Pada petang tadi, saya telah pergi mandi di tandas blog B sekolah saya yang terletak yang agak jauh dari asrama. Walaupun agak jauh, tetapi airan airnya laju dan tidak ramai orang pelajar yang menggunakannya. Jadi, saya dapat menggunakan tandas itu dengan sang tenteram. Setelah saya tida di tandas tersebut, saya agak terkejut dengan pintu mukadimahnya. Hal ini kerana pintunya seakan-akan mangsa yang dibelasah samsing jalanan. Saya tidak pasti siapa punya angkara tetapi yang saya fikir hanyalah manusia yang mengerjakannya mesti sangat tertekan atau sangat jahilia perangainya.
Cakap tentang vendalisme, saya teringat kepada telefon awam di sekolah yang sering rosak sama ada wayer dagang atau sebagainya. Melalui gejala sosial ini, saya telah membuat satu konklusi iaitu ejen vendalisme adalah masyarakat yang salah gunakan konsep kepentingan diri. Hal ini disebabkan mereka sering mengerjakan sesuatu tampa memikirkan kesannya terutamanya kepada orang lain disamping dirinya sendiri. Contoh yang termudah ialah apabila si perosak hendak mengunakan alat komunikasi seperti telefon awam di sekolah(handphone diharamkan di sekolah) mereka sudah tentu akan mendap hukuman hasil perbuatan mereka disamping HUKUMAN itu ditanggung sama oleh orang lain.
Oleh yang demikian, saya berharap agar vendalisme di sekolah justeru masyarakat Malaysia menghindari gejala buruk ini kerana ia hanyalah akan menyebabkan orang yang tidak berdosa menerima hukuman yang setimpal dengan perbuatan si masyarakat vendalisme.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan