01 November, 2010

Stategi persediaan peperiksaan

Seperti setiap sekolah yang lain, sekolah saya turut mengadakan peperiksaan akhir tahun sebagai pelengkap aktiviti wajib sesi persekolahhan. Pada tahun ini, saya telah bertemu dengan sesuatu yang lain daripada yang lain. Ini sebenarnya ada kaitan yang rapat dengan tajuk tulisan ini. Sebenarnya, apa yang saya katakan habat tadi tidaklah hebat mana yang akan anda bayangkan. Ia sebenarnya hanya PELAJAR YANG BERSEDIA UNTUK PEPERIKSAAN DENGAN TERLALU MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI. Sesungguhnya, manusia yang sedia dicipta ini telah memiliki sikap mementingkan diri sendiri tetapi kepentingan itu dikawal dan mempunyai had yang boleh diterima umum. Walau bagaimanapun, masyarakat pelajar yang bersedia dengan cara menyalah gunakan kepetingan diri untuk menjamin kecermelangan diri dalam peperiksaan sedangankan orang lain terkandas. Kepentingan yang melampau ini
sebenarnya salah satu stategi yang bagus dan penuh dengan maksud tersirat iaitu dengan memastikan orang susah dalam peperiksaan sementera dirinya mungkin mendapat yang sebaliknya. Apa yang pelik disini ialah mengapa mesyarikat yang sudah tamat peperiksaan awam “(PMR)” pun menggunakan stategik yang KEJAM ini kepada pihak yang mahu mengambil peperiksaan? Sesetengah masyarakat yang SANGAT BANYAK MASA ini turut menasihati rakannya bahawa
“Ala, esok korang pereksa sains aje tapi kami pereksa math.” Ada juga yang berbunyi “Ala, kau pereksa paling kurang pun ada 1 markah”
Ayat-ayat sebegini sekiranya dilantangkan sudah tentu sangat mengganggu tambah-tambah lagi kalau dilafaskan dalam nada sajak petriotik awal pagi. OH,ya. Saya baharu teringat satu ayat yang dikatakan oleh seorang pelajar tingkatan 1 iaitu “ALA BARU PUKUL 1.” Sedangkan waktunya sudah pukul 1 50 PAGI. Sesungguhnya, saya harap ini merupakan perkara terakhir yang saya akan alami.

09 Oktober, 2010

Hukuman yang ditanggung bersama

Pada petang tadi, saya telah pergi mandi di tandas blog B sekolah saya yang terletak yang agak jauh dari asrama. Walaupun agak jauh, tetapi airan airnya laju dan tidak ramai orang pelajar yang menggunakannya. Jadi, saya dapat menggunakan tandas itu dengan sang tenteram. Setelah saya tida di tandas tersebut, saya agak terkejut dengan pintu mukadimahnya. Hal ini kerana pintunya seakan-akan mangsa yang dibelasah samsing jalanan. Saya tidak pasti siapa punya angkara tetapi yang saya fikir hanyalah manusia yang mengerjakannya mesti sangat tertekan atau sangat jahilia perangainya.

Cakap tentang vendalisme, saya teringat kepada telefon awam di sekolah yang sering rosak sama ada wayer dagang atau sebagainya. Melalui gejala sosial ini, saya telah membuat satu konklusi iaitu ejen vendalisme adalah masyarakat yang salah gunakan konsep kepentingan diri. Hal ini disebabkan mereka sering mengerjakan sesuatu tampa memikirkan kesannya terutamanya kepada orang lain disamping dirinya sendiri. Contoh yang termudah ialah apabila si perosak hendak mengunakan alat komunikasi seperti telefon awam di sekolah(handphone diharamkan di sekolah) mereka sudah tentu akan mendap hukuman hasil perbuatan mereka disamping HUKUMAN itu ditanggung sama oleh orang lain.

Oleh yang demikian, saya berharap agar vendalisme di sekolah justeru masyarakat Malaysia menghindari gejala buruk ini kerana ia hanyalah akan menyebabkan orang yang tidak berdosa menerima hukuman yang setimpal dengan perbuatan si masyarakat vendalisme.

Kem Sains 2010

Pada Jumaat yang lalu, saya telah melibatkan diri dalam kem Sains anjuran panitia Sains dan panitia Pendidikan Islam. Kira-kira 24 orang pelajar lelaki dan 8 orang pelajar perempuan melibatkan diri dalam kem tersebut berserta 6 orang guru pengiring dan 2 orang pembantu pengurusan murid. Kami bertolak sekitar pukul tiga petang dan tiba di destinasi kira-kira pukul empat empat puluh lima petang.

Sebelum memasuki kawasan destinasi iaitu Eko Resort, kami dikehendaki menaiki lori yang berkuasa tinggi untuk memanjat bukit yang curam memandangkan resort itu terletak di atas bukit. Beberapa kali juga lori yang dinaiki saya tersangkut semasa mendaki dan sekaligus memberi pengalaman baru kepada saya. Setelah tiba di resort, kami diminta untuk menempatkan semua barangan ke bilik masing-masing iaitu bilik yang terbina atas cantuman papan.

Aktiviti rasmi yang pertama dimulakan pada waktu malam iaitu bertempat di gelangang babminton yang terdapat dalam resort tersebut. Aktiviti itu telah dikendalikan dengan sempurnanya oleh Encik Macdi yang berkaitan kesedaran. Kami yang dikelilinggi oleh kawasan alam semula jadi yang masih asli sudah tentu mendapat sesuatu yang agak berlainan. Bagi saya, keadaan itu sangat selesa dan sesuai untuk menerima nasihat kerana keadaannya yang sangat tenang. Walau bagaimanapun, ada juga antara kami mengaplikasi keselesaan alam itu dengan beradu (berdengkur dengan kuat).

Aktiviti rasmi kami yang seterusnya bermula pada keesokan paginya. Puan anisah selaku guru sains telah memberikan teknik memjawap soalan peperiksaan SPM khususnya kepada pelajar tingkatan 5 tahun ini (18 orang pelajar). Terdapat suara guru lain juga pada sesi penyampaian ilmu tersebut. Walau bagaimanapun, ia tidak menjejaskan tema aktiviti tersebut.

Seterusnya, aktiviti rasmi yang lebih lasak dijalankan. Aktiviti yang bimaksutkan ialah melintasi jambatan gantung yang hanya satu tali sahaja untuk dipijak disamping dua tali untuk dipegang. Semasa merentasi jambatan tersebut, saya terasa sedikit gemuruh akibat kata-kata seperti TINGGI dan TIADA ALAT KESELAMATAN. Dalam pejalanan di atas udara itu, saya telah dapat merasai emosi yang pelbagai termasuklah takut, seronok, tenang dan macam-macam lagi. Misi kami bukan tamat disitu sahaja tetapi kami harus menuruni bukit dengan “Flying Fox” sepanjan 25 meter. Terdapat rakan-rakan saya yang merakam semua peristiwa yang berlaku semasa aktiviti rasmi dijalankan termasuklah semasa melintasi jambatan gantung yang tinggi dan menuruni bukit dengan flying fox.

Pada sebelah petangnya, pelajar Muslim mengikuti kelas Pendidikan Islam sementara pelajar bukan Islam telah berkumpul di satu pondok untuk melakukan kerja masing-masing. Sesungguhnya, saya sangat bersyukur kerana dengan waktu lapang itu dapat dimananfaatkan untuk saya menyapkan sedikit tugasan sekolah. Terdapat sesetengah pelajar Bukan Islam menceritakan pengalaman kepada guru pengiring dan ada juga yang menikmati angin petang yang menyegarkan.

Berikutnya, aktiviti rasmi yang lasak kembali menghidurkan kami. Aktiviti yang bermula kira-kira empat petang itu yang lebih dikenali sebagai “Abseling” telah dijalankan dengan bantuan pihak pengurusan resort. Abseling merupakan aktiviti penurunan dari kawasan tinggi dengan mengunakan tali dan bantuan sebuah papan. Macam-macam reaksi yang ditunjukkan oleh semua pelajar terutamanya yang tidak berpenglihatan. Apa yang menarik dengan aktiviti ini ialah pokok besar (26 langkah untuk mengelilingnya) yang menjadi alat sokongan pentas Abseing itu.

Pada sebelah malamnya, Puan Anisah telah menyambung sedikit aktiviti pendidikan yang berkaitan dengan subjek sains. Tetapi, terdapat sedikit masalah yang kberlaku kerana kebanyakan pelajar telah mengantuk dan ada sesetengah daripada mereka yang demam. Jadi, perjumpaan itu telah dipendikkan masanya daripada yang asalnya. Akhirnya, hari itu ditamatkan dengan minum malam sahaja.

Seterusnya, kami telah memulakan pagi dengan aktiviti yang kurang mesra dengan penglihatan yang terhad iaitu aktiviti yang berbentuk tembak-menembak. Untuk mengelak daripada bahaya, kami diminta untuk bergerak ke tempat yang disediakan khas untuk permainan tersebut(berketinggian 238 anak tangga). Sebelum memulakan permainan, kami telah mendapat taklimat yang berkaitan dengan penggunaan pistulnya yang mengunakan peluru cat dan peraturan-peaturan yang harus dipatuhi dalam pemainan. 10 orang yang terdiri daripada guru, pelajar dan pembantu pengurusan telah dipecahkan kepada 2 kumpulan yang seimbang dan murid menuju ke gelanggang untuk memperoleh pengalaman baru sementara yang lain mendengar dan melihat seperti penonton drama perang.

Sebelum kami pulang, kami diizinkan untuk bermandi manda di kolam buatan yang telah disediakan di sana. Sesungguhnya, aktiviti sebegini sekiranya tidak dihayati erti atau faedah sebenarnya, ia hanyalah suatu cara menghabiskan masa dengan tidak bererti sahaja. Oleh yang demikian, saya harap agar semua pelajar yang mengikuti kem ini (termasuklah saya) dapat menuju ke arah yang ingin dibawakan oleh guru yang berfungsi sebagai koodinator kem sains ini.

27 Ogos, 2010

Pinjam dan pulang...

Pada 7 hari bulan 8 2010, sebuah ceramah yang berkaitan dengan pidato telah diadakan di (MAB). Melalui ceramah ini, saya telah mendapat satu falsafah baru daripada seorang penceramah yang bernama Hakim. Sebenarnya, falsafah ini bukan isi ceramah tersebut tetapi beliau telah menyelekkan falsafah yang menyatakan “bumi ini bukan diwarisi oleh nenek moyang tetapi kita yang pinjjam bumi daripada cucu cicik kita.” Dalam sesi ceramahnya. Kata-katanya itu telah menarik minat saya untuk berfikir tentang maksudnya secara terperinci.

Berdasarkan huraiannya, walaupun alam sekitar ini seperti telah diwarisi oleh nenek moyang kita tetapi sebenarnya kita sedang menggunakan alam sekitar yang bakaldigunakan anak cucu kita. Dengan ini, konklusi daripada kata-katanya itu adalah kita sedang mengunakan hak orang pada masa depan (pinjam daripada mereka). Merujuk kepada pandangan ini, saya telah merasakan bahawa alam sekitar ini akan terus dipinjam dan dipulang semula sehingga tibanya hari kiamat nanti. Secara umumnya, pinjam ini merupakan suatu perbuatan penggunaan sementara yang melibatkan pihak lain dengan kebenaran empunya. Oleh yang demikian, kita seharusnya memerihara alam sekitar dengan penuh bertanggungjawab agar pemiliknya pada masa hadapan akan memperolehnya seperti mana yang kita terima pada hari ini.

Selalunya, barang yang telah dipinjam akan dipulangkan seperti mana keadaan yang sebelumnya. Dalam soal peminjaman alam sekitar ini terdapat sedikit perbezaan kerana kita tidak tahu bentuk alam sekitar yang akan wujud pada masa hadapan. Sebagai contoh, manusia pada zaman ini membangunkan bangunan pencakar langit yang tidak pernah dibina oleh cucu-cicik mereka. Dengan ini, manusia pada zaman ini tidak mendapat gambaran alam sekitar pada masa hadapan dan mereka akan terus menghanggap perubahan ke arah kemajuan akan membawa kepada kebahagiaan. Mereka yang beradda dalam keghairahan menuju ke alam yang dikatakan lebih bahagia sebenarnya telah menjahanamkan dunia. Adakah ini dikatakan pemulangan semula yang mendatangkan kebahagiaan?

12 Ogos, 2010

Pengenalan

Selamat datang kepada para pembaca blog “Meja Logam”. Saya berharap saya boleh berkongsi pengalaman atau pandangan saya dengan melalui penulisan di blog ini. Nama saya Tan Ee Beng dan kini masih bersekolah di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Setapak. Untuk pejgetahuan pembaca, saya mempunyai pengetahuan yang cetek tentang teknologi maklumat seperti e-mel, blog, facebook dan sebagainya. Namun, saya telah mendapat pengaruh yang baik daripada saudara Lock Weng Hang iaitu salah seorang kawan saya yang boleh dikatakan seorang yang pintar. Blog ini juga terbina atas bantuan penuh daripadanya. Selain itu. Saya juga mendapat sokongan daripada seorang guru iaitu Cikgu Zakaria, guru Bahasa Melayu saya pada tahun ini. Bagi saya, Cikgu Zakaria seorang gutu yang sentiasa mengikuti peredaran zaman. Atas pendedahanyang beliau dedahkan dalam kelas tentang teknologi maklumat, saya telah bertekat untuk membina e-mel, blog dan perkara-perkara yang boleh saya aplikasi dalam kehidupan.

Disini juga saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Lock Weng Hang dan Cikgu Zakaria yang telah membantu saya secara langsung dan tidak langsung untuk berjinak-jinak dengan teknologi maklumat dan memberikan ilmu serta sokongan positif. Sesungguhnya, saya sangat gembira kerana boleh menulis dengan bebas dengan batasan tertentu dalam suatu ruangan yang tidak memerlukan kertas tetapi dapat dibaca oleh ramai orang. Tambahan pula, saya boleh melihat pandangan orang juga. Pandangan ini boleh diperoleh melalui ruangan komen pembaca.

Semoga dengan kelahiran blog ini boleh menambahkan nikmat kehidupan walaupun dunia ini hanya fana semata-semata.