16 April, 2012

Sekadar ucapan

Selamat sejahtera kepada para pembaca. Untuk pengetahuan semua, saya sudah selamat sampai ke sarang asal saya di Selangor. Dan kepulangan saya ini merupakan pemergian muktamat saya dari St. Nicholas Home. Nak kata saya tak suka di sana sudah tentu bukan sekali. Sebenarnya, saya sangat rindu suasana di sana terutamanya rakan-rakan dan guru-guru yang menceriakan kehidupan saya. Untuk pengetahuan semua, saya sudah banyak menyusahkan mereka khususnya pihak-pihak yang saya nyatakan tadi. Dimulakan dengan rakan saya saudara kekasihalam yang merupakan anak jati Pulau Mutiara. Setinggi-tinggi terima kasih saya ucapkan kepada KekasihAlam kerana beberapa kali membawa saya ke rumahnya. Begitu juga menemani saya untuk melengkapkan beberapa perjalanan yang saya rasa tidak mungkin saya lengkapkan jika saya seorang diri. Begitu juga dengan beberapa rakan lain yang menjadi tempat saya mengadu kesusahan sama ada dari segi emosi mahupun dari segi lain. Guru-guru juga tidak terkecuali daripada ucapan yang telah saya nyatakan di atas. Mungkin sebab saya belajar di bawah bahagian ICDL, kesan yang mendalam lebih kepada Guru-guru ICDL iaitu cikgu Hetty, Cikgu Vijaya dan Cikgu Robert Maidin (Maaf kalau salah eja). Ucapan yang sama juga saya ucapkan kepada semua pihak di St. Nicholas Home kerana menambahkan warna-warni kehidupan saya disamping memberikan saya ilmu yang sangat-sangat berguna. Saya berharap kalian semua akan selamat dan terus diberkati Tuhan. Bacalah blog saya kalau rindu! Hahahahahahaha......

(Sekadar ucapan)

1 ulasan:

  1. Terima kasih kepada awak juga kerana sudi datang dan belajar di sini. Saya masih juga belajar untuk menjadi tenaga pengajar yang berhemah dimana dipercayai dan disenangi oleh pelajar disamping mencurahkan ilmu yang saya ada kepada lain selagi mampu. Maaf jika ada salah silap. harapan awak berjaya dalam kehidupan.

    BalasPadam