Sudah lama saya tidak mengemas kini tulisan di blog ini. Kali ini, dapat juga saya mencari sedikit "kerajinan" untuk menulis. Pada sabtu dan ahad minggu lalu, saya telah menghadiri Kem Matematik SPM 2015 yang dianjurkan di SMPK Setapak, tempat saya bersekolah dari 2007 - 2011. Seperti semalam rasanya saya berada dalam kem yang sama bersama sahabat sekelas yang lain.
Oh ya, kali ini, saya telah diberi peluang untuk menbantu adik-adik saya untuk berhadapan dengan SPM kertas Matematik, iaitu satu kertas yang saya percaya digeruni ramai. Walaupun diri ini digelar mentor, namum terbukti ilmu yang dipelajari suatu ketika dahulu tidak lagi segar dalam ingatan. Nasib baik ada guru yang boleh dirujuk. Kalau tidak, jauh sekali saya dapat membantu pelajar SPM tahun ini.
Kem tersebut telah diadakan di SMPK sahaja dan tidak seperti zaman persekolahan saya. Namun, saya percaya objektifnya tercapai kerana semua pelajar benar benar memanfaatkan masa yang diberikan. Pada masa yang sama, saya juga bertemu dengan guru guru (Cikgu Suriani, Cikgu Zaini, Ustazah Fatimah) 'maaf kalau tersilap eja') dan sahabat lama iaitu Jason Tang dan Ahmad Shahidi (pelajar SPM cemerlang 2010); dan juga Hanson Ang (pelajar cemerlang SPM 2011). Tidak terlupa juga kenalan baru dari IGP Penang. Ya, mereka ini adalah rakan-rakan Sahidi yang dating berkilometer jauhnya untuk membantu adik-adik saya di SMPK. Sesungguhnya kerelaan dan keikhlasan mereka untuk datang membantu haruslah dipuji dan sungguh mengkagumkan. Mudah-mudahan, mereka ini akan sentiasa diberkati Tuhan.
Kesempatan ini juga saya gunakan untuk bersiar siar sekitar sekolah. Ternyata terdapat perubahan yang ketara di dalam persekitaran sekolah tersebut. Namun perasaan seronok berada dalam sekolah itu tidak pernah berubah.
Hmm, rasanya sampai sini sahajalah tulisan buat kali ini. Kepada adik-adik yang bakal mengambil SPM, semoga berjaya dan jangan sesekali berputus asa!
(Sekadar Berkongsi)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan