12 Mei, 2012

Anak VS Ayah

Selamat sejahtera kepada para pembaca. Ini merupakan corak penulisan baharu saya. Harap anda menyukaainya.
Panduan membaca
Baris ganjil adalah isi hati (monolog dalaman) anak dan baris genap mewakili ayah.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
"Ayah tak faham tentang saya."
"Anak saya tak faham niat saya"
"Ayah selalu mahu saya menjadi yang terbaik tetapi bukan saya tak mahu tapi tak mampu."
"Saya mahu melihat anak saya menjadi terbaik supaya hidupnya tidak sesukar saya."
"Kalau saya tak mampu, saya tak boleh maju."
"Kalau anak saya gagal, dia akan menderita seperti saya."
"Bagaimana saya mahu beri tahu yang saya sudah berusaha kepada ayah?"
"Bagaimanakah saya mahu menyedarkan anak saya bahawa niat saya adalah untuk kebaikan dirinya?"
"Berkali-kali saya cuba tapi gagal juga meyakinkan ayah."
"Berkali-kali saya cuba tapi niat saya tidak difahaminya."
"Ayah tak faham tentang saya."
"Anak saya tak faham niat saya."
"Biarlah saya bukan yang terbaik tetapi saya sudah berusaha."
"Biarlah dia bersusah-susah dahulu sekarang agar tidak menyesal setelah saya tiada."
"Bukan saya malas tapi itulah kemampuan saya."
"Bukan saya suka untuk bertegas-tegasan dengannya, ianya kerana saya mahu dia berjaya."
"Saya main game untuk lepaskan tekanan yang diberikan oleh ayah."
"Saya marah dirinya agar dia mengambil serious nasihat saya."
"Tapi, ayah kata saya penagih dadah jenis game dan tak boleh pakai langsung."
"Tapi, anak saya protest dan tunjuk reaksi yang tidak baik kepada saya kalau saya marah dirinya
"Saya mahu jadi anak yang terbaik tapi mengapa ayah rasa saya tidak cukup baik?"
"Saya hanya mahu membaiki dirinya tetapi mengapa dia tidak berfikir begitu?"
"Saya sangat hargai sokongan ayah tapi ayah tak pandang kelebihan saya."
"Saya sayang anak saya tapi dia salah tafsir dengan cara saya."
"Ayah orang lain baik, tak macam ayah saya."
"Anak-anak mereka matang, tak macam anak saya."
"Sesungguhnya, saya takut ayah marah kalau saya gagal dalam peperiksaan."
"Sebenarnya, saya sangat takut anak saya gagal dalam hidupnya."
"Saya rasa sangat tertekan dengan ayah."
"Saya rasa sangat gelisah untuk fikirkan masa depannya."
"Hai..."
"Hai..."
>>>>>>>>>>>

Apa yang anda fikirkan?
(Sekadar tulisan untuk berkongsi)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan