20 Mei, 2012

Ucapan yang keliwatan, (Selamat Hari Guru)

Selamat sejahtera kepada para pengunjung blog saya. Sebenarnya, tulisan ini sudah agak lewat untuk saya paparkan di dinding laman maya ini. Tetapi bagi saya,, tulisan ini harus saya paparkan jua. Seperti yang kita sedia maklum, 16 Mei merupakan hari guru, satu hari yang bermakna buat seorang pelajar mahupun guru. Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari guru khususnya kepada semua guru-guru yang pernah bekorban tenaga untuk mendidik saya sehingga kini. Kepada guru-guru di SMPK Setapak, guru-guru SRPK Alma dan guru-guru di St. Nicholas Home, saya mendooakan agar Tuhan memberkati kalian semua dengan memberikan kesihatan yang sempurna agar mampu berhadapan dengan cabaran yang bakal mendatang. Sesungguhnya, saya masih rindu untuk menghadirkan diri sebagai pelajar dalam kelas kalian semua! Semoga guru-guru sekalian akan terus tabah melayan kerena pelajar-pelajar seperti saya (seketika dulu) dan terus mengalas tugas dengan penuh dedikasi. Kepada pelajar-pelajar SMPK Setapak dan SRPK Alma, hormatlah dan berikanlah kerjasama yang sebaik mungkin kepada guru-guru anda kerana merekalah yang menjadi kunci pintu ilmu anda. Hargailah mereka seperti mana anda menghargai kedua-dua ibu bapa anda sendiri. Percayalah bahawa anda akan berasa rindu dengan mereka apabila meninggalkan sekolah nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan