29 Mei, 2012

Berehat seketika

Selamat sejahtera kepada para pembaca yang sangat saya hormati. Terlebih dahulu, saya ingin memohon maaf kerana sudah agak lama tidak menampilkan apa-apa bahan untuk tatapan pembaca. Untuk pengetahuan semua, saya sedang sibuk menyapkan assignments yang telah diarahkan oleh para pensyarah. Disebabkan pengurusan masa yang kurang baik, saya tidak dapat meluangkan masa untuk blog ini. Kelakar bukan? Tetapi saya akan kembali aktif semula. Tunggu ya!

20 Mei, 2012

Ucapan yang keliwatan, (Selamat Hari Guru)

Selamat sejahtera kepada para pengunjung blog saya. Sebenarnya, tulisan ini sudah agak lewat untuk saya paparkan di dinding laman maya ini. Tetapi bagi saya,, tulisan ini harus saya paparkan jua. Seperti yang kita sedia maklum, 16 Mei merupakan hari guru, satu hari yang bermakna buat seorang pelajar mahupun guru. Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari guru khususnya kepada semua guru-guru yang pernah bekorban tenaga untuk mendidik saya sehingga kini. Kepada guru-guru di SMPK Setapak, guru-guru SRPK Alma dan guru-guru di St. Nicholas Home, saya mendooakan agar Tuhan memberkati kalian semua dengan memberikan kesihatan yang sempurna agar mampu berhadapan dengan cabaran yang bakal mendatang. Sesungguhnya, saya masih rindu untuk menghadirkan diri sebagai pelajar dalam kelas kalian semua! Semoga guru-guru sekalian akan terus tabah melayan kerena pelajar-pelajar seperti saya (seketika dulu) dan terus mengalas tugas dengan penuh dedikasi. Kepada pelajar-pelajar SMPK Setapak dan SRPK Alma, hormatlah dan berikanlah kerjasama yang sebaik mungkin kepada guru-guru anda kerana merekalah yang menjadi kunci pintu ilmu anda. Hargailah mereka seperti mana anda menghargai kedua-dua ibu bapa anda sendiri. Percayalah bahawa anda akan berasa rindu dengan mereka apabila meninggalkan sekolah nanti.

Sajak Pemergian yang indah

Pergi tanpa kabar berita
bukan untuk menjatuhkan
lebih banyak air mata.

Pergi tanpa kabar berita
bukan sengaja
mahu riak
dengan kekuatan jiwa.

Bukan niatku
pergi tanpa kabar berita
bahkan diriku
sangat merindui
perpisahan bersama

Sesekali,
pergi tanpa kabar berita
ibrat luka merah
disuntik pelali
tanpa sakit, tanpa binasa.
tanpa tangis, tanpa gelora.

Seandainya
pergi tanpa kabar berita
bak keris berbisa
tajam terhunus
membelah kewujudan
nescaya memori indah
lebih beerti indah.

Biarlah diriku
pergi tanpa kabar berita
agardirimu
jauh berbatu
daripada menelan
detik-detik
kepahitan perpisahan
yang melanda.

Pergi tanpa kabar berita
bukan bidang yang ku cinta
tetapi hanya pemergian
yang lebih indah.

(Sekadar berkarya)

12 Mei, 2012

Selamat Hari Ibu

Sudah menjadi kewajiban bagi seorang ibu menjaga anaknya sehingga dewasa. Tetapi, sebagai seorang anak yang bertanggungjawab dan memahami erti kesyukuran, jasa ibu wajib dibalas dengan kebaikan.

Selamat sejahtera kepada para pembaca. Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari ibu kepada semua ibu-ibu di seluruh dunia yang masih berjuang untuk cahaya mata mereka. Sudah tentu ucapan selamat hari ibu yang paling istimewa adalah untuk ibu saya!

