Saya hanya sebatang pena. Pena yang dilahirkan dengan dakwat hitam. Tetapi dakwat yang hitam ini tidaklah bererti keburukan. Memang sudah menjadi norma kehidupan bahawa yang hitam pastinya yang jahanam. Tetapi kenyataannya hitam hanyalah warna. Seperti warna-warna lain. Bercerita tentang dakwat hitam, contenganlah yang akan saya bayangkan. Ini kerana itulah fungsi dakwat. Dakwat yang diconteng dengan corak tertentu akan menjadikan orang menangis, ketawa dan emosi lain juga. Semua ini hanya kerana contengan itu bermakna, bermakna untuk pembacanya. Macam tuan saya!
Setahu saya, saya adalah hadiah yang sangat bermakna buat tuan saya. Ini kerana saya diberikan kepadanya atas alasan kasih sayang. Tidak hairanlah tuan saya sangat-sangat menjaga saya. Pada permulaannya, saya sering digengam dengan erat dan menghasilkan corak di atas kertas kosong sahaja. Setiap kali saya mengeluarkan dakwat dengan kawalan rapinya, saya dapat merasakan keriangan yang terhasil daripada cara gengamannya. Pada fikiran saya, mungkin dia hendak sampaikan sesuatu yang gembira. Siapa tahu? Walaupun saya hanya pena semata-mata, kegembiraan tuan saya pun menjadi sesuatu yang saya sangat-sangat suka.
Semestinya setiap perkara yang bermula akan berakhir jua. Begitu juga dengan kegembiraan tuan saya. Kali ini, gengamannya layu dan kadang-kala keras. Pada perasaan saya, tuan saya sudah tidak gembira lagi. Sehingga suatu hari, saya telah dibasahkan oleh tuan saya sendiri. Air yang hangat dan bertukar salju tidak henti-henti menyelubungi tubuh saya dan peristiwa ini mengakibatkan saya berasa sebak. Tidak lama, dakwat sudah pun kehausanlah. Ini juga bererti saya tidak lagi berfungsilah. Tetapi tuan masih menyimpan saya dengan rapi. Sangat-sangat rapi. Dia selalu membawa saya bersamanya seperti kali pertama kami berjumpa. Apa yang berbeza, kegembiraannya sudah pun hilang.
Pada suatu pagi, sekali lagi saya digengam tuan saya. Bukan untuk menulis tetapi mungkin saja-saja. Sekali lagi perasaan sedih tuan saya jelas dirasaai. Tetapi kali ini ada sedikit yang berbeza, yang saya pun tidak pasti. Hampir satu jam ibarat lamanya gengamannya dan kemudian sudah tidak ada lagi gengaman yang lain. Peristiwa ini juga menjadikan saya benar-benar sebak kerana kehilangan seorang pemilik yang benar-benar menghargaai saya. Apa yang lebih menyedihkan adalah saya tidak dapat membantunya untuk mengundurkan kesedihannya yang begitu misteri itu. Sekarang, saya hanya berada di atas meja tulis, barang kali untuk masa yang panjang. Kalau boleh, saya mahu membantu seterusnya mengetahui masalah pemilik yang penyayang itu. Kenyataannya, itu hanya harapan yang tinggal harapan semata-mata. Semoga tuan saya akan pulang dengan gengaman yang gembira.
(Sekadar menyeru ilham)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan