19 Mac, 2011

www.kekasihalam.blogspot.com

Hari ini, warga cacat penglihatan telah mempunyai rakan baru dalam aktiviti penulisan dalam blog. Namanya ialah Razlan bin Ibrahim Mukhtar. Beliau merupakan salah seorang pelajar yang pintar dalam akademik dan aktif dalam kokulikulum. Kini, beliau sedang menuntut ilmu di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Setapak dan berada di tingkatan 5. Beliau seorang yang sentiasa ceria dan sangat mesra untuk berbicara. Kalau berminat untuk mengetahui tentang diri beliau dan penulisannya, bacalah blognya yang dinamai "www.kekasihalam.blogspot.com"

Kisah rumput

Petang itu, padang rumput masih penuh dengan peperangan. perang antara rumput pendek dan rumput panjang. Bukan kerana dendam tetapi cemburu. Rumput pendek sangat marah kerana rumput panjang telah menutup cahaya Mata Hari. Lalu, kesemua rumput pendek menunjukkan protest kerana hak mereka
untuk mendapat cahaya tidak boleh diabaikan bergitu sahaja.
"Kami rasa kamu, rumput panjang telah terlalu melampau." Salah sehelai rumput tua yang pendek mengetuai laungan hati rumput pendek yang lain.
"Kami juga rasa kamu telah melampau." Kali ini sehelai rumput panjang muda pula mewakili suara hati rumput panjang sekalian. Suara-suara halus, garau dan macam-macam lagi bercampur aduk membentuk kekecuhan. Sejurus selepas itu, perang pun berlakulah! Perang yang tidak seperti manusia yang banyak mengorbankan tenaga, nyawa dan sumber tetapi perang yang banyak menghabiskan air liur walaupun rumput sebenarnya tidak boleh mengeluarkan air liur.
"Rumput sekalian, kalian tolonglah bawa bertenang!" Tiba-tiba, suara belalang menguasai keadaan. Lantas, semua rumput pun berpaling ke arah belalang, pemakan rumput yang handal itu.
"Kalian dengarlah perintah hamba ini. Kalau kalian terus menjerit, penyelesaian pun akan takut dan lari. Akhirnya, penyelesaian akan merajuk dengan kalian." Entah kuasa apa yang menyebabkan sekalian rumput panjang dan pendek tidak takut kepada belalang seperti biasanya.
"Tetapi kalau kami berdiam, rumput panjang akan rampas semua cahaya. Macam mana kami nak makan?" rumput pendek marah. Suara melaung dari kedua-dua pihak kembali mencemarkan keadaan.
"Kalian bawa bertenang! Bawa bertenanglah! Jangan ikutkan perasaan!" Belalang cuba menenangkan keadaan. Belalang yang tabinya mahu bersantap pun termasuk dalam masyarakat rumput tersebut.
"Hai belalang, jika kau cukup arif, kau selesaikanlah masalah kami!" Laung suara rumput yang berada di celah-celah kekusutan suara itu. Sinis bunyinya.
"Wahai rumput sekalian, kalau bergitu, benarlah kalian tidak hendakan penyelesaian. Biarlah kalian terus bertenkar dan penyelesaian merajuk dan membawa diri." Sirus suara belalang yang termakan kata-kata suara sinis tadi.
"Habis, kau, belalang boleh panggil penyelesaian datang?" Sinis juga suara itu. Selalunya, rumput tidak berani bersindir-sindiran dengn belalang. Tetapi kali ini lain pula jadinya.
"Tak apalah, kalau itu pilihan kalian, hamba ini berundur diri sahaja." Belalang bersuara kesal bercampur hampa.
"Janganlah bergitu, belalang. Kalian rumput, berilah peluang kepada belalang." Suara garau simpati daripada pihak rumput pendek. Secara tiba-tiba, semua rumput sependapat pula. Mana-mana pihak rumput pun diam dan memberi perhatian termasuklah yang menyindir.
"Baiklah. Kalau bergitu, kalian boleh panggil semula penyelesaian." kata belalang dengan suara yang gembira.
"Apa yang harus kami buat?" Rumput panjang yang tua bersuara sejurus selepas belalang tersenyum puas. entah apa yang disenyumkannya.
"Kita bermusyawara untuk mencari penyelesaian. Apa kata kalau rumput pendek ceritakan apa yang menggangu kehidupan rumput pendek sekalian." Belalang seperti pengadil pula.
"Sebenarnya, kami tak puas hati dengan rumput panjang yang rampas cahaya daripada kami," Rumput pendek yang paling panjang meluahkan ketidakpuasan hatian.
"Kami rasa kami tidak melampau seperti mana yang digambarkan oleh rumput pendek. Cahaya itu kan barang percuma. Semua rumput boleh guna. Tak kena bayar pun. Kalau cahaya itu percuma, kenapa kami dikatakan merampas cahaya pula? tambahan pula, kalau rumput pendek nak cahaya, ambil sahajalah. Apa susah!" Rumput panjang yang paling panjang berhujah dengan rasa marah. Semua rumput panjang ghairah dan bersorak-sorak. Pada masa yang sama rumput pendek sekalian kecuh juga. kecuh kerana tidak puas hati dengan penerangan rumput panjang itu.
"Bawa bertenang, rumput-rumput sekalian." Suasana kembali aman.
"Sekarang, berilah giliran kepada rumput pendik berbicara." Belalang kembali berperanan.
Kami tidak kisah pun rumput panjang ambil cahaya tetapi bukankah melampau namanya kalau sudah masuk kawasan kami. Rumput panjang kan ada kawasan sendiri. Tapi kenapa tamak sangat sampai nak ambil cahaya di kawasan kami? Satu lagi. Kalau kata barang percuma, rumput panjang boleh habiskan tanpa mempedulikan rumput lain?" Rumput yang paling pendek pula bersuara lantang.
"Sekarang, rumput panjang yang nampak bersalah." Belalang membuat kesimpulan sendiri.
"Siapa kata kami bersalah! Dan rumput pendek sekalian! Tidak tahu sesuatu baik jangan buat macam tahu," kata rumput panjang yang paling pendek pula.
"Apa maksud kamu?" rumput pendek yang paling pendek kehairanan.
"Kalau kalian nak tahu, rumput panjang buakn sengaja nak masuk ke zon rumput pendek. Ini semua disebabkan pokok besar yang berada atas kami ini telah menutup cahaya daripada sampai kepada kami. Kalau kami tidak masuk ke zon rumput pendek, kami tak boleh hidup." Rumput panjang yang paling pendek bersuara sayu. Ada juga rumput pendek yang simpati dengan nasib rumput panjang.
"Tapi, bukankah kamu rumput panjang sudah panjang? Kalau begitu, sudah tentu kalian rumput panjang sekalian ini dapat cahaya, bukan? Sebenarnya, kerana kalian rumput panjang yang datang daripada keturunan yang kurang ajar!" Rumput pendek yang palin panjang cuba mempertahankan ideologinya.
"Kami pun sama keturunan dengan kamu,rumput pendek." Rumput panjang yang paling pendek masih bersayu-sayu suaranya.
"Habis itu kenapa kalian rumput panjang tidak seperti kami?" Belalang hanya memerhatikan keadaan itu dari tepi. Rumput pendek menyoal soalan itu tanpa berselindung.
"Ini kerana kami terpaksa berusaha lebih gigih untuk mendapat cahaya. Oleh yang demikian, kami paksa diri untuk tumbuh dengan panjang dan bukannya kami nak rampas cahaya." Rumput panjang menjawab sementara belalang menganguk tanda faham.
"Tak mungkin. Kita rumput yang sama keturunan.Macam mana kau rumput panjang boleh kata macam itu. Kalau dah sama, mesti saiz pun lebih kurang. Ini tidak. Kalian jauh lebih panjang. Inikah namanya sama KETURUNAN!!?"Rumput yang pendek masih tidak berpuas hati.
"Kan hamba sudah nyatakan tadi, kalian rumput panjang paksa diri untuk tumbuh panjang." Rumput panjang yang paling pendek membalas.
"Ah, kau pembohong!" Rumput pendek membuat hipotesis sendiri.
"Sebenarnya, kalian rumput pendek tidak nampak kami bersusah tetapi nampak kami bersenang. Kami sebenarnya tidak senang untuk panjang tetapi kerana desakan yang memaksa kami untuk meneruskan hidup dengan cahaya." Rumput panjang yang lain pula memperkukuhkan kata-kata rumput panjang yang paling pendek itu.
"Baguslah! Berusaha untuk diri sendiri dan mengambil hak orang lain!" Sinis pula Sang rumput pendek.
"Mestilah. Kami pun nak hidup juga." Kata rumput panjang yang muda.
"Hidup dengan mengorbankan rumput lainkah cara kau sekalian rumput panjang teruskan hidup?" Belalang mengangup bersetuju dengan rumput pendek pula.
"Kalau bergitu, mana penyelesaiannya?" Burung pipik menyampuk secara tiba-tiba. Belalang tersentak lalu berubah pula rentaknya. Lantas, belalang mengangakan mulutnya dan menggigit sehelai rumput panjang disisinya."Hai belalang, bukankah kau nak bantu kami cari semula penyelesaian? Ini makan kami pula!" Rumput panjang yang paling panjang kembali bersuara. Tiba-tiba, sekalian rumput pun berpaling ke arah belalang. Masing-masing dengan perasaan masing-masing. Ada yang takut, ada yang marah dan ada yang sudah bersedia untuk dimakan. Belalang tersenyum dan diikuti dengan tawa yang terlalu terbahak-bahak tanda gembira.
"Bukankah Hamba ini telah membawa kepada penyelesaian? Kalian rumput pendek mahu rumput panjang jadi pendek dan sekarang, hamba ini sedang menyeru penyelesaian kembali." Kata belalang penuh lagak.
"Kau jahanam belalang! Ini penyelesaian jenis apa! Ini tidak adil kepada Rumput panjang!" Hampir kesemua rumput panjang meradang. Yang takut berubah tidak takut pula.
"Lepas ini, hamba ini akan makan daun di pokok pula. Bila daun sudah tiada, cahaya pun sampai kepada kalian rumput panjang. Bukankah ini namanya penyelesaian?" Terang belalang sambil berpindah kepada rumput panjang yang lain.(meninggalkan rumput panjang yang sudah pendek dalam kesakitan)
"Ini tidak adil! Ini tidak adil!!!" Rumput-rumput panjang semakin amarak dengan belalang.
"Rumput pendek tak perlu buat pengorbanan tapi kami pula yang dijadikan bahan bertolak ansur. Kenapa?" sambung rumput panjang.
"Ini sebab kalian rumput tidak dapat mencari penyelesaian. Hamba hanya membantu. Kalau hamba tidak ada, nescaya kalian masih berperang." Belalang terus mengigit rumput panjang yang lain. Rumput pendek yang lain terasa marah pula.
"Hai belalang, kau jangan ambil kesempatan ke atas rumput panjang. Kau ingat kami ini bodoh! Kau hanya mahu jadikan ini sebagai alasan untuk kau makan kaum rumput seperti kami. Tidak cukup dengan itu, Kau tamak dan mahu pula makan daun pokok pula. Kau celaka belalang." Rumput pendek mula meradang. Secara tidak sengajanya rumput pendek dan panjang berkawan pula.
"Kalian rumput takguna! AKUini mahu membantu, kalian mencelakakan AKU pula. Sekarang lihat! Siapa yang celaka!" Belalang mula bertindak memakan rumput pendek dan panjang. Burung pipit hanya menyaksikan sandiwara semula jadi itu dengan hati yang suka. Suka kerana belalang yang belagak akan dimakannya nanti.

16 Mac, 2011

bersyukurlah Wahai Rakyat Malaysia

Semalam, saya telah melihat bagaimana ombak Tsunami menyapu perkampungan pantai di Jepun melalui kaca telivisyen. Apa yang lebih dasyat adalah negara Matahari Terbit itu menerima nasib sudah jatuh ditimpa tangga kerana pusat jana kuasa nukliar telah meletup dan berlaku kebakaran kerana gempa bumi yang terallu mencabar kepada primis yang menempatkan bahan radio aktif tersebut. Sesungguhnya, saya terasa bergitu sedih dengan peristiwa itu kerana saya adalah salah seorang yang meminati negara yang maju itu walaupun mereka pernah menjajah Tanah Melayu dengan kejam suatu masa dahulu. Saya minat kepada negara tersebut kerana negara itulah antara negara kuasa besar di Asia, benua yang menempatkan Malaysia. Tambahan pula, saya minat kepada produk yang dihasilkan oleh negara tersebut. Ini kerana barangan seperti kerata, pendingin hawa, televisyen dan macam-macam lagi barang berteknologi tinggi yang dihasilkan oleh mereka sangat berkualiti dan tahan lama. Selain itu, teknologi kereta di Malaysia juga ada pengaruh daripada negera tersebut. Namun, minat saya sekadar minat bukannya cinta dan sanggup bertumpah darah di tanah tersebut.

Dari kaca televisyen, saya dapat melihat sekali lagi bagaimana orang bersedih, menangis dan melaung kesedihan yang terlalu amat hasil daripada ombak gergasi yang bernama Tsunami. Saya juga tidak dapat bayangkan bagaimana sebaknya di hati sekiranya saya berada dalam situasi tersebut.

Sebagai rakyat di tanah bertuah ini, saya terasa sangat bersyukur kerana negara ini tidak bergitu berisiko untuk diuji dengan bencana kerana kedudukan tanah yang sangat strategik. Kita seharusnya bersyukur kerana kita berada di tanah yang kaya dengan sumber semula jadi dan tidak terletak di lingkaran api pasifik yang boleh mengumpan amarak gunung berapi dan gempa bumi yang bersahabat baik dengan Tsunami. Walaupun Malaysia tidak semaju Amarika Syarikat dan Jepun, tetapi Malaysia sangat selamat untuk dihunii dan tidak perlu terlalu risau untuk dilanda bencana alam yang dasyat. Ini juga memberi kelebihan kepada kewangan negara kerana tidak perlu menghabiskan dana untuk menyerenggara kerosakang yang terlalu banyak hasil daripada bencana alam. Dana-dana yang bebasini secara tidak langsungnya boleh digunakan untuk autenetif yang lain seperti memajukan negara dan membuat kebajikan kepada rakyat. Pada masa yang sama, ekonomi negara akan sentiasa stabil. Bukankah ini lebih baik daripada negara yang maju dan kaya?

Kesimpulannya, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah bersyukur dengan keadaan Malaysia yang sedia ada ini dan bukannya terikut-ikut bengan budaya negara yang maju sehingga melupakan darat mana yang dipijak dan langat mana yang dijunjung.

realiti di jalan raya

Setiap tahun, saya dan keluarga akan pulang ke Teluk Intan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina. Tetapi, terdapat sedikit perbezaan pada tahun ini. Salah satunya ialah kami pulang ke kampung lebih lewat 2 hari daripada tahun-tahun yang lalu.

Dalam perjalanan pulang , kami telah disedarkan tentang bertapa hebatnya sesetengah masyarakat pengguna jalan raya yang sangat ghairah untuk menyumbang kepada penambahan statistik kemalangan, ruangan wat di hospitan dan mungkin sekali air mata ahli keluarga mereka sendiri. Apa yang lebih hebat ialah mereka-mereka ini kebanyakannya tidak mempunyai budi bahasa. kenyataan ini boleh disokong dengan tindakan mereka yang kurang sopan dari segi penggunaan jalan raya dan buat selamber tanpa berasa bersalah kepada orang lain apatah lagi diri sendiri. Mereka boleh dengan mudahnya memotong dan menyelit jalan tanpa melihat keadaan. Mungkin ini disebabbkan mereka-mereka ini terlalu berkuasa (mengamalkan konsep raja) di jalan raya sehingga terlupa bahawa ada ramai orang yang sedang menggunakannya. Harus dingatkan bahawa kita bukan pelanggan kepada jalan raya tetapi PENGGUNAAN yang berkongsi atas kepentinggan masing-masing(Kepentinggan yang tidak melampaui batas atau undang-undang).

Inilah realiti yang saya lihat dengan mata rabun saya sendiri. Realiti sikap pengguna jalan raya. Sekiranya masyarakat ini terus bertahan dengan prinsip sesat itu, saya percaya bahawa negara kita akan terkenal dengan kemalangan jalan raya di mata dunia. Pendik kata, jagalah keselamatan diri dan orang lain dan tolong jangan salahgunakan kepentingan dir yang terdapat pada semua manusia.
Dalam kata yang lebih kasar:
"Kalau nak mati, biarlah awak seorang sahaja dan jangan paksa orang lain turut mati bersama-sama awak"

Dam Haji

Apakah itu dam haji? Saya percaya ramai daripada kita mengetahuinya dengan jelas apa permainan tersebut. Seperti catur, dam haji memerlukan pemikiran yang tajam. Tetapi apa yang lebih menarik berkenaan dengan dam haji ini ialah terdapatnya banyak pengajaran yang kita boleh pelajari. Kita tahu bahawa buah dam akan lebih bermakna sekiranya buah tersebut menjadi "haji". Hal ini kerana "haji" boleh bergerak dengan langkah yang jauh dengan berbataskan sempadan gelangan. Dam yang asli haruslah bergerak ke baris yang paling hujung iaitu barisan yang berada paling hampir dengan pemain pihak lawannya untuk dinaikan darjatnya sebagai "haji". Bilangan "haji" yang banyak kebarangkaliannhya boleh menguasai permainan. Bilangan "haji" yang terhasil adalah bergantung kepada strategi dan corak pemikiran seseorang pemain. Strategi yang baik akan menjamin kejayaan tersebut sementara strategi yang kurang baik akan mendapat kesan sebaliknya.

Melalui situasi di atas kita sebenarnya telah ddiajar untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam menjadikan kehidupan kita lebih senang dan menjadi ahli masyarakat yang produktif dan berguna. Hal ini kerana buah dam yang biasa (insan yang masih belum mengecapi kejayaan)haruslah melalui perjalanan yang sukar untuk menjadii haji (individu yang telah menikmati hasil kejayaan). Selain itu, individu yang berjaya haruslah berkerjasama untuk menjamin kejayaan negara. Sebagai contoh, haji (golongan yang berjaya) yang banyak akan memberikan kuasa penguasaan kepada permainan (sesuatu keadaan termasuk struktul kekukuhan negara). Tambahan pula, negara yang maju adalah terdiri daripada cendekiawan yang berkerjasama dan bermusyawara buaknnya berkhidmat di negara yang lain. Walau bagaimanapun, "haji" tidak boleh dijadikan contoh dalam kehidupan kita secara menyeluruh. Cuba kita perhatikan betul-betul asal unsul buah yang dikenali sebagai "haji"! Adakah kelahiran buah itu secara mulia atau sebaliknya?
Andalah yang perlu memikirkannya.

Perkehmahan ke Pulau Tioman

Pada Jumaat yang lalu, Sekolah saya telah pergi ke Pulau Tioman bagi menyempurnakan Perkehmahan Perdana 2011, iaitu perkehmahan yang akan dianjurkan setiap tahun. Kami menetap di sana selama 4 hari 3 malam. Tetapi, perkehmahan kali ini bukan melibatkan warga SMPK setapak sahaja tetapi pelajar-pelajar UITM dalam bidang Sains Sukan dan Rekreasi. Dari sekolah, kami bertolak pada pukul 10 malam dan tiba di Tanjung Gemuk pada pukul 7 iaitu semasa Mentari menjelmakan wajah di ufuk Timur tanah bertuah Pahang. Seterusnya, kami menaiki fari penumpang yang memabukkan para pelancong. Feri syarikat Gemilang itu telah berjaya membawa kami ke destinasi kami dengan selamat walaupun Laut China Selatan itu tidak beberapa gembira pada hari yang bertarikh 11 Mac 2011. Kesannya, ramai antara kami (segelintir pelajar lelaki dan mejoriti pelajar perempuan) telah menerima hadiah iaitu muntah percuma.

Kami menjejakkan kaki kepulau tersebut dengan sambutan hujan rintik-rintik yang membasahi barang-barang kami termasuklah beg-beg yang berkandung baju untuk bekalan sepanjang perkehmahan tersebut. Pemasangan kehmah terpaksa ditangguhkan kerana keadaan yang tidak mengizinkan. Oleh yang demikian, kami ditempatkan di sebuah pondok yang terletak berhampiran dengan jeti Taman Pulau Tioman. Guru-guru pengiring turut pening kepala memikirkan cara penyelesaian untuk perancang yang sudah lari daripada jangkaan. Kalau terus bertangguh, apa-apa pun tidak akan menjadi. Kesannya, kami terpaksa berkehmah dalam sebuah dewan makan untuk mengelakan diri dan barang terus berkawan dengan air semula jadi yang turun dari langit. Terdapat antara kami yang mandi hujan kerana memindahkan barang ke dewan makan tersebut.

Hujan semakin lama semakin menjadi-jadi. Saliran yang tidak berkemampuan terpaksa memuntahkan air yang tidak dapat dimuatkan dalam perut mereka seperti mana kami muntah dalam feri. Akibatnya, banjir paras lutut budak 4 tahun melanda Taman Laut Pulau Tioman. Apa yang lebih teruk adalah guru pengiring sendiri telah masuk ke dalam mulut parit yang ditutup dengan air keruh yang menampakkan permukaannya seperti tanah biasa.

