28 Ogos, 2013

Sambutan Raya di SMPK Setapak + sambutan persaraan Kak Yati.

Pada 23 hari Ogos yang lalu, Saya berpeluang meraikan jamuan Hari Raya yang dianjurkan SMPK Setapak. Sebenarnya, jamuan itu merupakan Jamuan 2 dalam satu, iaitu jamuan raya dan jamuan persaraan Kak Yati, iaitu seorang pembantu pengurusan murid (PPM) di sekolah itu. Beliau merupakan kakitangan SMPK yang berkhidmat paling lama, iaitu rekod 38 tahun.
Semasa saya bertugas sebagai Ahli Lembaga Koperasi di Koperasi SMPKS, Kak Yatilah yang menjadi penjaga kaunter dan bertugas sebagai tukang jual setia sehingga koperasi itu tutup pintu. Sebelum ini, Kak Yati pernah bertugas di dewan makan, iaitu tempat murid-murid SMPK mengenyangkan perut. Menurut sumber dalam majlis itu, beberapa orang guru SMPK sekarang pernah menerima khidmat beliau semasa zaman persekolahan dulu.

Kak Yati seorang yang mesra dan sentiasa nampak ceria. Kekuatannya sebagai seorang pekerja tidak kalah dengan mereka yang masih muda. Sesungguhnya, jasanya akan dikenang dan semangat bekerjanya akan menjadi pedoman.

Oh ya, beralih kepada sambutan hari raya SMPK pula. Pada hari tersebut, banyak juadah yang lazat-lazat telah dihidang untuk semua warga SMPK, tidak kira guru-guru, murid-murid mahupun kakitangan-kakitangan yang lain. Pada pendengaran saya, masakan kambing pun ada hasil sumbangan murni orang.

Sebenarnya, majlis itu tidak tamat setakat itu sahaja. Selain hidangan yang menarik, terdapat acara hiburan yang menarik juga. Acara tersebut tidak lain tidak bukan melainkan kara ok! Guru-guru dan staf sokongan mengambil kesempatan ini untuk bernyanyi dan menghiburkan diri. Cabutan bertuah juga ada untuk menceriakan lagi suasana majlis yang bermakna itu.

Sesungguhnya, saya benar-benar bertuah dapat mengikuti sendiri sambutan majlis itu. Kepada warga SMPK Setapak, jutaan terima kasih sekali lagi saya ucapkan. Kalau ada rezeki, boleh saya datang beraya lagi!

(Sekadar berkongsi)

26 Ogos, 2013

Kem Math SMPKSetapak 2013

Pada 23 Ogos yang lalu, ssaya telah berpeluang melawat ke Sekolah Menengah Pendidikan Khas Setapak, iaitu tempat saya menadah ilmu semasa zaman awal remaja dulu. Tempat ini mengukir seribu kenangan manis mahupun pahit, masam dan juga masin. Mungkin juga pedas dalam memori. Uniknya, lawatan saya ini atas nama seorang sukerelawan yang memberi kerjasama kepada guru Matematik tingkatan 3 yang menjalankan kem subjek tersebut. Mungkin saya bukan pelawat tetapi sepatutnya sukerelawan!

Kem Matematik PMR yang diketuai Pn. Suriani binti Yusof, penolong kanan koko ini mempunyai corak yang unik dan tersendiri. Jika dibandingkan dengan kem-kem pendidikan yang pernah saya ikuti beberapa tahun dahulu, kem ini mempunyai bilangan fasilitator yang paling banyak. Ini bererti koncentrasi penuh boleh diberikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, di mana seorang fasilitator bertanggung Jawab mendidik satu hingga enam orang pelajar.

Kem ilmu ini bermula 2:50 petang 23 Ogos dan secara rasminya berakhir kira-kira 10:30 pagi 25 Ogos. Selain waktu rehat untuk pengurusan diri seperti makan, sembahyang dan tidur, masa yang selebihnya telah dimananfaatkan sepenuhnya untuk pendidikan.

Kumpulan fesilitator pula terdiri daripada guru-guru matematik SMPK Setapak, sukerelawan dari sekolah luar dan bekas pelajar SMPKS sendiri.

Secara keseluruhannya, kem ini berlangsung dengan bergitu lancar sekali. Dengan izin-Nya, aktiviti-aktiviti dan sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung seperti mana yang telah dijadualkan. Walau bagaimanapun, kem ini akan menjadi lebih bermakna jika pelajar pelajar PMR yang menjadi watak utama dalam kem ini boleh mencapai keputusan yang lebih baik dengan menggunakan kesempatan yang sedia terbentang ini.

Dengan kesempatan yang ada juga, ingin sekali saya menghadiahkan setinggi-tinggi penghargaan dan beribu-ribu terima kasih kepada Pn. Suriani dan SMPK Setapak kerana telah menyediakan banyak kemudahan seperti tempat tinggal, makanan yang lazat-lazat disamping pengiktirafan dengan pemberian sijil penghargaan kepada saya dan sukerelawan yang lain. Semoga usaha kem pendidikan ini dapat mencapai objektifnya dan sekali gus meningkatkan gred purata dan kecermelangan subject kira-kira untuk PMR 2013!

Kepada rakan-rakan PMR yang lain, semoga berjaya saya ucapkan!

(Sekadar berkongsi)

08 Ogos, 2013

Selamat hari raya!

Sudah lebih sebulan MejaLogam dibiarkan dalam kekosongan tanpa pembaharuan entries. Mujurlah MejaLogam ini hanya sebuah meja dunia maya. Jikalau tidak, nescaya penuhlah ia dengan segala angkatan habuk dunia yang bermastautin bersama angin.

Selamat sejahtera dan selamat hari raya saya ucapkan kepada anda di sana. Semoga kedatangan bulan syawal ini akan diraikan dengan kegembiraan disamping keampunan dari insan-insan lain. Sudah tentu sesetengah daripada kita akan pulang beraya di kampung, untuk mengeratkan kembali hubungan siraturahim antara saudara mara yang merupakan sebahagian daripada ahli keluarga kembangan. Dan sudah tentu juga sebahagian daripada kita mengambil kesempatan ini untuk menikmati kuih-muih yang mungkin dihidang sekali dalam setahun. Tetapi, tidak kira bagaimana cara kita meraikannya, perayaan ini tetap perayaan yang bermakna buat kita semua.

Sekali lagi, dengan kesempatan yang ada, izinkan saya menghadiahkan ucapan raya ini kepada anda (bukan sahaja yang sedang membaca MejaLogam sekarang tetapi kepada semua yang meraikannya). Tidak ketingalan juga ucapan selamat bercuti kepada diri saya dan golongan bukan muslim yang lain.

oh ya, kepada pelajar PMR dan SPM, jangan terlalu ghairah sehingga lupa ilmu yang dicurahkan pendeta di sekolah sana!

(Sekadar menghadiahkan ucapan)

07 Jun, 2013

Seorang lagi Blogger baru!

Baru beberapa hari yang lalu, saya telah menyertakan satu entry yang berkaitan dengan seorang ahli blogger baru. Dan hari ini, seorang lagi blogger akan saya perkenalkan. Beliau yang menjadi fokus dalam tulisan ini ialah saudara Yusri bin Azis. Beliau merupakan sahabat saya semenjak dari bangku sekolah rendah lagi dan kini sedang melanjutkan pendidikannya di tingkatan 6.

Sepanjang persahabatan saya dengan beliau, salah satu nilai dominan yang jelas boleh dilihat adalah usaha. Hal ini mungkin kerana beliau mempunyai matlamat yang jelas dan sentiasa berkeyakinan dalam perkara yang ingin dia lakukan. Beliau juga mempunyai semangat yang sukar untuk diruntuhkan kerana beliau jarang sekali berputus asa dalam apa jua halangan yang sedang dihadapinya.

Di sini, ingin sekali saya ucapkan tahniah kepada saudara Yusri kerana sudah memiliki laman blognya sendiri. Semoga anda saudara Yusri akan mendapat manfaat daripada aktiviti blogging.

Kepada anda yang mahu berkunjung ke blog beliau, silalah menggunakan URL berikut untuk memandu anda terus ke sana!
http://ketabahanoku.blogspot.com/

Oh ya, Beliau sudah pun memasukkan beberapa entries ilmiah yang menarik dan tidak ketinggalan juga maklumat tentang beliau sendiri. Jadi, tidak salah kalau anda meluangkan masa bukan?

(Sekadar berkongsi)

02 Jun, 2013

Blogger baru

Apa khabar kepada anda yang sedang meluangkan masa melawat Lama MejaLogam? Semoga sentiasa sihat dan sejahtera disamping segala keberkatan dari Yang Maha Esa. Tulisan kali ini akan memperkenalkan seorang lagi blogger baru dalam kalangan Orang Kelainan Upaya (katagori penglihatan). Beliau yang dimaksudkan ialah Mohd Amirul Jalaluddin (maaf jika tersallah eja nama) dan kini sedang melanjutkan pendidikannya di St. John, Kuala Lumpur sebagai seorang pelajar tingkatan 6.

Untuk pengetahuan semua, beliau juga sahabat sepejuangan dan belajar setingkatan dengan saya semasa kami memburu ilmu di SMPK Setapak dahulu. Beliau seorang yang ceria dan juga penghibur. Kemesraannya merupakan salah satu kualiti yang terdapat pada diri beliau. Ini juga menjadikan beliau mudah bergaul dan menyesuaikan diri dalam masyarakat dan kawasan yang baru beliau pergi.

Kepada Amir, setinggi-tinggi ucapan taniah saya ucapkan kepada anda. Dengan penglibatan anda sebagai citizen journalism atau blogger nama mudahnya, semoga anda akan memperoleh faedah dan memperoleh pengalaman baharu.

Di sini, saya sertakan alamat URL blognya iaitu http://kilatman.blogspot.com/ untuk anda yang mahu berkunjung dan membaca beberapa entries sulung beliau.
Terima kasih.

(Sekadar Berkongsi)

12 Mei, 2013

Selamat hari ibu 2013

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada para pembaca yang sudi meluangkan masa untuk blog yang tidak seberapa ini. Seperti biasalah, tulisan ini tiada tujuan lain melainkan segulung ucapan terimakasih yang tidak terhingga kepada Ilahi kerana telah memberikan seorang insan yang sangat bermakna kepada diri kita sama ada di dunia mahupun akhirat. Insan itu dipangil kita apabila kita hendak memanggilnya. (apa la, loyer buruk hihi).

Mak, mama, ibu, umi, mum, mummy, amma, a bu dan beberapa lagi pangilan yang serupa dengan itu merujuk kepada seorang sahaja iaitu 'bonda tercinta'.
Dengan kesempatan yang ada ini, sila izinkan saya mengucapkan 'Selamat hari ibu' kepada kaum Ibu yang berjasa tidak kira di mana anda berada. Semestinya tidak akan ketinggalan ucapan yang sama kepada bonda saya yang sudah banyak bersusah payah untuk mendewasakan saya.

Mother, I love you!
(Sekadar ucapan)

25 April, 2013

MejaLogam Berehat seketika

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada anda yang sedang melawat Laman MejaLogam. Untuk pengetahuan semua, saya akan memulakan pengajian tahun kedua saya di KTAR tidak lama lagi. Sepanjang tempoh pengajian itu, saya mungkin sekali lagi kembali tidak aktif dalam penulisan blog. Tetapi, jika berkesempatan, sudah tentu saya akan meluangkan masa untuk menghasilkan tulisan baru untuk perkongsian semua.

Walau bagaimana pun, ingin sekali saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda yang masih sudi melawat laman yang tidak seberapa ini!