24 Julai, 2016

Langkah Demi Langkah

Walaupun diri ini melihat dunia dengan sisa penglihatan yang tidak seberapa, mata yang sepasang ini melihat masa depan dengan penglihatan yang sama.  Tidak jelas, tidak juga kabur.  Sekadar cukup untuk mengetahui hari esok dan lusa. 

Lumrah manusia dan binatang bernyawa.  Ditakutnya api, digemarnya cahaya.  Desenangi dingin, degeruni kegelapan.  Begitu juga hidup ini yang penuh suka dan duka.  Langkah demi langkah tenpa hala bukan senang dirasa melainkan ramuan manis gula masam cuka yang mewarnai selera. 

Mereka melangkah, aku juga melangkah.  Kita seakan sama namun tak serupa.  Akhirnya, langkahku akan terhent jua.  Sehingga hari itu, aku tak akan tahu apa yang menunggu.

(Sekadar Menyeru Ilham)

21 Julai, 2016

Imbas kembali Pengalaman Manis di KTAR

Sedar tidak sedar, saya sudah menamatkan pengajian saya di Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman. Esok pula saya akan menghadiri sesi temu ramah di Dialogue in the Dark Malaysia untuk memulakan langkah pertama di dunia pekerjaan.  Perubahan yang ketara ini kadang kalanya sungguh menakutkan.  Tetapi sampai bila diri ini terus dihambakan perasaan  sendiri?

Sedar tidak sedar juga, blog ini sudah saya tinggalkan berbulan bulan lamanya tanpa sebarang pembaharuan.  Walaupun saya berhajat untuk mengonsikan pengalaman saya yang menarik di sini, kemalasan yang mencemari diri ini telah berakar besar.  Jadi sampai hari ini barulah saya jumpa kembali kerajinan yang suatu ketika dahulu berpohon dan berbuah. 

Sepanjang pengajian saya di K TAR, saya telah memperoleh pengalaman untuk bergaul dengan masyarakat yang berbeza-beza, dengan kebudayaan yang berbeza juga.  Sebelum ini, saya bergaul bersama sama dengan masyarakat cacat penglihatan sahaja, dan pengalaman bersama rakan rakan di Ktar mengizinkan saya memahami masyarakat muda di luar (yang sebaya) dengan lebih jelas lagi.  Apa yang lebih penting, saya telah ditemukan dengan hobi baharu saya iaitu permainan go dan Erhu. 

Pengalaman mengetuai sebuah kempen juga pengalaman yang sangat bermakna buat saya.  Sebelum ini, saya cuma tahu perkataan kempen ini sebagai isi yang menjanjikan markah di dalam karangan.  Setelah menguruskannya sendiri, saya bukan sahaja belajar bagaimana untuk mengurus dan mengetuai sesebuah kempen tetapi juga belajar pentingnya pengurusan emosi dan tenaga kerja.  Saya percaya pengalaman ini akan memberi manfaat kepada saya dalam jangka masa yang panjang. 

Pengalaman bermain alat muzik secara berkumpulan dan melatih junior juga sesuatu yang sukar saya lupakan.  Setiap kali kami habis berlatih, kami selalunya akan pergi makan beramai-ramai.  Bila diimbas kembali, perasaan seronok yang tidak terhingga dapat dirasai.  Tidak ketinggalan juga sekumpulan rakan yang berkongsi hobi bermain catur Go yang sama.  Kami juga pernah bermain catur sampai lewat malam.  walaupun penat, tetapi seronok.

Dari segi akedemik pula, saya telah mempelajari banyak perkara yang berkait dengan media.  sebelum ini, saya tidak tahu pun yang media dan perhubungan awam adalah satu bidang yang menarik.  Malahan, saya hampir hampir berasa menyesal kerana mengambil satu bidang yang tidak pernah saya tahu. isi kandungannya.

Kini, saya sudah menamatkan pengajian tetapi saya harus melangkah ke hadapan walaupun diri ini berasa sangat rindu dengan kehidupan di universiti. 

(Sekadar Berkongsi)

06 September, 2015

Kem Matematik 2015 di SMPKS

Sudah lama saya tidak mengemas kini tulisan di blog ini.  Kali ini, dapat juga saya mencari sedikit "kerajinan" untuk menulis.  Pada sabtu dan ahad minggu lalu, saya telah menghadiri Kem Matematik SPM 2015 yang dianjurkan di SMPK Setapak, tempat saya bersekolah dari 2007 - 2011.  Seperti semalam rasanya saya berada dalam kem yang sama bersama sahabat sekelas yang lain. 

Oh ya, kali ini, saya telah diberi peluang untuk menbantu adik-adik saya untuk berhadapan dengan SPM kertas Matematik, iaitu satu kertas yang saya percaya digeruni ramai.  Walaupun diri ini digelar mentor, namum terbukti  ilmu yang dipelajari suatu ketika dahulu tidak lagi segar dalam ingatan.  Nasib baik ada guru yang boleh dirujuk.  Kalau tidak, jauh sekali saya dapat membantu pelajar SPM tahun ini. 

Kem tersebut telah diadakan di SMPK sahaja dan tidak seperti zaman persekolahan saya.  Namun, saya percaya objektifnya tercapai kerana semua pelajar benar benar memanfaatkan masa yang diberikan.  Pada masa yang sama, saya juga bertemu dengan guru guru (Cikgu Suriani, Cikgu Zaini, Ustazah Fatimah) 'maaf kalau tersilap eja') dan sahabat lama iaitu Jason Tang dan Ahmad Shahidi (pelajar SPM cemerlang 2010); dan juga Hanson Ang (pelajar cemerlang SPM 2011).  Tidak terlupa juga kenalan baru dari IGP Penang.  Ya, mereka ini adalah rakan-rakan Sahidi yang dating berkilometer jauhnya untuk membantu adik-adik saya di SMPK.  Sesungguhnya kerelaan dan keikhlasan mereka untuk datang membantu haruslah dipuji dan sungguh mengkagumkan.  Mudah-mudahan, mereka ini akan sentiasa diberkati Tuhan. 

Kesempatan ini juga saya gunakan untuk bersiar siar sekitar sekolah.  Ternyata terdapat perubahan yang ketara di dalam persekitaran sekolah tersebut.  Namun perasaan seronok berada dalam sekolah itu tidak pernah berubah. 

Hmm, rasanya sampai sini sahajalah tulisan buat kali ini.  Kepada adik-adik yang bakal mengambil SPM, semoga berjaya dan jangan sesekali berputus asa! 

(Sekadar Berkongsi) 

07 Februari, 2015

Memulakan Permainan Go

Pelihara Tradisi, Tegakkan Identity.

Dalam tulisan kali ini, saya akan menyambung cerita tentang Go, sebuah sukan minda yang sudah saya tulis sekiaan lama dahulu.  DI atas medan perang bertitik 361 itu, anda bukan sahaja mempunyai motif utama iaitu mengepung musuh dan membentuk tanah jajahan tetapi juga memusnahkan strategi penjajahan pihak lawan.  Apa  yang anda perlu adalah meneliti setuasi di atas papan secara menyeluruh sebelum meletakkan batu anda sendiri.  Ops, mungkin Benih lebih sedip di dengar jika dibandingkan dengan batu.

Untuk pengetahuan, sekali kita melepaskan benih kita daripada sentuhan maka, benih itu akan  berposisi di situ sehinggalah permainan itu tamat.  Namun, benih itu boleh dikeluarkan daripada papan jika ia ditawan.  Cara untuk menawan benih adalah dengan mengisi semua tempat kosong yang berada di sekeliling benih tersebut.  Tempat kosong ini diistilahkan sebagai "liberty" dan dipanggil "Chi" dalam Bahasa Manderin.  Dalam tulisan ini, saya akan menggunakan istilah Nafas untuk mewakili tempat kosong tersebut. 

Sebelum memulakan permainan Go, kita harus memberi hormat kepada pihak lawan kita dengan menundukkan kepala.  Seterusnya, process untuk menentukan siapa yang memulakan langkah yang pertama pun bermula.  Proses ini bermula dengan salah seorang mengengam benih putih dan ditempatkan di atas papan tanpa dilihat oleh pihak lawan tentang bilangannya.  Permain yang seorang lagi pun perlu meneka dengan mengam satu (ganjil) atau dua (genap) benih hitam untuk meneka sama ada benih putih yang berada dalam gengaman itu bernombor genap atau ganjil. Sekiranya tekaannya tepat, maka dia akan mendapat giliran yang pertama (menggunakan benih hitam).   Selain ditawarkan gilaran pertama, pihak yang tepat meneka itu juga diberikan pilihan untuk menggunakan benih putih jika dia tidak mahu menggunakan benih hitam (gilaran pertama).  Namun, keadaan ini jarang sekali dipraktikkan.  Seterusnya, kedua-dua permain akan menempatkan satu benih dalam satu giliran sehinggalah kedua-dua pihak memberikan giliran (pass) mereka kepada pihak lawan. Permainan pun tamat dan process kira kira pun berlaku.  Setelah kedua-dua pihak menyetujui dan berpuas hati dengan kiraan yang diputuskan, maka pihak yang menang akan diistiharkan.

Untuk menentukan pemenang, kita akan mengira berapa tempat kosong yang dijajah dan berapa benih yang ditawan, dan seterusnya membandingkan markah yang telah diperoleh kedua-dua pihak.  Pihak yang mempunyai markah yang lebih banyak dikira sebagai pemenang.
Memandangkan sesiapa yang memiliki gilaran pertama (bermain sebagai Benih hitam) mempunyai kebaikan yang lumayan, maka sesiapa yang memiliki benih putih akan mendapat markah ganti rugi sebanyak 5.5 sehinggalah 8.5, bergantung kepada peraturan dan saiz papan. Markah ganti rugi ini tidak digunakan pada zaman dahulu tetapi ramai permain profesional cenderung untuk menang dengan menggunakan benih hitam. Untuk menyelasaikan masalah ini, peraturan Go pun diubah dari semasa ke semasa sehinggalah apa yang kita gunakan hari ini. 

Berbalik kepada process menawan benih. sekiranya terdapat satu benih ditempatkan di tengah tengah papan 3 kali 3 atau berkoordinasi (2,2), maka benih itu akan mempunyai 4 nafas iaitu petak yang berada di timur, barat, Utara dan selatannya (koordinasi 1.2, 2.1, 3.2 dan 2.3).
Secara ringkasnya, nafas ini merupakan tempat kosong bersebelahan dengan benih. Tempat kosong ini tidak termasuk benih yang terletak di posisi diagonal.  Hanya benih yang berkedudukan rurus atau melingtang bersebelahan dengan mangsa tawaran diambil kira.  Satu atau sekumpulan benih akan dikira mati / ditawan ababila kesemua nafas telah diisi pihak musuh.

Dalam tulisan yang akan datang, kita akan melihat tentang kumpulan hidup atau mati. Bersambung lagi.

(Sekadar Berkongsi)

02 Februari, 2015

Agama Selepas tapisan Golongan Bijaksana

Kepercayaan kepada Tuhan. 

Berdasarkan makna dan susunannya dalam Rukun Negara, adalah logik jika kita mengtafsirkan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang sangat mementingkan kepercayaan dan didikan agama.  Kewujudan agama adalah untuk mendisiplinkan manusia agar mereka bertindak mengikut batasan yang sudah ditentukan.  Dalam semua Agama (tidak boleh dikelirukan dengan kepercayaan dan ajaran), Tuhan mempunyai kuasa yang paling agung (i.e.  pencipta alam dan mempunyai kuasa ke atas segala-galanya). Tidaklah hairan jika manusia bergantung kepada-Nya apabila segala masalah yang sedang dihadapi tidak dapat diselesaikan dengan hanya menggunakan kebijaksanaan akal fikiran.  Realitynya, Agama bukan sahaja berfungsi sebagai sebuah peraturan sejagat dan tempat orang bergantung (secara psicologi), tetapi sebuah alat yang effektif untuk memadukan manusia sejagat.  Perpaduan ini dicapai kerana sistem sosial bersifat hairarki tidak boleh menjalankan fungsinya dengan sempurna memandangkan agama mendidik manusia tentang kesaksamaan. 

Walaupun begitu, manusia terbukti gagal memahami inti pati ajaran agama dalam bentuknya yang paling mudah, sebaliknya mengkomplikasikan apa yang dipelajari, dan seterusnya menjadi sesat dan berperangai seperti mereka yang tidak beragama.  Secara logiknya, seseorang yang berpegang kuat kepada didikan agama adalah seseorang yang mulia.  Mereka mematuhi apa yang diperintahkan dan menghindari apa yang dibataskan.  Tetapi bukan semua ilmuwan ini jelas dengan apa yang diperkatakan oleh kitab suci agama masing-masing dan sekali gus menyebarkan kefahaman mereka yang kononnya benar itu.  Dalam teori  kommunikasi, oleh Lazarsfeld (1948), pendapat dan pendirian seseorang lebih cenderung untuk diubah oleh mereka yang mempunyai keyakinan masyarakat atau kepakaran / status social/ nama baik / pengalaman tertentu.  Golongan ini dipangil 'Opinion Leader' atau diterjemahkan sebagai peminpin pendapat.  Golongan ini kerap bersifat aktif dalam pengumpulan informasi dan ini menjadikan mereka sengat berpengaruh kerana dipercayai atas ilmu atau pendapat yang mereka miliki.  Dengan pengaruh ini, mereka selaku pendengar yang sudah yakin dengan peminpin pendapat mereka akan mengambil apa sahaja yang dihujahkan tanpa berfikir secara kritikal.  Tambahan pula, mereka juga berpendapat hujah peminpin yang kononnya bernas itu tidak boleh dicabar hanya kerana golongan ini dihanggap boleh dipercayai atas sebab-sebab tertentu. 

Dalam soal agama pula, tiada sesiapa pun yang boleh mempersoalkan kebenaran yang dibentangkan.  Menyedari hal ini, para ilmuan sering merujuk kepada kitab suci apabila disoal dan dipangil untuk memberi penerangan agar hujah mereka tidak dapat dicabar atau dipersoalkan walaupun kadangkalanya intepritasi mereka sendiri itu tidaklah sempurna atau tidak bersifat keseluruhan.  Dengan mempunyai pendengar yang kurang kritikal, keadaan ini bertambah parah kerana segala yang diperkatakan itu diterima bulat-bulat tanpa sebarang persoalan.  Lebih teruk lagi apabila mereka mula menjadikan pendapat itu sebagai asas atau piawai kepada suatu kebenaran.  Maka, reaksi percanggahan kognitif (cognitive dissonance) pun berlaku apabila golongan ini menerima sesuatu yang baru yang tidak sepadu dengan 'mind-set' mereka.  Percangahan Kognitif merupakan riaksi negatif yang ditunjukkan oleh seseorang keatas sesuatu yang bercanggah dengan pendirian mantal.  Dalam pengaruh keadaan ini, seseorang akan menolak  atau mengubahsuai pandangan yang bercanggah itu kepada sesuatu yang boleh diterima mereka sahaja.  Secara ringkasnya, golongan 'opinion follower' atau pengikut pendapat ini akan melimitasikan akal fikiran mereka kepada hujah atau pendirian yang sudah dibina oleh golongan peminpin pendapat yang diyakini itu.  Tetapi persoalannya, adakah seseorang yang kurang berilmu dalam soaal agama mampu berfikir secara kritikal dan menghasilkan pendapat mereka yang tersendiri?

Secara teorinya, mereka yang kritikal akan memilih  untuk mendiamkan diri apabila masyarakat sekeliling juga menyetujui atau mengadaptasikan hujah peminpin pendapat itu.  Fenomena ini sudah pun diterangkan dalam teori 'Spiral of Silance' oleh Elisabeth Noelle-Neumann (1974), dimana seseorang akan memilih untuk mendiamkan diri apabila mereka berpotensi untuk dipingirkan kerana ketidaksamaan mereka dari segi pandangan mahupun pendirian.  Bagi setiap individu yang tidak menyetujui pandangan yang dibentangkan oleh peminpin pendapat, mereka akan berfikir bahawa mereka ini akan dipinggilkan jika mereka bersifat vokal dengan pandangan sendiri.  Kesannya, mereka memilih untuk mendiamkan diri demi kebaikan mereka sendiri.  Keadaan ini juga tidak beberapa memberansangkan kerana pertamanya, mereka yang bersifat nutral akan lebih mudah dipengaruhi kerana tiadanya pandangan alternatif; dan keduanya, individu lain yang juga tidak menyetujui pandangan tersebut tidak menyedari bahawa ada juga pihak yang lain berkongsi fikiran seperti mana mereka sendiri.  Walaupun hujah peminpin pendapat itu bersifat kurang tepat, tetapi hujah ini akan dikaitkan dengan nama "kebenaran" dalam jangka masa yang panjang.  Namun, sekiranya pihak ini meluahkan pandangan alternative, maka konflik akan berlaku sama ada dalam skala yang kecil atau besar. 

Melalui fenomena yang saya gambarkan di atas, salah satu impak terakhir yang mungkin berlaku adalah golongan ilmuan ini akan terus menjadi pujaan dan dipuji dan dimuliakan. Mereka akan mempunyai lebih ramai pengikut dan pendengar.  Sekiranya wujudn dua ilmuan yang sama hebat dan berpengaruh tetapi mempunyai intepretasi yang berbeza maka, konflik akan berlaku walaupun kedua-dua mereka berkongsi agama yang sama ajarannya.   Maka kemungkinan untuk mempunyai sub-aliran dalam sesebuah agama akan menjadi lebih tinggi.  Keadaan ini juga sangat ironik kerana soal Agama yang sudah menjadi kepakaran mereka  mengalakan perpaduan, tetapi perpecahan yang berlaku jua. 

Sesungguhnya, tafsiran yang kurang tepat tentang makna sebenar kitab Suci sesebuah Agama boleh membawa implikasi yang sangat teruk, apatah lagi sekiranya inti pati kitab suci itu diputarbelit demi kepentingan tertentu.  Walau bagaimana pun, ini hanyalah pandangan saya semata-mata.  Ia tidak semestinya tepat dan jauh sekali untuk dipercayai seratus per ratus.  Tetapi saya masih berharap tulisan ini memberi makna kepada semua pembaca.

(Sekadar berkongsi)

27 Januari, 2015

Keberinian

"Keberanian bukanlah ketiadaan perasaan takut tetapi memilih untuk berhadapan walaupun berada dalam ketakutan" 

Pada minggu yang lalu, seperti biasa saya menonton drama Korea di rumah.  jika tidak silap, drama itu bertajuk "Good Doctor", yang mengisahkan seorang anak yang mempunyai penyakit autisma mencapai kejayaan dan menjadi lebih matang dengan melalui manis pahit kehidupan.  Apa yang menarik, watak utama itu mempunyai persamaan seperti saya, kerana mereka yang mempunyai penyakit autisma dipandang dan dilayan seperti mana orang kelainan upaya.  Kebolehan mereka dipandang remeh hanya kerana mereka ini seakan-akan tidak berdaya. 

Dalam kisah itu, watak utama sering didera ayahnya kerana berasa malu dan benci dengan kemunculannya dalam keluarga.  Malah, ibunya juga sering dipukul kerana dituduh membawa kecelakaan kepada keluarga.  Watak tersebut bernasib baik kerana mempunyai seorang abang yang sentiasa bersamanya tidak kira apa yang berlaku.   namun, abangnya itu tidak hidup lama.  setelah abangnya meninggal dunia, keluarga itu hancur begitu sahaja.  Ayahnya hilang entah ke mana sementara ibunya pula terpaksa meninggalkannya atas alasan yang tidak saya pasti. 

Mulai hari itu, watak utama itu telah dijaga oleh seorang doktor yang berasa simpati dengannya.  Mengenali kebolehan istimewa watak utama tersebut, doktor itu pun mendidiknya dengan ilmu perubatan.  Setahun demi setahun berlalu dan akhirnya, watak utama pun lulus menjadi seorang doktor.  Pada mulanya kebolehan watak utama diragui oleh rakan sekerja dan majikannya.  Tetapi setelah usaha demi usaha, akhirnya dia diterima dan bersosial dengan orang lain.  Namun begitu, pengalaman pahit yang pernah dilaluinya masih meninggalkan kesan psikologi yang mendalam.  Kesannya, watak utama itu tidak  dapat mengcapai potensi yang terbaik selain menjadikan beliau kurang yakin dengan kebolehan dirinya sendiri.  keadaan ini bertambah teruk apabila ayah yang sangat digeruninya datang ke hospital tempat kerjanya untuk meminta wang memandangkan dia sudah menjadi seorang doktor yang semestinya bergaji tinggi.  Katakutan yang dialami watak utama bukan sebarang ketakutan apabila dia pengsan tidak menyedarkan diri setelah kali pertama bertemu dengan ayahnya yang sudah terpisah sekian lama.  Walaupun seakan-akan berlagak tidak takut pada sebutan mulut, dia sebenarnya tidak berani walaupun memandang ayahnya. 

maka lahirlah definisi keberinian dari majikannya yang berbunyi seperti di atas untuk membantu watak utama mengatasi trouma yang sudah sekian lama dialaminya.  Sejujur-jujurnya, saya juga berpendapat bahawa keberinian adalah suatu perasaan tanpa sebarang rasa ketakutan dan keraguan.  Tidak walau sedikit pun.  Tetapi bak kata watak itu, seseorang tidak dikatakan berani kerana dia tidak berasa takut.  Sebaliknya keberanian yang sebenar adalah kesanggupan untuk berdepan dengan ketakutan tidak kira sehebat mana ketakutan tersebut.  Apabila kita tidak berasa takut, kita secara langsungnya tidak mempunyai masalah dengan orang atau perkara yang kita hadapi.  Ketiadaan "masalah" ini tidak boleh dikaitkan dengan keberanian kerana kita sudah pun menghanggap perkara ini sesuatu yang biasa.  Sebagai contoh, seseorang yang tidak pernah takut kepada ular berbisa tidak berdepan dengan tekanan atau sebarang masalah memandangkan ular berbisa itu tidak dapat memberi sebarang tekanan mental kepadanya.  Baginya, terserempak dengan ular berbisa adalah seperti mana kita terjumpa kucing di tepi jalan sahaja.  Atas alasan dan contoh ini, keberinaan tidak pernah wujud dalam diri individu tersebut.  Bagi mereka yang takut kepada Ular berbisa, individu itu akan dipandang berani kerana dia berjaya mengatasi apa yang ditakut oleh mereka sendiri.  Oleh yang demikian, keberinian pun ditafsir suatu keadaan di mana ketakutan tidak pernah dirasaai oleh diri mereka sendiri. 

Cuba anda bayangkan sekiranya  seseorang itu nekat untuk berhadapan dengan katakutannya sendiri, tidakkah dia itu seorang yang berani?  Itulah inti pati yang saya peroleh daripada drama tersebut.  Sebanarnya, terdapat banyak lagi nilai dan pengajaran yang kita boleh peroleh daripada drama tersebut mahupun dalam kisah kisah yang tertulis dalam novel atau disiarkan di radio dan TV.  Nilai dan pengajaran ini kadang-kalanya memainkan peranan effectif sebagai seorang guru dalam subjek "pengalaman hidup". 

(Sekadar Berkongsi)

22 Januari, 2015

Erhu : Alat Muzik yang Bersaudara-mara

Pelihara Tradisi, Teggakkan Identity

Tahukah anda bahawa erhu mempunyai beberapa saudara seperti mana violin? Dalam sebuah orchestra, kategori String  instrument sahaja sudah mempunyai 4 jenis alat music yang berbeza iaitu violin, viola, cello dan double bass untuk menghasilkan kombinasi harmonik yang memukau telinga.  Dalam orchestra Cina pula, kita akan mempunyai erhu, zhong hu, Gaohu dan kadang kalanya banhu, jinghu dan beberapa alat yang lain (i.e. bergantung kepada music yang akan dimainkan).  Apa yang membezakan "hu " ini adalah kenyaringannya.  Gaohu mempunyai key yang jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan erhu.  Zhonghu pula jauh lebih rendah berbanding erhu.  Jadi, alat alat ini akan dapat menghasilkan kombinasi yang menarik apabila dimainkan bersama. 

Saya sendiri tidak beberapa pandai bermain gaohu dan zhonghu kerana teknik bermain alat alat ini berbeza.  Sebagai contoh, Zhonghu memerlukan tenaga yang lebih kuat untuk menghasilkan nada yang stabil.  Gaohu pula memerlukan tenaga yang sedikit tetapi tegas untuk mengekalkan kejelasan bunyi.  Kedua-dua alat memerlukan kecekapan yang tertentu untuk memanipulasi tenaga tangan kanan kita untuk menghasilkan output yang terbaik.  Tidak sama seperti Erhu, Zhonghu mempunyai nada yang dalam dan sangat sesuai untuk memainkan lagu yang bernada sedih.  Malah, bunyi yang dihasilkan seperti menangis bak kata cikgu saya.  Peti bunyinya pula lebih besar saiznya.  Ini bermakna ia menggunakan kulat ular sawa yang lebih besar.  Selalunya, alat ini lebih berat dan talinya juga lebih tebal.  Gaohu pula mempunyai nada yang tinggi dan bunyinya mirip violin.  nadanya lebih tajam dan jelas; dan ini menjadikannya sengat sukar untuk melindung sebarang kesilapan semasa bermain.  Peti bunyinya lebih kecil dan saya percaya talinya juga lebih nipis.  Kedua-dua alat ini (zhonghu dan gaohu) akan dilaras pada "tune" asas pada D (Tali luar) dan G (Tali dalam).  Banhu pula tidak menggunakan kulat sawa seperti mana erhu, gaohu dan zhonghu.  sebaliknya, ia dihasilkan menggunakan kayu dan papan.  "tune" asasnya sama seperti erhu iaitu menggunakan note A (tali luar) dan D (tali dalam) dan bunyinya lebih tajam dan nyaring jika dibandingkan dengan gaohu.  Seperti Gaohu, alat ini sukar dikawal bunyinya.  Fizikalnya pula lebih pendek jika dibandingkan dengan erhu, zhonghu dan Gaohu.  Malah, busur yang digunakan juga berbeza. 

Kesemua "hu" yang saya nyatakan tadi pernah saya main tetapi bukan jinghu dan yang lain-lain memandangkan bilik muzik di kolej tidak mempunyai alat alat tersebut.  Jika ada peluang, saya akan tangkap beberapa gambar alat ini untuk tatapan bersama:)

(Sekadar Berkongsi)