Sesudah makan di dewan yang menjadi tapak perkehmahan kami, pelajar perempuan telah dipindahkan ke geleri Taman Laut iaitu sebuah primis bertingkat 3. Pelajar lelaki terus menetap di dewan makan dengan kehmah masing-masing. Aktiviti yang birancang serba tidak menjadi kerana ganguan cuaca dan tenaga guru yang tidak mampu mengawal pelajar seramai 30 orang. Pelajar-pelajar UITM pula tidak dapat sampai pada hari tersebut dan dijangka akan tiba pada petang keesokan harinya. Walau pun banyak dugaan yang cuba Tuhan tunjukkan, kami boleh dikatakan sangat bernasib baik kerana dugaan itu tidak sehebat penduduk di negara Matahari terbit.

Setelah menjalang penghujung petang, hujan mula bertolak ansur dengan kami yang sudah puas dikerjakannya.
Waktu berlalu sehingga malam berganti siang. Pelajar Muslim pun pergilah bersolat di geleri Taman Laut tersebut. Untuk memudahkan tugas guru, pelajar yang bukan Muslim turut di bangunan yang sama tetapi bukan di tingkat yang sama. Kira-kira 9 malam, Cikgu Mazdi(ketua guru pengiring) telah mengumpulkan kami dan berkongsi pemgalaman sepanjang hari tersebut. Para guru juga memberikan imfomasi terkini yang berkaitan ramal cuaca di mana ramalan itu menyatakan cuaca akan terus sama iaitu hujan sehinggalah pada hari Isnin. Satu jam kemudian, kami diberi minum malam sebelum tidur sehingga pagi esok.

Pagi seawal 7 setengah, kami telah berkumpul untuk senaman pagi dan berjalan di tepi pantai. Kami dibahagikan kepada 15 pasangan iaitu seorang pelajar rabun dan seorang lagi pelajar atub untuk tujuan keselamatan. Dalam aktiviti tersebut, saya dapat merasai keindahan alam ciptaan Tuhan yang maha berkuasa. Pokok nyur tinggi 7 tingkat terhias dalam bentuk barisan memberi tunduk hormat kepada laut. Ombak berganti ombak menghakis pantai yang berpasir kekuningan tetapi halus seperti tepung apabila disentuh. Bunyi yang mendamaikan hasil kombinasi kicau ungas dan laungan ombak telah terhasil. Setelah puas mengumpul pengalaman baru dari aktiviti berjalan kaki itu, kami telah berpatah balik ke dewan makan untuk menikmati sarapan pagi yang disediakan oleh tukang masak upahan.

Masa yang seterusnya telah diisi dengan aktiviti Water Confident dan diteruskan dengan Snokling. Kami telah diberi penerangan oleh Cikgu Mazdi tentang Life Jacket (baju keselamatan yang membuatkan kita terapung di atas air) dengan dibantu oleh Pak Manap, seorang pegawai yang bertugas di Taman Laut Pulau Tioman. Setelah tamat sesi penerangan, kami telah dibawa untuk turun ke laut dan berjinak-jinak dengan kolam air masin gergasi itu. Seterusnya, sesetengah pelajar yang berminat untuk snokling telah mengikut guru yang bertanggungjawab untuk melihat hidupan marin. Semua aktiviti berjalan dengan lancar kerana hujan rintik-rintik sahaja yang melanda Pulau Tioman. Itu pun hanya mengambil masa yang pendek sahaja.

Sebelah petang, pelajar-pelajar dari UITM telah sampai untuk memberi tenaga sokongan kepada guru. Mulai saat itu, kami telah dikawal dan dijaga oleh pelajar-pelajar tersebut. Sesi Ice Braking telah menjadi pembuka aktiviti pada petang itu. Setelah sudah berkenalan antara satu dengan yang lain, kami telah dibahagikan kepada 5 kumpulan iaitu kumpulan yang bertemakan haiwan sebagai namaDalam kumpulan, kami telah diarahkan untuk melukis lambang kumpulan dan trakmak masing-masing bagi tujuan pertandingan antara kumpulan. Setelah tamat perbentangan, Mentari sudah pun hampir tenggelam kedalam laut. Kami pun pergilah ke dewan makan untuk menikmati makanan yang lazat-lazat.

Berikutnya, waktu malam Ahat itu telah diisi dengan ceramah dari pihak Taman Laut. Kami telah ditempatkan di geleri untuk penerangan yang lebih mendalam berkaitan dengan Pulau Tioman. Melalui penerangan tersebut, barulah saya tahu bahawa Pulau Tioman merupakan sebuah pulau yang sangat terkenal dengan pelancong kerana purata frekuansi kedatangan pelancong tahunan adalah seramai 20000 orang termasuklah pelancong tempatan. Terdapat 5 buah kampung telah didirikan dalam pulau tersebut iaitu Kampung Tekek (Pantai Barat), Kampung Paya(Kawasan Barat), Kampung Juara (Kawasan Timur), Kampung Salang (Utara) dan Kampung Murut (Selatan). Pulau yang memuatkan penduduk keseluruhan seramai 2000 hingga 3000 orang itu hanya terkenal dengan kenderaan bermoto yang bertaya dua dan basikal sementara kereta boleh dibilang dengan tangan. Hal ini kerana kenderaan bermoto bertayar 4 hanya untuk tujuan memungut rezeki. Kami juga berkesempatan untuk meraba penyur sebenar yang telah diawit. Setelah tamat sesi penerangan yang cukup bermakna itu, kami terus bersantap sebelum merehatkan tubuh.

Pagi 13 Mac telah diisi dengan senaman arobik yang dipinpin oleh pelajar UITM. Seterusnya, kami bersarapan pagi sebelum kembali melakukan aktiviti yang sama seperti pagi semalamnya. tetapi aktiviti kali ini mempunyai sedikit perbezaan dengan aktiviti semalam iaitu kami diajar cara penafasandengan mulut semasa berada di dalam air. Hal ini kerana Aktiviti ini sangat berguna untuk keselamatan semasa melakukan Snokling. Kami berpeluang melihat dan memberi makanan kepada ikan-ikan yang pelbagai warna di laut yang mempunyai jerung (jarang-jarang mengancam Khalifa bumi yang melakukan aktiviti snokling).

Sebelah petang, kami telah bergerak ke Kampung Tekek, kampung yang paling maju dan paling hampir dengan Taman Laut. Kami berpeluang melawat Lapangan terbang Kampung Tekek dan bergambar dengan salah satu pesawat yang mendarat pada waktu tersebut (termasuklah "pilot"nya sekali). Kami juga berpeluang pergi ke menara kawalan "airport" tersebut dan mempelajari beberapa ilmu baru. Antaranya termasuklah fungsi menara tersebut dan apa yang berkaitan dengan pesawat. Berikutnya, kami berkesempatan melawat ke satu-satunya balai polis di sana. Kami dapat melihat dan masuk penjara dengan tidak melakukan apa-apa jenayah. Apa yang lebih menarik ialah kami dapat memegang pistul polis (Pistul kecil yang diperbuat daripada besi mampat dan memuatkan 5 peluru). Senjata yang boleh mencederakan sasarannya dalam jarak 50 meter itu puas direbut-rebut kami untuk mengetahui apa bentuknya. Pemilik pistul itu hanya mempunyai 15 orang kawan sekerja untuk mengawal keselamatan Seluruh Pulau Tersebut. Hebatkan mereka!

Sebelum pulang ke Taman Laut, kami sempat melakukan aktiviti mencari harta karun di sekitar pantai. Setelah mandi dan bersolat maghrib, kami telah dikumpulkan bersama-sama pelajar-pelajar UITM untuk majlis kemuncak. Kami menikmati ayam panggang dan nasi goreng yang biusahakan oleh UITM sebelum mendengar ucapan daripada pihak sekolah, UITM dan Taman Laut. Majlis diakhiri dengan persembahan setiap kumpulan dan penyampaian hadiah.

Keesokkan harinya, kami akan tinggalkan pulau yang menggunakan sumber bekalan air gunung itu dengan hati yang berat. Setelah selamat sampai di Jeti Tanjung Gemuk, kami sempat membeli cendera mata sebagai kenangan. Walaupun perkehmahan perdana kali ini terdapat banyak gangguan, saya tetap sangat seronok kerana setiap peristiwa itu sangat pahit dilalui tetapi manis dikenang. Dengan pengalaman sebeginilah yang sebenarnya mencapai motif untuk perkehmahan buat kali ini. Diharap pulau yang menggunakan penjana kuasa disel sebagai sumber elektrik ini akan terus menjadi kawasan yang menyumbangkan pendapatan kepada negara.