Apabila manusia dilahirkan di atas muka bumi ini, manusia mempunyai kebebasannya untuk melakukan apa yang dikehendaki oleh dirinya. Pada masa yang sama, manusia tidak pandai menguruskan kebebasan yang dikurniakan. Untuk mengelakkan kebebasan ini menjadi salah satu medium penghancur keharmonian kehidupan sejagat, peraturan telah wujut sebagai satu garis pandu untuk memberi tahu manusia di manakah sempadan kebebasan yang mereka ada. Peaturan alam ini turut dikenali sebagai AGAMA.
Walau bagaimana pun, agama ini ada banyak jenis. Dari zaman pra sejarah hinggalah sekarang pun kita boleh menjumpai macam-macam jenis agama. Yang menghairankan ialah apabila manusia terlalu taksuk dengan peraturan yang dikenali sebagai agama ini sehingga mengunakannya sebagai salah satu elemen semangat assabiah. Lebih mengecewakan lagi apabila manusia sanggup membunuh sesama sendiri untuk menunjukkan kehebatan agamanya sendiri walaupun agamanya itu tidak menggalakkan peperangan.
Apabila satu pihak mula mengancam satu pihak yang lain, nescaya pihak yang diancam itu tidak membodohkan diri untuk diancam sebaliknya pihak tersebut akan mempertahankan dirinya. Apabila berlanjutan, keadaan ini, banyak nyawa terkorban dan saudara-mara si mati itu pun akan menghanggap kematian tersebut harus dibela dengan nyawa pihak yang mengancam. Kesannya, perang yang pada asalnya hanya mempertahankan hak itu menjadi perang yang emosional di mana tenteranya membawa perasaan yang bertemakan dendam ke medan petaruhan nyawa itu.
Perang berlanjutan dan dendam bertambah mendalam. Dalam tidak sedar, fakta sejarah pun bervariasi mengikut sudut pandangan pihak mereka sendiri. Hilang jugalah fakta sejarah yang sebenar! Perang tidak juga selesai walaupun banyak nyawa sudah hilang di dalam medan perang. Sehingga bila? Berapa banyak perjuangan lagi yang sia-sia? Berapa lama lagi manusia yang bergelar tentera harus mati katak bergitu sahaja? Pemimpin pula hanya menambahkan minyak di atas api yang sedia membara. Mereka hanya memandang sesuatu pekara dari aspek yang langsung tetapi ada cara dan keputusan yang lebih futuristik yang boleh mereka gunakan selaku jalan penyelesaian.
Fikirkanlah dan pertimbangkanlah apa-apa yang lebih releven dengan keadaan dan jangan sesekali bertindak mengikut perasaan dan emosi. Harus diingatkan bahawa agama bukan bahan yang menghancurkan dunia tetapi satu peraturan sempurna yang menjamin keharmonian kehidupan. Jangan salah tafsir dengan kemuliaan agama dan mencemarkan kemuliaannya dengan membunuh pihak yang tidak memberi ancaman kepada kita.
(pendapat Ee Beng semata-mata)
Betulkan saya dengan memberikan komen sekiranya catatan ini sudah keterlaluan!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan