Do not judge a book by its cover. Kenyataan ini merupakan sesuatu yang benar tetapi sesuatu yang benar pun ada kalanya tidak benar juga. Sesuatu idea, falsafah, teori, fomular dan strategi bukan sesuatu yang berguna melainkan orang yang arif dalam proses memanipulasikannya pada masa yang sesuai, tempat yang sesuai dan keadaan yang sesuai untuk menghasilkan output yang terbaik.
Walaupun menilai sesuatu dengan berasaskan ciri fizikal adalah seburuk-buruk penilaian, cara penilaian ini sudah pun menjadi sesuatu yang pasti dalam penilaian. Pernah orang berkata "kita harus jaga penampilan kita kerana penampilan mencerminkan diri kita". Ini mengambarkan penampilan fizikal juga dinilai orang dan menjadi salah satu piawai dalam penilaian. Berbalik kepada peribahasa bahasa Ingeris di atas, ia adalah sesuatu yang sangat kontras. Adakah peribahasa itu bermasalah? Atau kata itu yang bermasalah? Sebenarnya, kedua-duanya boleh digunakan dan tiada masalah walau sedikit pun. Yang akan timbul masalah ialah apabila mereka yang tidak tahu bagaimana untuk menggunakannya terus menggunakannya kononnya ianya sangat berkesan.
Dunia kita sudah terlalu sarat dengan bermacam-macam falsafah, bermacam-macam cara, idea, penyelesaian, fomular, pengajaran, pedoman dan sejarah silam. Semua merupakan guru abstrak yang menerangkan jalan hadapan. Tetapi guru ini hanya bersifat mati dan tidak selengkap penerangan yang guru ajarkan di sekolah sana. Malahan, ia juga sukar diajar kerana banyak dipengaruhi oleh keadaan yang bersifat dinamik. Sebagai seorang yang benar-benar memahami sesuatu teori, idea, falsafah dan seerti dengannya, kita tidak boleh menggunakan ilmu tersebut kerana teori itu adalah salah satu daripada jalan penyelesaian. Sebaliknya, fikirkan dan pertimbangkan kesesuaiannya dalam situasi yang dihadapi. Jikalau tidak, ilmu itu hanya sesuatu yang mati dan hanya akan menjahanamkan keadaan sahaja.
(Sekadar berkongsi)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan