kata barang percuma, rumput panjang boleh habiskan tanpa mempedulikan rumput lain?" Rumput yang paling pendek pula bersuara lantang.
"Sekarang, rumput panjang yang nampak bersalah." Belalang membuat kesimpulan sendiri.
"Siapa kata kami bersalah! Dan rumput pendek sekalian! Tidak tahu sesuatu baik jangan buat macam tahu," kata rumput panjang yang paling pendek pula.
"Apa maksud kamu?" rumput pendek yang paling pendek kehairanan.
"Kalau kalian nak tahu, rumput panjang buakn sengaja nak masuk ke zon rumput pendek. Ini semua disebabkan pokok besar yang berada atas kami ini telah menutup cahaya daripada sampai kepada kami. Kalau kami tidak masuk ke zon rumput pendek, kami tak boleh hidup." Rumput panjang yang paling pendek bersuara sayu. Ada juga rumput pendek yang simpati dengan nasib rumput panjang.
"Tapi, bukankah kamu rumput panjang sudah panjang? Kalau begitu, sudah tentu kalian rumput panjang sekalian ini dapat cahaya, bukan? Sebenarnya, kerana kalian rumput panjang yang datang daripada keturunan yang kurang ajar!" Rumput pendek yang palin panjang cuba mempertahankan ideologinya.
"Kami pun sama keturunan dengan kamu,rumput pendek." Rumput panjang yang paling pendek masih bersayu-sayu suaranya.
"Habis itu kenapa kalian rumput panjang tidak seperti kami?" Belalang hanya memerhatikan keadaan itu dari tepi. Rumput pendek menyoal soalan itu tanpa berselindung.
"Ini kerana kami terpaksa berusaha lebih gigih untuk mendapat cahaya. Oleh yang demikian, kami paksa diri untuk tumbuh dengan panjang dan bukannya kami nak rampas cahaya." Rumput panjang menjawab sementara belalang menganguk tanda faham.
"Tak mungkin. Kita rumput yang sama keturunan.Macam mana kau rumput panjang boleh kata macam itu. Kalau dah sama, mesti saiz pun lebih kurang. Ini tidak. Kalian jauh lebih panjang. Inikah namanya sama KETURUNAN!!?"Rumput yang pendek masih tidak berpuas hati.
"Kan hamba sudah nyatakan tadi, kalian rumput panjang paksa diri untuk tumbuh panjang." Rumput panjang yang paling pendek membalas.
"Ah, kau pembohong!" Rumput pendek membuat hipotesis sendiri.
"Sebenarnya, kalian rumput pendek tidak nampak kami bersusah tetapi nampak kami bersenang. Kami sebenarnya tidak senang untuk panjang tetapi kerana desakan yang memaksa kami untuk meneruskan hidup dengan cahaya." Rumput panjang yang lain pula memperkukuhkan kata-kata rumput panjang yang paling pendek itu.
"Baguslah! Berusaha untuk diri sendiri dan mengambil hak orang lain!" Sinis pula Sang rumput pendek.
"Mestilah. Kami pun nak hidup juga." Kata rumput panjang yang muda.
"Hidup dengan mengorbankan rumput lainkah cara kau sekalian rumput panjang teruskan hidup?" Belalang mengangup bersetuju dengan rumput pendek pula.
"Kalau bergitu, mana penyelesaiannya?" Burung pipik menyampuk secara tiba-tiba. Belalang tersentak lalu berubah pula rentaknya. Lantas, belalang mengangakan mulutnya dan menggigit sehelai rumput panjang disisinya."Hai belalang, bukankah kau nak bantu kami cari semula penyelesaian? Ini makan kami pula!" Rumput panjang yang paling panjang kembali bersuara. Tiba-tiba, sekalian rumput pun berpaling ke arah belalang. Masing-masing dengan perasaan masing-masing. Ada yang takut, ada yang marah dan ada yang sudah bersedia untuk dimakan. Belalang tersenyum dan diikuti dengan tawa yang terlalu terbahak-bahak tanda gembira.
"Bukankah Hamba ini telah membawa kepada penyelesaian? Kalian rumput pendek mahu rumput panjang jadi pendek dan sekarang, hamba ini sedang menyeru penyelesaian kembali." Kata belalang penuh lagak.
"Kau jahanam belalang! Ini penyelesaian jenis apa! Ini tidak adil kepada Rumput panjang!" Hampir kesemua rumput panjang meradang. Yang takut berubah tidak takut pula.
"Lepas ini, hamba ini akan makan daun di pokok pula. Bila daun sudah tiada, cahaya pun sampai kepada kalian rumput panjang. Bukankah ini namanya penyelesaian?" Terang belalang sambil berpindah kepada rumput panjang yang lain.(meninggalkan rumput panjang yang sudah pendek dalam kesakitan)
"Ini tidak adil! Ini tidak adil!!!" Rumput-rumput panjang semakin amarak dengan belalang.
"Rumput pendek tak perlu buat pengorbanan tapi kami pula yang dijadikan bahan bertolak ansur. Kenapa?" sambung rumput panjang.
"Ini sebab kalian rumput tidak dapat mencari penyelesaian. Hamba hanya membantu. Kalau hamba tidak ada, nescaya kalian masih berperang." Belalang terus mengigit rumput panjang yang lain. Rumput pendek yang lain terasa marah pula.
"Hai belalang, kau jangan ambil kesempatan ke atas rumput panjang. Kau ingat kami ini bodoh! Kau hanya mahu jadikan ini sebagai alasan untuk kau makan kaum rumput seperti kami. Tidak cukup dengan itu, Kau tamak dan mahu pula makan daun pokok pula. Kau celaka belalang." Rumput pendek mula meradang. Secara tidak sengajanya rumput pendek dan panjang berkawan pula.
"Kalian rumput takguna! AKUini mahu membantu, kalian mencelakakan AKU pula. Sekarang lihat! Siapa yang celaka!" Belalang mula bertindak memakan rumput pendek dan panjang. Burung pipit hanya menyaksikan sandiwara semula jadi itu dengan hati yang suka. Suka kerana belalang yang belagak akan dimakannya nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan