27 Mei, 2014

Perpaduan Malaysia yang Sentiasa Retak Berdarah.

Belum lagi diserang musuh, kita sudah berterabur, bertengkar dan berkonflik sesama sendiri.  Inilah yang dikatakan Perpaduan Malaysia!  Saya tidak tahu dan tidak faham, dan tidak dapat faham mengapa ada fahaman yang "pathetic" seperti ini sedangkan masalah ini tidak seharusnya menjadi satu persoalan.  Setelah Pasukan Malaysia mencipta sejarah dalam Piala Thomas baru-baru ini, perpaduan Malaysian yang rapuh dihempas pula oleh mereka yang kononnya bercakap benar dan digelar "bakal lagenda" yang akan mempertahankan kewibawaan kaum.  Ini semangat Ethnosentisme!  Ethnosentisme yang tidak boleh dinafikan sebagai virus yang sudah berdekad di Tanah bertuah ini dan tanah-tanah lain di luar sana.

Pertamanya, Ustaz Dr. Ridwan Tee Abdullah, seorang pemikir yang berilmu dan berpendidikan tinggi, yang sepatutnya menjadi pendidik dan model yang baik kepada rakyat Malaysia telah mengeluarkan pandangan beliau tentang "kebenaran", dimana semangat petiotisme (Malaysian Chinese) hanya sekadar tertumpu kepada kaum (Malaysian Chinese) dan bukannya semangat yang tulin.  Hasil pembacaan saya melalui potongan kata beliau di beberapa buah akhbar, saya tidak ada pilihan selain mentafsirkan bahawa "sokongan kepada Melayu" adalah kayu pengukur semangat petriotisme memandangkan beliau secara tersiratnya menyatakan (Malaysian Chinese) akan menyokong Lin Dan, (Chinese from China) sekiranya terdapatnya pertembungan antara Jaguh Melayu seperti Taufik Hidayat, (Malay from Indonesia).  Atau adakah Taufik Hidayat itu seorang (Malaysian Malay)?  Walaupun tujuan ideologi separuh sempurna beliau sebagai seorang cendekiawan yang jauh lebih terpuji daripada seorang pelajar ijazah seperti saya ini adalah untuk menyedarkan Malaysia tentang sesuatu kebenaran yang tidak saya fahami (kerana saya masih terlalu jahil untuk memahaminya), beliau telah memesongkan fahaman saya bahawa petriotisme itu adalah semangat perkauman.  Mungkin ilmu tak mantab saya yang menjadikan saya terpesong kut.  Merdeka, Merdeka, Merdeka!!!

Keduanya, berdasarkan penilitian saya di beberapa komen akhbar, ramai (bukan semua) yang berpendapat bahawa pasukan badminton Negara yang kesemuanya CINA itu jelas menunjukkan "Kroniogi" (istilah yang saya reka mengantikan kroni).  Saya tidak tahu mengapa mereka boleh berfikir bahawa pemilihan 5 orang CINA itu menunjukkan PENGHINAAN kepada (Malaysian Malays).  Sedangkan Dr Ridwan Tee pun setuju bahawa fakta permukaan tidak memberikan apa-apa nilai yang tepat menerusi hujahnya yang menyatakan bahawa 'pembinaan gerija, kuil Hindu,  tok kong Buddha dan lain-lain... bersebelahan dengan Masjid itu tidak mewakili apa-apa kerana masing-masing mempunyai curiga dan masalah dalaman'.  Jadi, adakah mereka yang semuanya Cina (fakta permukaan) ini mewakili pemikiran dalaman?  Oh ya, kerana sengaja tunjuk CINA itu bagus dan Melayu itu tak bagus main Badminton!  Itulah perasaan dalaman yang cuba digambarkan!  Sekarang siapa yang mempunyai rasa curiga dan masalah dalaman?  Siapa yang berfikir sedemikian?  Sekiranya tiada kecurigaan, keahlian pasukan negara ini tidak akan wujud sebagai satu persoalan.  Jadi siapa yang ada kecurigaan sekarang?  Oh ya, mungkin ini sandiwara Cina untuk bermain atau mempermainkanMelayu, Begitukah?  Seronok kah?  Puaskah?  Kedaulatan kaum berjaya dipertahankankah?  Atau harus kaum itu dihapuskan dari muka bumi ini baru puas?  Merdeka, Merdeka, Merdeka!!!

Mengapa harus ada pemikiran yang sempit seperti ini?  Ini kerana kita semua hidup dalam dunia kita.  Kita tidak mahu menerima mereka yang lain dan kita juga tidak sudi menerima pun.  Kita dibezakan dengan budaya dan agama.  Kita juga dibezakan dengan pemikiran dan corak social.  Kita juga terbatas kepada ciri-ciri fizikal kaum kita sendiri dan sekali gus menjadikan kita rusa di kampung.  Yang lebih teruk lagi, kita tidak mahu berubah kerana perubahan itu adalah agenda buruk yang cuba dibawa pihak lain yang berkepentingan, dan mereka ini sentiasa sahaja cuba memanipulasi kita.  Sekali lagi, kita adalah mangsa.  Mangsa, mangsa, mangsa, mangsa, mangsa!  Merdeka!

Dahulunya, saya diajar bahawa Malaysia unik kerana kepelbagaian budaya.  Dan sekarang, saya berasa kepelbagaian ini hanyalah beban dan propaganda untuk menarik perlancong luar untuk meraih keuntungan dan membina ekonomi yang stabil untuk negara.  Sudah bertahun-tahun semangat perpaduan cuba diterapkan tetapi perpaduan itu sebenarnya tidak boleh dipupuk kerana tiada yang benar-benar menghayatinya.  13 May bukannya sejarah tetapi satu hakikat yang tidak dapat diubah.  Kerana Rakyat Malaysia tidak mungkin dipadukan.

Mahu contoh?  Pembuat polisi perpaduan adalah mereka yang terpisah.  Mengapa pilih calon yang sama kaum dengan pengundi mejoriti semasa pilihan raya?  Mengapa dalam setiap kempen politik, isu-isu yang berkaitan dengan kaum dan agama dibangkitkan?  Itulah cara yang paling senang untuk menang undi dan terus berkuasa, dan itu juga yang digunakan oleh parti pembankang untuk menggulingkan kerajaan dan itu juga cara Adolf Hitler menyatukan dan menyemarakkan semangat Orang German untuk berperang di Perang Dunia Ke-2.  Kalau ceramah yang tak ada pedas, masin dan masam yang optimum, siapa yang nak datang dengar dengan penuh perhatian?  Kerana kita gemar mendengar keburukan dan ini adalah LAW, bukan Hipotesis, bukan Model, Bukan Theory dan Konsep tetapi LAW sejagat.

Suatu ketika dahulu, Orang Barat mengeluarkan istilah "Beban Barat" untuk menyebarkan ketamadunan kepada bumi Timur.  Dan sekarang, saya berasa saya harus keluarkan istilah "Beban Manusia" kerana berakal dan terlalu bijak sehinggakan kemanusiaan yang paling asal pun diabaikan.  Seperti keadaan di zaman perang saraf dahulu.  Blok Kapitalis dan Blok Socialis menghabiskan banyak masa untuk mencipta senjata yang lebih canggih.  Kerana apa?  Kerana mereka bersyakwasangka antara satu dengan yang lain.  Mereka tidak mahu dimangsakan.  Mengapa harus ada senjata cangih?  Kerana ianya adalah untuk mempertahankan negara kita semasa perang.  Apabila kita sudah canggih, orang lain pula berasa mereka sudah menjadi mangsa, lantas mereka pun mencanggihkan senjata mereka juga agar kedaulatan mereka akan terjamin jika berlaku apa-apa.  Kitaran ini akan berlaku tanpa henti kerana takut, kerana istilah "mangsa".

Sekiranya kita semua masih seorang kanak-kanak, kita bercampur dengan sesiapa sahaja tanpa ada rasa curiga.  Kita iklas.  Kita tulen.  Kita tidak berasa kita akan dimangsakan begitu juga dengan mereka.  Tetapi apabila orang dewasa melihat anak-anak mereka bermain dengan mereka yang beraneka jenis itu, mereka pun menarik anak-anak mereka pergi dan mendidik mereka bahawa "mereka itu bukan kawan kita".  Satu generasi demi satu generasi perkara ini diwasiatkan dan ini pun menjadi satu corak.  Bertambah dengan rasa bangga kepada kaum sendiri, semangat ini bertambah hebat.  Ditambah pula dengan minyak kebencian kerana istilah "mangsa", mereka pun berpecah walaupun seakan-akan sepadu.

Mungkin anda berasa tulisan saya ini bias, atau saya harus katakan bahawa anda memang rasa saya bais kerana saya Cina dan saya menulis untuk membela Cina.  Itulah yang akan kita fikir sampai kiamat pun tak habis.  Ya, Ya, Saya CINA.  SAYA "BIAS" BEGITU JUGA KAMU!  Gembirakah kalau begitu?  Kita semua gemar timbulkan persoalan yang tidak seharusnya menjadi soalan. 

Saya sayang Malaysia dan Saya Bangga Sebagai Rakyat Malaysia.  Tetapi kebanggaan ini sudah mula bertukar menjadi kekeciwaan apabila saya sedar bahawa Malaysia tidak seindah fakta tersurat.  Sekiranya tulisan ini melukakan hati anda, saya faham kerana hati saya juga sangat-sangat terluka (bukan kerana Cina tidak diberi hak sama rata di Malaysia).  Saya mempunyai ramai sahabat Melayu dan India di sekolah menengah.  Mereka tinggal seasrama, malah sebilik dengan saya.  Kami berkongsi tawa, tangis, makan, dan minum.  Kami kongsi pendapat dan perasaan dan perbezaan kami tidak pernah mencairkan perpaduan kami.  Mungkin itulah Malaysia seperti mana yang digambarkan dalam tulisan, dengan keunikan kepelbagaian dan perpaduan yang sejati.  Malang, itu hanya akan berlaku di SMPK Setapak, tempat yang saya kira paling seronok untuk tinggal sebagai seorang yang berbangsa Malaysia. 

(Sekadar Tulisan)

2 ulasan:

  1. ya, Ee Beng. aku bersetuju dengan tulisan luahan hang. dan sememangnya aku dah lama perasan bendani. senang kata, perpaduan Rakyat Malaysia hanya terlihat dalam tulisan, dalam buku-buku tebal dan hanya di atas kepingan-kepingan kertas bertulis. tapi hakikatnya, kita macam umpama tidur sebantal tapi mimpi kita berbeza. dan sebetulnya, perpaduan rakyat Malaysia tu hanya dapat digambarkan melalui nilai perpaduan di SKPK Alma dan SMPK Setapak. Aku tak pasti kalau kat Princess Elizabeth pun mungkin ada scenario yang sama. sebab tu aku berbangga jadi orang buta dan bersekolah di sekolah bermasalah penglihatan. dan hakikatnya, kita masih tetap dalam satu ikatan perpaduan... Kita boleh ubah scenario sekarang dengan merapatkan jurang perbezaan antara kaum yang memang masih jelas ketara kelihatan tapi ia memerlukan suatu perjalanan yang amat panjang dan terlalu panjang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas komen itu. Memang benar kata awak bahawa usaha untuk menghasilkan perpaduan rakyat yang sejati di Malaysia ini akan mengambil masa yang sangat-sangat lama. Sekurang-kurangnya kita sudah ada perpaduan sejati antara kaum semasa berada di sekolah rendah dan sekolah menengah dahulu, dan saya kira ini mungkin hikmah di sebalik kehilangan deria penglihatan.

      Padam