10 Januari, 2013

Benda berkilat di taman

Apa khabar kepada anda yang sedang berkunjung ke Laman MejaLogam? Semoga senyuman yang manis bak madu sentiasa terukir di muka. (macam membodek pula bunyinya.)
Semenjak tiga hari yang lalu, benda berkilat yang saya tunjukkan di gambar ini terlekat pada bahagian bawah sehelai daun pokok yang ayah tanam di taman kecilnya. Sehingga sekarang, kami sekeluarga hanya berandaian bahawa ia hanyalah kepongpong serangga. Mungkin sekali kumbang. Apa pula pendapat anda? Menurut ayah, dia terlihat benda berkilat berada di celahan daun kecil pada pokok kecilnya semasa dia sedang menyiram rumput pada malam tiga hari yang lalu. Kemudian, dia pun panggillah kami untuk melihatnya dengan suluhan lampu suluh. Pada penglihatan saya yang serba kekurangan ini, benda berkilat itu berwarna perak pada masa itu. Namun, saya tidak pasti dengan bentuknya sehinggalah petang semalam. Petang tadi pula, teringin sekali saya kongsikannya bersama anda. Jadi, gambar ini pun saya tangkaplah dengan bantuan ibu.

(Sekadar berkongsi)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan