Pada Jumaat yang lalu, saya telah melibatkan diri dalam kem Sains anjuran panitia Sains dan panitia Pendidikan Islam. Kira-kira 24 orang pelajar lelaki dan 8 orang pelajar perempuan melibatkan diri dalam kem tersebut berserta 6 orang guru pengiring dan 2 orang pembantu pengurusan murid. Kami bertolak sekitar pukul tiga petang dan tiba di destinasi kira-kira pukul empat empat puluh lima petang.
Sebelum memasuki kawasan destinasi iaitu Eko Resort, kami dikehendaki menaiki lori yang berkuasa tinggi untuk memanjat bukit yang curam memandangkan resort itu terletak di atas bukit. Beberapa kali juga lori yang dinaiki saya tersangkut semasa mendaki dan sekaligus memberi pengalaman baru kepada saya. Setelah tiba di resort, kami diminta untuk menempatkan semua barangan ke bilik masing-masing iaitu bilik yang terbina atas cantuman papan.
Aktiviti rasmi yang pertama dimulakan pada waktu malam iaitu bertempat di gelangang babminton yang terdapat dalam resort tersebut. Aktiviti itu telah dikendalikan dengan sempurnanya oleh Encik Macdi yang berkaitan kesedaran. Kami yang dikelilinggi oleh kawasan alam semula jadi yang masih asli sudah tentu mendapat sesuatu yang agak berlainan. Bagi saya, keadaan itu sangat selesa dan sesuai untuk menerima nasihat kerana keadaannya yang sangat tenang. Walau bagaimanapun, ada juga antara kami mengaplikasi keselesaan alam itu dengan beradu (berdengkur dengan kuat).
Aktiviti rasmi kami yang seterusnya bermula pada keesokan paginya. Puan anisah selaku guru sains telah memberikan teknik memjawap soalan peperiksaan SPM khususnya kepada pelajar tingkatan 5 tahun ini (18 orang pelajar). Terdapat suara guru lain juga pada sesi penyampaian ilmu tersebut. Walau bagaimanapun, ia tidak menjejaskan tema aktiviti tersebut.
Seterusnya, aktiviti rasmi yang lebih lasak dijalankan. Aktiviti yang bimaksutkan ialah melintasi jambatan gantung yang hanya satu tali sahaja untuk dipijak disamping dua tali untuk dipegang. Semasa merentasi jambatan tersebut, saya terasa sedikit gemuruh akibat kata-kata seperti TINGGI dan TIADA ALAT KESELAMATAN. Dalam pejalanan di atas udara itu, saya telah dapat merasai emosi yang pelbagai termasuklah takut, seronok, tenang dan macam-macam lagi. Misi kami bukan tamat disitu sahaja tetapi kami harus menuruni bukit dengan “Flying Fox” sepanjan 25 meter. Terdapat rakan-rakan saya yang merakam semua peristiwa yang berlaku semasa aktiviti rasmi dijalankan termasuklah semasa melintasi jambatan gantung yang tinggi dan menuruni bukit dengan flying fox.
Pada sebelah petangnya, pelajar Muslim mengikuti kelas Pendidikan Islam sementara pelajar bukan Islam telah berkumpul di satu pondok untuk melakukan kerja masing-masing. Sesungguhnya, saya sangat bersyukur kerana dengan waktu lapang itu dapat dimananfaatkan untuk saya menyapkan sedikit tugasan sekolah. Terdapat sesetengah pelajar Bukan Islam menceritakan pengalaman kepada guru pengiring dan ada juga yang menikmati angin petang yang menyegarkan.
Berikutnya, aktiviti rasmi yang lasak kembali menghidurkan kami. Aktiviti yang bermula kira-kira empat petang itu yang lebih dikenali sebagai “Abseling” telah dijalankan dengan bantuan pihak pengurusan resort. Abseling merupakan aktiviti penurunan dari kawasan tinggi dengan mengunakan tali dan bantuan sebuah papan. Macam-macam reaksi yang ditunjukkan oleh semua pelajar terutamanya yang tidak berpenglihatan. Apa yang menarik dengan aktiviti ini ialah pokok besar (26 langkah untuk mengelilingnya) yang menjadi alat sokongan pentas Abseing itu.
Pada sebelah malamnya, Puan Anisah telah menyambung sedikit aktiviti pendidikan yang berkaitan dengan subjek sains. Tetapi, terdapat sedikit masalah yang kberlaku kerana kebanyakan pelajar telah mengantuk dan ada sesetengah daripada mereka yang demam. Jadi, perjumpaan itu telah dipendikkan masanya daripada yang asalnya. Akhirnya, hari itu ditamatkan dengan minum malam sahaja.
Seterusnya, kami telah memulakan pagi dengan aktiviti yang kurang mesra dengan penglihatan yang terhad iaitu aktiviti yang berbentuk tembak-menembak. Untuk mengelak daripada bahaya, kami diminta untuk bergerak ke tempat yang disediakan khas untuk permainan tersebut(berketinggian 238 anak tangga). Sebelum memulakan permainan, kami telah mendapat taklimat yang berkaitan dengan penggunaan pistulnya yang mengunakan peluru cat dan peraturan-peaturan yang harus dipatuhi dalam pemainan. 10 orang yang terdiri daripada guru, pelajar dan pembantu pengurusan telah dipecahkan kepada 2 kumpulan yang seimbang dan murid menuju ke gelanggang untuk memperoleh pengalaman baru sementara yang lain mendengar dan melihat seperti penonton drama perang.
Sebelum kami pulang, kami diizinkan untuk bermandi manda di kolam buatan yang telah disediakan di sana. Sesungguhnya, aktiviti sebegini sekiranya tidak dihayati erti atau faedah sebenarnya, ia hanyalah suatu cara menghabiskan masa dengan tidak bererti sahaja. Oleh yang demikian, saya harap agar semua pelajar yang mengikuti kem ini (termasuklah saya) dapat menuju ke arah yang ingin dibawakan oleh guru yang berfungsi sebagai koodinator kem sains ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan