Pelihara tradisi, tegakkan identiti!
Selamat sejahtera saya ucapkan kepada para pembaca MejaLogam. Sebelum teruskan dengan isi tulisan, tahukah anda apakah itu Erhu? Erhu merupakan salah satu alat muzik tradisional Cina yang popular sehingga hari ini. Kadang-kala, ia juga dikanali sebagai "Chinese violin".
Seperti Violin, Erhu menghasilkan bunyi melalui geseran antara tali Erhu dan rerambut busurnya. Tetapi, terdapat banyak perbezaan khususnya dari segi ciri fizikalnya dan teknik memainkannya.
Sebelum bercerita tentang perbezaan itu, mari kita lihat apa yang ada pada Erhu itu sendiri. Terdapat 3 bahagian utama pada ciri fizikal Erhu iaitu peti bunyi, lehir dan penyelaras tali. Dimulakan dengan peti bunyi. Diringkaskan, terdapat persamaan antara reka bentuknya dengan gendang yang menggunakan kulit haiwan. Cuma yang berbeza ialah peti ini lebih kecil, berbentuk segi enam, (kadang-kala segi 8 dan jarang-jarang berbentuk bulat) dan menggunakan kulit sawa. tulin, (bukannya kulit lembu)! Kulit ini menutup sepenuhnya permukaan peti tersebut dengan kadar kecekangan tertentu dan sekepeng plastik dan kain (gulungan kecil) akan ditempatkan di atasnya untuk menahan tali yang melintasinya. Kepingan plastik dan kain itu tidak boleh dilekat pada kulit tersebut kerana ia akan mempengaruhi kualiti bunyinya. Kulit tersebut boleh dikatakan tahan tekanan tetapi tidak kebal dengan bahan yang tajam seperti (fikirkan sendiri) hahahahaha!!!
Ingat, kulit ini nyawa Erhu. Kalau pecah kulit, matilah Erhu!
Seterusnya, kita pergi kepada lehirnya. Sebelum itu, ingin saya tekankan bahawa tulisan ini tidak mantap! Jadi, jadikanlah tulisan ini sebagai pengetahuan umum sahaja dan jangan sesekali digunakan sebagai bahan rujukan. Bahagian ini seperti bahagian alat muzik bertali yang lain tetapi terdapatnya perbezaan yang besar iaitu lehir ini hanya lehir yang biasa, kurus dan lurus, licin dan tiada tanda-tanda untuk mengasingkan bunyi notnya seperti violin dan guitar. (alahai, bagi contoh pulak).
Terdapat tali yang dikenali sebagai Qian jing bertindak sebagai pengikat antara tali erhu dan lehirnya. tetapi bukanlah ikat rapat sangat antara tali dengan lehir. Jaraknya haruslah lebih kurang lebar ibu jari tangan(kiri atau kanan sama aje). Di bahagian atas lehir ini, ditebuk 2 lubang yang serupa saiznya untuk dijolok penyelaras talinya.
Kalau dah sentuh pasal penyelaras, kita lihat teruslah apa itu penyelaras tali! (Peringatan, tulisan ini hanya pengetahuan penulis semata-mata. Bahan rujukan tidak disertakan. Fakta diragui dan tidak sesuai menjadi bahan rujukan tulisan rasmi. Kalau nak tahu sekadar ala kadar, teruskanlah bacaan anda). Tidak seperti Guitar, penyelaras Erhu tidak mempunyai makanisma yang menggunakan gerigi (bukan semua erhu). Penyelarasnya hanya 2 batang kayu yang biasa di mana ia berbentuk cone yang tumpul bucunya. Terdapat lubang kecil yang muat untuk tali Erhu menembusinya di bahagian tepi muncung cone tersebut. Penyelaras ini akan disumbat menembusi lehir Erhu dan akan menampakkan bentuk + jika dipandang dari sudut tepi. Penyelaras berbentuk Cone ini membolehkannya tersumbat pada lehir dan dapat menahan tenaga potensi (potential energy) tali erhu/mengelakkan daripada lari tune. (penerangan yang buruk!)
Seterusnya, kita akan lihat bagaimana pula ianya di tune. Pada asasnya, Erhu mempunyai 2 tali, iaitu tali luar (lebih halus) dan tali dalam(lebih tebal). Tali luar di tun pada note A semetara dalam tune pada note D. (rujukan Wikipedia/didikan MR. Quah Ching Loong), Instructer of ASCC1122 Chinese Music Instrument – Erhu in TARC. Tali-tali itu telah dipanggil tali luar dan tali dalam kerana posisinya semasa dimainkan adalah sebegitu. Tali yang hampir dengan pemainnya digelar tali dalam dan begitu lah tali yang satu lagi. Mahu tahu yang lebih lanjut, teruskanlah bacaan anda pada lain hari.
(Sekadar berkongsi)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan