Pelihara Tradisi, Tegakkan Identity.
Dalam tulisan kali ini, saya akan menyambung cerita tentang Go, sebuah sukan minda yang sudah saya tulis sekiaan lama dahulu. DI atas medan perang bertitik 361 itu, anda bukan sahaja mempunyai motif utama iaitu mengepung musuh dan membentuk tanah jajahan tetapi juga memusnahkan strategi penjajahan pihak lawan. Apa yang anda perlu adalah meneliti setuasi di atas papan secara menyeluruh sebelum meletakkan batu anda sendiri. Ops, mungkin Benih lebih sedip di dengar jika dibandingkan dengan batu.
Untuk pengetahuan, sekali kita melepaskan benih kita daripada sentuhan maka, benih itu akan berposisi di situ sehinggalah permainan itu tamat. Namun, benih itu boleh dikeluarkan daripada papan jika ia ditawan. Cara untuk menawan benih adalah dengan mengisi semua tempat kosong yang berada di sekeliling benih tersebut. Tempat kosong ini diistilahkan sebagai "liberty" dan dipanggil "Chi" dalam Bahasa Manderin. Dalam tulisan ini, saya akan menggunakan istilah Nafas untuk mewakili tempat kosong tersebut.
Sebelum memulakan permainan Go, kita harus memberi hormat kepada pihak lawan kita dengan menundukkan kepala. Seterusnya, process untuk menentukan siapa yang memulakan langkah yang pertama pun bermula. Proses ini bermula dengan salah seorang mengengam benih putih dan ditempatkan di atas papan tanpa dilihat oleh pihak lawan tentang bilangannya. Permain yang seorang lagi pun perlu meneka dengan mengam satu (ganjil) atau dua (genap) benih hitam untuk meneka sama ada benih putih yang berada dalam gengaman itu bernombor genap atau ganjil. Sekiranya tekaannya tepat, maka dia akan mendapat giliran yang pertama (menggunakan benih hitam). Selain ditawarkan gilaran pertama, pihak yang tepat meneka itu juga diberikan pilihan untuk menggunakan benih putih jika dia tidak mahu menggunakan benih hitam (gilaran pertama). Namun, keadaan ini jarang sekali dipraktikkan. Seterusnya, kedua-dua permain akan menempatkan satu benih dalam satu giliran sehinggalah kedua-dua pihak memberikan giliran (pass) mereka kepada pihak lawan. Permainan pun tamat dan process kira kira pun berlaku. Setelah kedua-dua pihak menyetujui dan berpuas hati dengan kiraan yang diputuskan, maka pihak yang menang akan diistiharkan.
Untuk menentukan pemenang, kita akan mengira berapa tempat kosong yang dijajah dan berapa benih yang ditawan, dan seterusnya membandingkan markah yang telah diperoleh kedua-dua pihak. Pihak yang mempunyai markah yang lebih banyak dikira sebagai pemenang.
Memandangkan sesiapa yang memiliki gilaran pertama (bermain sebagai Benih hitam) mempunyai kebaikan yang lumayan, maka sesiapa yang memiliki benih putih akan mendapat markah ganti rugi sebanyak 5.5 sehinggalah 8.5, bergantung kepada peraturan dan saiz papan. Markah ganti rugi ini tidak digunakan pada zaman dahulu tetapi ramai permain profesional cenderung untuk menang dengan menggunakan benih hitam. Untuk menyelasaikan masalah ini, peraturan Go pun diubah dari semasa ke semasa sehinggalah apa yang kita gunakan hari ini.
Berbalik kepada process menawan benih. sekiranya terdapat satu benih ditempatkan di tengah tengah papan 3 kali 3 atau berkoordinasi (2,2), maka benih itu akan mempunyai 4 nafas iaitu petak yang berada di timur, barat, Utara dan selatannya (koordinasi 1.2, 2.1, 3.2 dan 2.3).
Secara ringkasnya, nafas ini merupakan tempat kosong bersebelahan dengan benih. Tempat kosong ini tidak termasuk benih yang terletak di posisi diagonal. Hanya benih yang berkedudukan rurus atau melingtang bersebelahan dengan mangsa tawaran diambil kira. Satu atau sekumpulan benih akan dikira mati / ditawan ababila kesemua nafas telah diisi pihak musuh.
Dalam tulisan yang akan datang, kita akan melihat tentang kumpulan hidup atau mati. Bersambung lagi.
(Sekadar Berkongsi)
Logam akan berkarat kerana logam tidaklah sempurna. Tetapi, karat boleh dibuang dan logam boleh menjadi meja! Itulah manusia biasa!
07 Februari, 2015
02 Februari, 2015
Agama Selepas tapisan Golongan Bijaksana
Kepercayaan kepada Tuhan.
Berdasarkan makna dan susunannya dalam Rukun Negara, adalah logik jika kita mengtafsirkan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang sangat mementingkan kepercayaan dan didikan agama. Kewujudan agama adalah untuk mendisiplinkan manusia agar mereka bertindak mengikut batasan yang sudah ditentukan. Dalam semua Agama (tidak boleh dikelirukan dengan kepercayaan dan ajaran), Tuhan mempunyai kuasa yang paling agung (i.e. pencipta alam dan mempunyai kuasa ke atas segala-galanya). Tidaklah hairan jika manusia bergantung kepada-Nya apabila segala masalah yang sedang dihadapi tidak dapat diselesaikan dengan hanya menggunakan kebijaksanaan akal fikiran. Realitynya, Agama bukan sahaja berfungsi sebagai sebuah peraturan sejagat dan tempat orang bergantung (secara psicologi), tetapi sebuah alat yang effektif untuk memadukan manusia sejagat. Perpaduan ini dicapai kerana sistem sosial bersifat hairarki tidak boleh menjalankan fungsinya dengan sempurna memandangkan agama mendidik manusia tentang kesaksamaan.
Walaupun begitu, manusia terbukti gagal memahami inti pati ajaran agama dalam bentuknya yang paling mudah, sebaliknya mengkomplikasikan apa yang dipelajari, dan seterusnya menjadi sesat dan berperangai seperti mereka yang tidak beragama. Secara logiknya, seseorang yang berpegang kuat kepada didikan agama adalah seseorang yang mulia. Mereka mematuhi apa yang diperintahkan dan menghindari apa yang dibataskan. Tetapi bukan semua ilmuwan ini jelas dengan apa yang diperkatakan oleh kitab suci agama masing-masing dan sekali gus menyebarkan kefahaman mereka yang kononnya benar itu. Dalam teori kommunikasi, oleh Lazarsfeld (1948), pendapat dan pendirian seseorang lebih cenderung untuk diubah oleh mereka yang mempunyai keyakinan masyarakat atau kepakaran / status social/ nama baik / pengalaman tertentu. Golongan ini dipangil 'Opinion Leader' atau diterjemahkan sebagai peminpin pendapat. Golongan ini kerap bersifat aktif dalam pengumpulan informasi dan ini menjadikan mereka sengat berpengaruh kerana dipercayai atas ilmu atau pendapat yang mereka miliki. Dengan pengaruh ini, mereka selaku pendengar yang sudah yakin dengan peminpin pendapat mereka akan mengambil apa sahaja yang dihujahkan tanpa berfikir secara kritikal. Tambahan pula, mereka juga berpendapat hujah peminpin yang kononnya bernas itu tidak boleh dicabar hanya kerana golongan ini dihanggap boleh dipercayai atas sebab-sebab tertentu.
Dalam soal agama pula, tiada sesiapa pun yang boleh mempersoalkan kebenaran yang dibentangkan. Menyedari hal ini, para ilmuan sering merujuk kepada kitab suci apabila disoal dan dipangil untuk memberi penerangan agar hujah mereka tidak dapat dicabar atau dipersoalkan walaupun kadangkalanya intepritasi mereka sendiri itu tidaklah sempurna atau tidak bersifat keseluruhan. Dengan mempunyai pendengar yang kurang kritikal, keadaan ini bertambah parah kerana segala yang diperkatakan itu diterima bulat-bulat tanpa sebarang persoalan. Lebih teruk lagi apabila mereka mula menjadikan pendapat itu sebagai asas atau piawai kepada suatu kebenaran. Maka, reaksi percanggahan kognitif (cognitive dissonance) pun berlaku apabila golongan ini menerima sesuatu yang baru yang tidak sepadu dengan 'mind-set' mereka. Percangahan Kognitif merupakan riaksi negatif yang ditunjukkan oleh seseorang keatas sesuatu yang bercanggah dengan pendirian mantal. Dalam pengaruh keadaan ini, seseorang akan menolak atau mengubahsuai pandangan yang bercanggah itu kepada sesuatu yang boleh diterima mereka sahaja. Secara ringkasnya, golongan 'opinion follower' atau pengikut pendapat ini akan melimitasikan akal fikiran mereka kepada hujah atau pendirian yang sudah dibina oleh golongan peminpin pendapat yang diyakini itu. Tetapi persoalannya, adakah seseorang yang kurang berilmu dalam soaal agama mampu berfikir secara kritikal dan menghasilkan pendapat mereka yang tersendiri?
Secara teorinya, mereka yang kritikal akan memilih untuk mendiamkan diri apabila masyarakat sekeliling juga menyetujui atau mengadaptasikan hujah peminpin pendapat itu. Fenomena ini sudah pun diterangkan dalam teori 'Spiral of Silance' oleh Elisabeth Noelle-Neumann (1974), dimana seseorang akan memilih untuk mendiamkan diri apabila mereka berpotensi untuk dipingirkan kerana ketidaksamaan mereka dari segi pandangan mahupun pendirian. Bagi setiap individu yang tidak menyetujui pandangan yang dibentangkan oleh peminpin pendapat, mereka akan berfikir bahawa mereka ini akan dipinggilkan jika mereka bersifat vokal dengan pandangan sendiri. Kesannya, mereka memilih untuk mendiamkan diri demi kebaikan mereka sendiri. Keadaan ini juga tidak beberapa memberansangkan kerana pertamanya, mereka yang bersifat nutral akan lebih mudah dipengaruhi kerana tiadanya pandangan alternatif; dan keduanya, individu lain yang juga tidak menyetujui pandangan tersebut tidak menyedari bahawa ada juga pihak yang lain berkongsi fikiran seperti mana mereka sendiri. Walaupun hujah peminpin pendapat itu bersifat kurang tepat, tetapi hujah ini akan dikaitkan dengan nama "kebenaran" dalam jangka masa yang panjang. Namun, sekiranya pihak ini meluahkan pandangan alternative, maka konflik akan berlaku sama ada dalam skala yang kecil atau besar.
Melalui fenomena yang saya gambarkan di atas, salah satu impak terakhir yang mungkin berlaku adalah golongan ilmuan ini akan terus menjadi pujaan dan dipuji dan dimuliakan. Mereka akan mempunyai lebih ramai pengikut dan pendengar. Sekiranya wujudn dua ilmuan yang sama hebat dan berpengaruh tetapi mempunyai intepretasi yang berbeza maka, konflik akan berlaku walaupun kedua-dua mereka berkongsi agama yang sama ajarannya. Maka kemungkinan untuk mempunyai sub-aliran dalam sesebuah agama akan menjadi lebih tinggi. Keadaan ini juga sangat ironik kerana soal Agama yang sudah menjadi kepakaran mereka mengalakan perpaduan, tetapi perpecahan yang berlaku jua.
Sesungguhnya, tafsiran yang kurang tepat tentang makna sebenar kitab Suci sesebuah Agama boleh membawa implikasi yang sangat teruk, apatah lagi sekiranya inti pati kitab suci itu diputarbelit demi kepentingan tertentu. Walau bagaimana pun, ini hanyalah pandangan saya semata-mata. Ia tidak semestinya tepat dan jauh sekali untuk dipercayai seratus per ratus. Tetapi saya masih berharap tulisan ini memberi makna kepada semua pembaca.
(Sekadar berkongsi)

27 Januari, 2015
Keberinian
"Keberanian bukanlah ketiadaan perasaan takut tetapi memilih untuk berhadapan walaupun berada dalam ketakutan"
Pada minggu yang lalu, seperti biasa saya menonton drama Korea di rumah. jika tidak silap, drama itu bertajuk "Good Doctor", yang mengisahkan seorang anak yang mempunyai penyakit autisma mencapai kejayaan dan menjadi lebih matang dengan melalui manis pahit kehidupan. Apa yang menarik, watak utama itu mempunyai persamaan seperti saya, kerana mereka yang mempunyai penyakit autisma dipandang dan dilayan seperti mana orang kelainan upaya. Kebolehan mereka dipandang remeh hanya kerana mereka ini seakan-akan tidak berdaya.
Dalam kisah itu, watak utama sering didera ayahnya kerana berasa malu dan benci dengan kemunculannya dalam keluarga. Malah, ibunya juga sering dipukul kerana dituduh membawa kecelakaan kepada keluarga. Watak tersebut bernasib baik kerana mempunyai seorang abang yang sentiasa bersamanya tidak kira apa yang berlaku. namun, abangnya itu tidak hidup lama. setelah abangnya meninggal dunia, keluarga itu hancur begitu sahaja. Ayahnya hilang entah ke mana sementara ibunya pula terpaksa meninggalkannya atas alasan yang tidak saya pasti.
Mulai hari itu, watak utama itu telah dijaga oleh seorang doktor yang berasa simpati dengannya. Mengenali kebolehan istimewa watak utama tersebut, doktor itu pun mendidiknya dengan ilmu perubatan. Setahun demi setahun berlalu dan akhirnya, watak utama pun lulus menjadi seorang doktor. Pada mulanya kebolehan watak utama diragui oleh rakan sekerja dan majikannya. Tetapi setelah usaha demi usaha, akhirnya dia diterima dan bersosial dengan orang lain. Namun begitu, pengalaman pahit yang pernah dilaluinya masih meninggalkan kesan psikologi yang mendalam. Kesannya, watak utama itu tidak dapat mengcapai potensi yang terbaik selain menjadikan beliau kurang yakin dengan kebolehan dirinya sendiri. keadaan ini bertambah teruk apabila ayah yang sangat digeruninya datang ke hospital tempat kerjanya untuk meminta wang memandangkan dia sudah menjadi seorang doktor yang semestinya bergaji tinggi. Katakutan yang dialami watak utama bukan sebarang ketakutan apabila dia pengsan tidak menyedarkan diri setelah kali pertama bertemu dengan ayahnya yang sudah terpisah sekian lama. Walaupun seakan-akan berlagak tidak takut pada sebutan mulut, dia sebenarnya tidak berani walaupun memandang ayahnya.
maka lahirlah definisi keberinian dari majikannya yang berbunyi seperti di atas untuk membantu watak utama mengatasi trouma yang sudah sekian lama dialaminya. Sejujur-jujurnya, saya juga berpendapat bahawa keberinian adalah suatu perasaan tanpa sebarang rasa ketakutan dan keraguan. Tidak walau sedikit pun. Tetapi bak kata watak itu, seseorang tidak dikatakan berani kerana dia tidak berasa takut. Sebaliknya keberanian yang sebenar adalah kesanggupan untuk berdepan dengan ketakutan tidak kira sehebat mana ketakutan tersebut. Apabila kita tidak berasa takut, kita secara langsungnya tidak mempunyai masalah dengan orang atau perkara yang kita hadapi. Ketiadaan "masalah" ini tidak boleh dikaitkan dengan keberanian kerana kita sudah pun menghanggap perkara ini sesuatu yang biasa. Sebagai contoh, seseorang yang tidak pernah takut kepada ular berbisa tidak berdepan dengan tekanan atau sebarang masalah memandangkan ular berbisa itu tidak dapat memberi sebarang tekanan mental kepadanya. Baginya, terserempak dengan ular berbisa adalah seperti mana kita terjumpa kucing di tepi jalan sahaja. Atas alasan dan contoh ini, keberinaan tidak pernah wujud dalam diri individu tersebut. Bagi mereka yang takut kepada Ular berbisa, individu itu akan dipandang berani kerana dia berjaya mengatasi apa yang ditakut oleh mereka sendiri. Oleh yang demikian, keberinian pun ditafsir suatu keadaan di mana ketakutan tidak pernah dirasaai oleh diri mereka sendiri.
Cuba anda bayangkan sekiranya seseorang itu nekat untuk berhadapan dengan katakutannya sendiri, tidakkah dia itu seorang yang berani? Itulah inti pati yang saya peroleh daripada drama tersebut. Sebanarnya, terdapat banyak lagi nilai dan pengajaran yang kita boleh peroleh daripada drama tersebut mahupun dalam kisah kisah yang tertulis dalam novel atau disiarkan di radio dan TV. Nilai dan pengajaran ini kadang-kalanya memainkan peranan effectif sebagai seorang guru dalam subjek "pengalaman hidup".

22 Januari, 2015
Erhu : Alat Muzik yang Bersaudara-mara
Pelihara Tradisi, Teggakkan Identity
Tahukah anda bahawa erhu mempunyai beberapa saudara seperti mana violin? Dalam sebuah orchestra, kategori String instrument sahaja sudah mempunyai 4 jenis alat music yang berbeza iaitu violin, viola, cello dan double bass untuk menghasilkan kombinasi harmonik yang memukau telinga. Dalam orchestra Cina pula, kita akan mempunyai erhu, zhong hu, Gaohu dan kadang kalanya banhu, jinghu dan beberapa alat yang lain (i.e. bergantung kepada music yang akan dimainkan). Apa yang membezakan "hu " ini adalah kenyaringannya. Gaohu mempunyai key yang jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan erhu. Zhonghu pula jauh lebih rendah berbanding erhu. Jadi, alat alat ini akan dapat menghasilkan kombinasi yang menarik apabila dimainkan bersama.
Saya sendiri tidak beberapa pandai bermain gaohu dan zhonghu kerana teknik bermain alat alat ini berbeza. Sebagai contoh, Zhonghu memerlukan tenaga yang lebih kuat untuk menghasilkan nada yang stabil. Gaohu pula memerlukan tenaga yang sedikit tetapi tegas untuk mengekalkan kejelasan bunyi. Kedua-dua alat memerlukan kecekapan yang tertentu untuk memanipulasi tenaga tangan kanan kita untuk menghasilkan output yang terbaik. Tidak sama seperti Erhu, Zhonghu mempunyai nada yang dalam dan sangat sesuai untuk memainkan lagu yang bernada sedih. Malah, bunyi yang dihasilkan seperti menangis bak kata cikgu saya. Peti bunyinya pula lebih besar saiznya. Ini bermakna ia menggunakan kulat ular sawa yang lebih besar. Selalunya, alat ini lebih berat dan talinya juga lebih tebal. Gaohu pula mempunyai nada yang tinggi dan bunyinya mirip violin. nadanya lebih tajam dan jelas; dan ini menjadikannya sengat sukar untuk melindung sebarang kesilapan semasa bermain. Peti bunyinya lebih kecil dan saya percaya talinya juga lebih nipis. Kedua-dua alat ini (zhonghu dan gaohu) akan dilaras pada "tune" asas pada D (Tali luar) dan G (Tali dalam). Banhu pula tidak menggunakan kulat sawa seperti mana erhu, gaohu dan zhonghu. sebaliknya, ia dihasilkan menggunakan kayu dan papan. "tune" asasnya sama seperti erhu iaitu menggunakan note A (tali luar) dan D (tali dalam) dan bunyinya lebih tajam dan nyaring jika dibandingkan dengan gaohu. Seperti Gaohu, alat ini sukar dikawal bunyinya. Fizikalnya pula lebih pendek jika dibandingkan dengan erhu, zhonghu dan Gaohu. Malah, busur yang digunakan juga berbeza.
Kesemua "hu" yang saya nyatakan tadi pernah saya main tetapi bukan jinghu dan yang lain-lain memandangkan bilik muzik di kolej tidak mempunyai alat alat tersebut. Jika ada peluang, saya akan tangkap beberapa gambar alat ini untuk tatapan bersama:)

Internship di semesta ketiga
ah, sudah lama saya tidak mengperbaharu bahan bacaan di blog ini. Mungkin dah jadi semakin malas dah ni. hahaha. Okay, berbalik kepada tajuk entry ini. Baru-baru ini, saya sudah menamatkan peperiksaan semesta ke dua saya dan kini sedang berada dalam semesta ke tiga, mengambil subject industrial attachment, atau lebih dikenali sebagai "internship". Saya sangat bersyukur kerana saya ditempatkan di sebuah NGO yang saya sudah kenal. Ini memudahkan lagi kerja saya memandangkan supervisor yang akang mengawasi saya itu sudah saya kenal.
Semasa mula masuk ke peringkat degree lagi, saya sudah risau tentang subjek ini. Pertamanya, saya tidak mempunyai keyakinan yang tinggi untuk melaksanaakan kerja yang bakal saya terima. Keduanya, saya masih tidak pandai menggunakan kemudahan pengangkutan awam. er, agaknya sedikit memalukan memandangkan diri ini sudah hidup lebih daripada dua dekat. Yang ketiga, saya tidak yakin saya akan diterima oleh mana-mana syarikat dan organisasi/institusi, memandangkan keadaan penglihatan saya yang serba kekurangan ini akan menghadkan perkara-perkara yang saya dapat lakukan.
Sehari berganti sehari dan sebulan berganti sebulan. Hari yang dinanti-nanti pun tiba. Mahu tidak mahu, saya harus memberanikan dan meyakinkan diri kerana saya tahu kisah perjalanan hidup saya akan lebih banyak fokus kepada kerjaya. Jadi, saya harus menjadikan pengalaman ini pengalaman yang terbaik untuk menempuh dunia pekerjaan nanti. Akhirnya, segala perasaan negatif berakhir apabila saya ditanya oleh seorang pensyarah yang pernah mengajar saya di Diploma untuk bertugas di sebuah NGO iaitu International Association for Human Values (IAHV).
Untuk pengetahuan, IAHV merupakan sebuah badan bukan kerajaan yang menekankan kebajikan masyarakat. Organisasi ini berskala global dan menghulurkan bantuan kepada ramai orang yang memerlukan seperti mangsa-mangsa bencana alam. Tetapi misi utama IAHV adalah untuk memupuk semangat kemanusiaan dan menggalakkan keharmonian dalam sebuah masyarakat yang aman dan bebas dari keganasan. Diasaskan oleh Sri Sri Ravi Shankar, seorang Guru yang bijaksana, IAHV menawarkan program yang menarik untuk membantu melawan tekanan dan menyemai nilai kepinpinan dalam diri setiap insan.
Dengan bantuan pengsyarah saya, saya telah pun diterima untuk bertugas di IAHV untuk tempoh 13 minggu. Seterusnya, saya akan dinilai berdasarkan apa yang saya kerjakan dan berdasarkan nilai-nilai yang saya tunjuk sepanjang tempoh 3 bulan itu. Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada IAHV Malaysia dan pensyarah saya kerana memberikan saya peluang untuk berkerja di sana .
oh ya, kepada anda yang berada di Penang, anda juga boleh klick di sini untuk mengetahui tentang program IAHV yang bakal dianjurkan di sana.

19 September, 2014
Go; Sebuah permainan intelektual
Pelihara Tradisi, Teggakkan Identity
Apa khabar kepada semua pembaca sekalian? Sedar tidak sedar, sudah lebih kurang dua bulan saya tidak menulis apa-apa yang baharu di sini. Oh, segmen ini juga agak lama saya tinggalkan tanpa apa-apa pembaharuan. Saya masih ingat lagi entri terakhir segmen ini berkaitan dengan violin China iaitu Erhu. Tetapi kali ini, saya akan memperkenalkan benda lain pulak. Sebelum bercerita dengan lebih lanjut, benda ini dikatakan sudah wujud kira-kira 4000 tahun dahulu, berasal dari Tanah Besar China. Ianya bukan alat muzik tetapi ia merupakan sejenis hiburan juga, seperti Congkak. Tetapi concep dan permainannya tidak seperti conkak. Ia memerlukan strategi dan taktik seperti catur, tetapi tidak juga dimainkan seperti mana permainan catur. Permainan ini dipanggil Go. Dalam bahasa Cina, ianya dipanggil Wei Qi. Dalam Bahasa Korea, ianya dipanggil Baduk. Dan Dalam bahasa Jepun, ianya dipanggil Igo.
Permainan ini dikatakan berasal dari seorang raja yang mahu menjinakkan puteranya yang sangat nakal dan gemar bermain di luar istana. Ada juga lagenda yang menyatakan bahawa permainan ini berasal dari dewa-dewa di langit. Walau bagaimanapun, Go sudah pun mula dimainkan oleh masyarakat biasa pada zaman dahulu dengan tujuan hiburan dan/atau perjudian, hinggalah golongan bangsawan dan pemerintah / atasan di istana diraja. Pada zaman sekarang, Go sudah menjadi salah satu permainan intelektual.
Di Malaysia, permainan ini tidaklah terkenal seperti mana Catur dan Congkak. Begitu juga di negara Barat seperti negara Eropah, Negara AS, Timur Tengah dan benua-benua lain. Tetapi badan-badan berskala global sudah pun ditubuhkan. Di Malaysia sendiri, kita juga mempunyai persatuan Go yang tersendiri. Persatuan ini telah ditubuhkan pada tahun 2003, dan dinamakan Malaysia Weiqi Association (MWA).
Okay, berbalik kepada infomasi umum permainan ini. Mulakan dengan peralatannya. Untuk bermain Go, kita memerlukan Papan, batu dan Mangkuk. Papan harus mempunyai garisan melintang dan menegak membentuk petak-petak empat segi sama ada 9 kali 9, 13 kali 13 atau 19 kali 19. Batu-batu pula berbentuk seperti piring dan seragam saiznya, dan hanya mempunyai warna hitam atau putih sahaja. Sementara mangkuk itu pula adalah untuk mengisi batu batu tersebut. Satu mangkuk hanya untuk satu warna sahaja. Semasa permainan, batu-batu ini akan diposisikan di atas titik pertembungan antara garis melintang dan menegak. Ini bermakna batu-batu ini tidak ditempatkan dalam kotak tetapi di atas garisan. Seperti Catur dan Congkak, permainan ini melibatkan 2 orang sahaja dan kedua-dua permain akan menempatkan satu batu dalam satu giliran di atas papan. Proses ini akan berulang sehinggalah kedua-dua permain bersetuju bahawa permainan ini sudah tamat dengan memberikan giliran kepada pihak lawan, atau lebih dikenali sebagai "Pass".
Hmm, mungkin anda tertanya-tanya, bagaimana permainan yang sebegini memerlukan strategy dan pemikiran, sedangkan ianya hanyalah satu permainan yang meletakan batu di atas papan. Bunyi pun semacam bosan. Sebenarnya, seperti Catur dan Conkak, permainan go mempunyai motif dan objektifnya. Dalam Catur, kita harus mematikan Raja, sementara Congkak pula adalah untuk memaksimumkan bilangan batu dalam rumah kita. Dalam Go, kita harus memaksimumkan keluasan tanah jajahan kita di atas Papan. Ini bererti permain yang menang haruslah mempunyai tanah jajahan yang lebih luas berbanding pihak lawan. Pada masa yang sama, kita juga boleh memerangkap batu pihak musuh dan menjadikan batu-batu itu tawanan kita. Secara singkatnya, kita boleh makan buah / batu pihak musuh kita dengan mengeluarkan mereka dari gelangang/papan sementara kita meperluas dan memburu kawasan jajahan yang baru. Gayanya ada sedikit macam dam Apit, cuma cara dan peraturannya membezakan kedua-dua permainan ini. Sesetengah pihak termasuk permain catur terkemuka pernah menyatakan bahawa permainan ini adalah antara BoardGame yang paling kompleks memandangkan permainan ini mempunyai probability yang tinggi. Jadi, tidaklah keterlaluan jika kita katakan bahawa permainan ini memerlukan strategi dan perancangan yang baik untuk menang!
Kerumitan permainan ini juga terbukti apabila pakar penulis program komputer sehingga hari ini masih tidak dapat menghasilkan satu software yang dapat menandingi permain-permain bertaraf dunia seperti mana deep blue dalam permainan Catur. Tidak seperti minda manusia yang boleh bertindak secara spontan dan mengatur langkah seterusnya tanpa diprogram, sebuah software harus dilengkapi dengan arahan bagi setiap tindakan. Ini juga bererti tindakan yang diambil oleh komputer tidak akan lari daripada apa yang diprogram. Memandangkan kemungkinan dalam Go bergitu banyak sekali, maka arahan yang harus diprogramkan dalam software Go akan menjadi berkali ganda jika dibandingkan dengan Catur. Ini belum termasuk dengan pemilihan langkah yang paling baik untuk giliran yang seterusnya. Semua ini menyukarkan lagi penghasilan software yang kuat dalam masa terdekat. Namun begitu, usaha-usaha ke arah menghasilkan software yang terbaik sudah bermula beberapa tahun dan usaha-usaha ini tidak akan berhenti sekerat jalan.
Bersambung lagi~~

06 Julai, 2014
Steps and elements of a new media plan
Hello people, so, I guess this is my very last blog entry for PR and New Media subject. And the video above is me, (how embarrassing). Actually it is a discussion on the steps and elements of a good new media plan. In the video (in case you haven’t watch), I talk about the steps on how to come out with a successful plan. And I guess it can be consider as elements too. But the video has missed out another part which is the implementation. So, here comes the writing
In the research stage, the planner should first have sufficient knowledge and information, including the medium use, the trend and pattern of internal and external audience. Let us take Carl’s JR Malaysia as example (since it is the one that assigned to my assignment group). This means that Carl’s JR should know which new media channels that is suitable to use. To be more specific, since YouTube is a video based platform, Carl’s JR can fully use to show the picture of their foods and restaurant environment with a good music and voice. Even so, the production cost may be very expensive while Carl’s JR is still concentrated to a small region in Malaysia, and it is not that economic in its current status. Therefore, YouTube is Perhaps not a good medium. Next is information regarding the audience. Here, Carl’s JR should have knowledge on what the audience’s (external) expectation on what should appears on the medium. As for the internal audience (stakeholders), Carl’s JR should consider how the new media making their staff’s life easier.
In the objective setting process, the achievement of the new media must be able to be measured. Which means that Carl’s JR should have set a systematic mechanism to judge whether the implementation this plan is a success or failure. The mechanism can be anything that shows comparison and figure (e.g. the view, the likes, the shares, the revenue record, etc.). The set objective at the same time should be logic and very clear and precise. This means that Carl’s JR should put a goal such as “to have one Carl’s JR restaurant in major cities in peninsular Malaysia in 2017 by encouraging citizens there to subscribe as franchisee” rather than just say that “Carl’s JR wants to have several restaurant around Malaysia”.
In the Activity, or the action stage, Carl’s JR should come out with new media that is not far from the research data and the set objective. By taking the “franchisee” example in the above paragraph, Carl’s JR should make its official site to include information such as “how to be a good restaurant manager” to the registered visitors who really wish to become a part of its business. The last two which is the measurement and the evaluation is much related. Carl’s JR will organize all the figures and compared it to judge the plan. Well, that’s all from me! See you again in another entry!!
Langgan:
Catatan (Atom)