Sebenarnya, saya berasa sangat bersyukur kerana mengibukan seorang wanita yang sangat lembut, prihatin dan penyayang. Sesungguhnya, hidupnya saya sehingga kini adalah sebahagian daripada pengorbanannya. Beliau tidak pernah menghanggap saya sebagai seseorang yang tidak sempurna tetapi sebagai seseorang yang istimewa justeru menjaga saya bagai manatang minyak yang penuh. Semenjak kecil, saya telah diberikan kasih sayang yang cukup sempurna daripadanya. Kesannya, saya mempunyai zaman kanak-kanak yang sangat bahagia dan sukar untuk dilupakan buat diri saya. Apabila melangkahkan kaki dalam dunia pendidikan, saya terpaksa berjauhan dengan ibu untuk terus menuntut ilmu. Walaupun begitu, saya tetap sentiasa berhubung dengannya. Melalui panggilan telefon, beliau selalu bertanyakan khabar saya dan membincangkan apa yang sedang berlaku di SRPK Alma, Pulau Pinang iaitu sekolah rendah saya. Dan setiap kali sebelum saya memutuskan talian, beliau akan berpesan kepada saya supaya minum air secukupnya! Sebenarnya, dia masih berpesan sedemikian sehingga hari ini!

Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu saya yang tidak habis dengan pengorbanan untuk mendewasakan saya.
Ibu, I love you!

Anak VS Ayah

Selamat sejahtera kepada para pembaca. Ini merupakan corak penulisan baharu saya. Harap anda menyukaainya.
Panduan membaca
Baris ganjil adalah isi hati (monolog dalaman) anak dan baris genap mewakili ayah.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
"Ayah tak faham tentang saya."
"Anak saya tak faham niat saya"
"Ayah selalu mahu saya menjadi yang terbaik tetapi bukan saya tak mahu tapi tak mampu."
"Saya mahu melihat anak saya menjadi terbaik supaya hidupnya tidak sesukar saya."
"Kalau saya tak mampu, saya tak boleh maju."
"Kalau anak saya gagal, dia akan menderita seperti saya."
"Bagaimana saya mahu beri tahu yang saya sudah berusaha kepada ayah?"
"Bagaimanakah saya mahu menyedarkan anak saya bahawa niat saya adalah untuk kebaikan dirinya?"
"Berkali-kali saya cuba tapi gagal juga meyakinkan ayah."
"Berkali-kali saya cuba tapi niat saya tidak difahaminya."
"Ayah tak faham tentang saya."
"Anak saya tak faham niat saya."
"Biarlah saya bukan yang terbaik tetapi saya sudah berusaha."
"Biarlah dia bersusah-susah dahulu sekarang agar tidak menyesal setelah saya tiada."
"Bukan saya malas tapi itulah kemampuan saya."
"Bukan saya suka untuk bertegas-tegasan dengannya, ianya kerana saya mahu dia berjaya."
"Saya main game untuk lepaskan tekanan yang diberikan oleh ayah."
"Saya marah dirinya agar dia mengambil serious nasihat saya."
"Tapi, ayah kata saya penagih dadah jenis game dan tak boleh pakai langsung."
"Tapi, anak saya protest dan tunjuk reaksi yang tidak baik kepada saya kalau saya marah dirinya
"Saya mahu jadi anak yang terbaik tapi mengapa ayah rasa saya tidak cukup baik?"
"Saya hanya mahu membaiki dirinya tetapi mengapa dia tidak berfikir begitu?"
"Saya sangat hargai sokongan ayah tapi ayah tak pandang kelebihan saya."
"Saya sayang anak saya tapi dia salah tafsir dengan cara saya."
"Ayah orang lain baik, tak macam ayah saya."
"Anak-anak mereka matang, tak macam anak saya."
"Sesungguhnya, saya takut ayah marah kalau saya gagal dalam peperiksaan."
"Sebenarnya, saya sangat takut anak saya gagal dalam hidupnya."
"Saya rasa sangat tertekan dengan ayah."
"Saya rasa sangat gelisah untuk fikirkan masa depannya."
"Hai..."
"Hai..."
>>>>>>>>>>>

Apa yang anda fikirkan?
(Sekadar tulisan untuk berkongsi)

04 Mei, 2012

Hidup dan Perjuangan

Hidup ini ibarat berlari. Jika larian itu terhenti, maka yang hidup itu pun berhentilah.

Selamat sejahtera kepada para pembaca MejaLogam Blogspot yang sangat-sangat saya hargai. Untuk pengetahuan semua, saya sudah pun diterima sebagai salah seorang pelajar dalam Kolej Tungku Abdul Rahman (TARC). Sebenarnya, ini merupakan cabaran baru buat saya sendiri. Nak kata saya boleh menempuh semua rintangan itu sudahlah tentu tidak kerana saya seorang yang tidak pandai berhadapan dengan cabaran. Tetapi ini adalah jalan yang telah saya pilih dan saya tiada pilihan melainkan keberanian untuk menempuhnya. Perasaan risau sudah tentulah ada tetapi terlalu risau juga membawa masalah! Ini tidak bermakna tidak perlu mengampil kisah sebaliknya ambil kisah sebanyak mana yang diperlukan sahaja!

Oh, kembali kepada ayat sulung yang saya sertakan di atas. Sebenarnya hidup ini adalah perjuangan dan sebab perjuangan inilah kita masih hidup. Kita berjuang untuk mencari keperluan. Kita berjuang untuk mengejar kejayaan. Kita berjuang untuk mendapat kebahagiaan. Kita berjuang untuk kehidupan. Sekiranya kita berhenti berjuang, perjuangan kehidupan secara tidak langsung sudah pun terhenti dengan sendirinya. Perlukan contoh? Sebenarnya salah satu contoh yang mudah ialah harimau berjuang untuk mencari rusa, kambing, kerbau dan beberapa ribu jenis spesis lagi haiwan di rimba kerana mahu teruskan kehidupan dengan bekalan tenaga hasil daripada mangsa (makanan)nya itu. Itu hanya harimau. Jadi apa pula perjuangan kita sebagai khalifah bumi ini? Setiap individu mempunyai misi dan visi sendiri dan usaha-usaha ke arah pencapaian itulah yang dikatakan perjuangan kita. Barang kali?

Di sebalik perjuangan, kegelapan juga wujud. Hal ini kerana perjuangan memerlukan pengorbanan. Paling kurang pun masa yang menjadi bahan korban. Seperti larian, seorang atlit memerlukan tenaga dan oksigen yang mencukupi untuk meneruskan lariannya. Jika oksigen mempunyai had, atlit tersebut terpaksa mengorbankan atlit lain yang juga salah seorang penguna gas tersebut. Nampak seakan-akan zalim kerana sesetengah pejuangan harus mengorbankan perjuangan lain untuk terus berjuang. Inilah fitrah yang tidak dapat berubah dan jauh sekali untuk dikatakan zalim. Tetapi janganlah salah gunakan konsep ini pada situasi seperti berikut:
Situasi 1
"Aku berjuang untuk dapatkan dia. Tapi dia tak layan cinta aku. Jadi, aku akan hapuskan perjuangan orang lain untuk melengkapkan pejuangan aku." (hapus bererti membunuh sesiapa yang mahu atau telah menawan hati kekasihnya)
Situasi 2
"Perniagaan aku telah aku berjuang bersungguh-sungguh. Tapi, perniagaan dia yang lebih berjaya. Jadi, aku mahu jahanamkan perjuangannya agar perjuanganku mendapat pulangan." (Menjahanamkan bererti menjatuh, merosakkan dan beberapa perkataan negetif yang menjurus ke arah kejatuhan kepada perniagaan pesaingnya.)
Situasi 3
"Aku berjuang dengan bergitu sukar untuk menjadi yang terbaik kepada mereka tetapi mengapa dia yang dipilih oleh mereka? Jadi, aku mahu kotorkan perjuangannya agar orang menghargaai perjuanganku." (Kotorkan bererti menjatuhkan emej atau menukar persepsi ke arah keburukan buat pesaingnya.)

Sebenarnnya banyak lagi contoh yang boleh kita fikirkan. Asalkan ianya sudah terpesong daripada jalan kebenaran, ianya boleh diklasifikasikan sebagai kezaliman. Tetapi apa itu jalan kebenaran pula? Adakah yang dikatakan jalan kebenaran itu benar-benar BENAR?

(Sekadar kembali mencari Imspirasi)

Sekadar pendapat

Perkataan hanya merupakan alat perhubungan antara manusia. Semakinn kaya minda seseorang dengan perkataan, maka dia akan menjadi semakin kaya dengan ilmu. Pada masa yang sama, dia juga kaya dengan kelemahan hasil daripada kekayaan ilmunya itu.

Selamat sejahtera kepada para pembaca yang amat saya hormati. Tulisan buat kali ini adalah pendapat saya semata-mata! Jadi, janganlah terlalu mengambil kisah dengan tulisan ini, ya! Bahasa merupakan alat perhubungan yang mengeratkan hubungan siraturahim. Jadi, tidak hairanlah bahasa menjadi satu jentera yang berfungsi memupuk semangat perpaduan seperti di negara kita, Malaysia. Sudah tentu para pembaca pernah mendengar slogan yang berbunyi "Bahsa Jiwa Bangsa". Pada pendapat saya, rasional di sebalik slogan ini adalah pertuturan dalam bahasa yang sama akan menghasilkan semangat perpaduan. Tetapi mengapa mesti begitu? Jawapannya adalah kerana bahasa merupakan alat perhubungan dan medium komunikasi sesama manusia. Apabila manusia boleh berberinteraksi dengan baik, persefahaman dapat dicapai. Bagaimana pula persefahaman ini dapat dicapai? Jawapannya adalah komunikasi yang lahir hasil daripada kewujudan bahasa itu sendiri. Jadi, apa pula kaitan dengan perpaduan? Sudah tentulah komunikasi yang baik akan menghasilkan perpaduan yang kukuh. Pada masa yang sama, bahasa juga membolehkan seseorang mempelajari ilmu pengetahuan kerana bahasa juga berperanan sebagai medium penerangan. Jadi, semakin banyak bahasa yang kita pelajari, semakin banyak peluang untuk kita mendapatkan ilmu. Tetapi sedar tidak sedar, ilmu yang banyak itu sudah mewujudkan suatu kelemahan dalam diri kita sendiri juga. Tidak percaya? Lihatlah situasi di bawah ini.

Situasi 1:
"Kamu ni memang sial dan bodoh. Bangan pulak tu!" Maki A
"What are you talking about?" Balas B
Sekiranya B tidak faham akan Bahasa yang dituturkan oleh A, nescaya tiada kesan pada psikologinya apatah lagi marah walaupun B ini mungkin seorang yang panas baran?
Situasi 2:
"You are such a damn and stupit guy!" Maki Y.
"Hai, Didn't anyone teach you the meaning of 'polite'?" balas Z.
Dalam situasi ini, Z seakan-akan sudah termakan cacian yang diluahkan Y dengan penuh perasaan. Ini semua kerana Z memahami bahasa yang dituturkan oleh Y. Jadi, para pembaca dapat meneka apa keburukannya sekarang? Sebenarnya, antara jawapan yang mudah adalah Z marah apabila dicaci dengan bahasa yang telah dia pelajari. Jika dibandingkan dengan B yang tidak marah, kerana tidak faham akan bahasa itu, Z sebenarnya ada kelebihan sebab menerima lebih banyak ilmu yang dipersembahkan dalam bahasa yang dia faham itu. Tetapi, Z juga telah memendekkan nyawanya kerana faham dengan cacian yang dituturkan dalam bahasa yang difahaminya itu. Mungkin jawapan ini nampak seperti jawapan yang remeh. Tetapi jika seseorang yang berada dalam keadaan bersaing telah menerima tekanan dari segi kata-kata daripada pesaingnya dalam bahasa yang dia faham, bukankah itu satu masalah yang serius jika repotasinya jatuh akibat melayan kata-kata yang berbentuk cacian itu? Jika itu adalah niat si pencaci, maka yang terasa itu pun terkenalah jerangkap samar yang dipasang di atas jalan tar. Walau bagaimana pun, jika kita mempunyai kekuatan dalaman yang kebal bak batu permata, masalah itu pun berpangkat aruah lah!

(Sekadar mengisi masa lapang)