Pelihara Tradisi, Tegakkan Identity.
Dalam tulisan kali ini, saya akan menyambung cerita tentang Go, sebuah sukan minda yang sudah saya tulis sekiaan lama dahulu. DI atas medan perang bertitik 361 itu, anda bukan sahaja mempunyai motif utama iaitu mengepung musuh dan membentuk tanah jajahan tetapi juga memusnahkan strategi penjajahan pihak lawan. Apa yang anda perlu adalah meneliti setuasi di atas papan secara menyeluruh sebelum meletakkan batu anda sendiri. Ops, mungkin Benih lebih sedip di dengar jika dibandingkan dengan batu.
Untuk pengetahuan, sekali kita melepaskan benih kita daripada sentuhan maka, benih itu akan berposisi di situ sehinggalah permainan itu tamat. Namun, benih itu boleh dikeluarkan daripada papan jika ia ditawan. Cara untuk menawan benih adalah dengan mengisi semua tempat kosong yang berada di sekeliling benih tersebut. Tempat kosong ini diistilahkan sebagai "liberty" dan dipanggil "Chi" dalam Bahasa Manderin. Dalam tulisan ini, saya akan menggunakan istilah Nafas untuk mewakili tempat kosong tersebut.
Sebelum memulakan permainan Go, kita harus memberi hormat kepada pihak lawan kita dengan menundukkan kepala. Seterusnya, process untuk menentukan siapa yang memulakan langkah yang pertama pun bermula. Proses ini bermula dengan salah seorang mengengam benih putih dan ditempatkan di atas papan tanpa dilihat oleh pihak lawan tentang bilangannya. Permain yang seorang lagi pun perlu meneka dengan mengam satu (ganjil) atau dua (genap) benih hitam untuk meneka sama ada benih putih yang berada dalam gengaman itu bernombor genap atau ganjil. Sekiranya tekaannya tepat, maka dia akan mendapat giliran yang pertama (menggunakan benih hitam). Selain ditawarkan gilaran pertama, pihak yang tepat meneka itu juga diberikan pilihan untuk menggunakan benih putih jika dia tidak mahu menggunakan benih hitam (gilaran pertama). Namun, keadaan ini jarang sekali dipraktikkan. Seterusnya, kedua-dua permain akan menempatkan satu benih dalam satu giliran sehinggalah kedua-dua pihak memberikan giliran (pass) mereka kepada pihak lawan. Permainan pun tamat dan process kira kira pun berlaku. Setelah kedua-dua pihak menyetujui dan berpuas hati dengan kiraan yang diputuskan, maka pihak yang menang akan diistiharkan.
Untuk menentukan pemenang, kita akan mengira berapa tempat kosong yang dijajah dan berapa benih yang ditawan, dan seterusnya membandingkan markah yang telah diperoleh kedua-dua pihak. Pihak yang mempunyai markah yang lebih banyak dikira sebagai pemenang.
Memandangkan sesiapa yang memiliki gilaran pertama (bermain sebagai Benih hitam) mempunyai kebaikan yang lumayan, maka sesiapa yang memiliki benih putih akan mendapat markah ganti rugi sebanyak 5.5 sehinggalah 8.5, bergantung kepada peraturan dan saiz papan. Markah ganti rugi ini tidak digunakan pada zaman dahulu tetapi ramai permain profesional cenderung untuk menang dengan menggunakan benih hitam. Untuk menyelasaikan masalah ini, peraturan Go pun diubah dari semasa ke semasa sehinggalah apa yang kita gunakan hari ini.
Berbalik kepada process menawan benih. sekiranya terdapat satu benih ditempatkan di tengah tengah papan 3 kali 3 atau berkoordinasi (2,2), maka benih itu akan mempunyai 4 nafas iaitu petak yang berada di timur, barat, Utara dan selatannya (koordinasi 1.2, 2.1, 3.2 dan 2.3).
Secara ringkasnya, nafas ini merupakan tempat kosong bersebelahan dengan benih. Tempat kosong ini tidak termasuk benih yang terletak di posisi diagonal. Hanya benih yang berkedudukan rurus atau melingtang bersebelahan dengan mangsa tawaran diambil kira. Satu atau sekumpulan benih akan dikira mati / ditawan ababila kesemua nafas telah diisi pihak musuh.
Dalam tulisan yang akan datang, kita akan melihat tentang kumpulan hidup atau mati. Bersambung lagi.
(Sekadar Berkongsi)
Logam akan berkarat kerana logam tidaklah sempurna. Tetapi, karat boleh dibuang dan logam boleh menjadi meja! Itulah manusia biasa!
07 Februari, 2015
02 Februari, 2015
Agama Selepas tapisan Golongan Bijaksana
Kepercayaan kepada Tuhan.
Berdasarkan makna dan susunannya dalam Rukun Negara, adalah logik jika kita mengtafsirkan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang sangat mementingkan kepercayaan dan didikan agama. Kewujudan agama adalah untuk mendisiplinkan manusia agar mereka bertindak mengikut batasan yang sudah ditentukan. Dalam semua Agama (tidak boleh dikelirukan dengan kepercayaan dan ajaran), Tuhan mempunyai kuasa yang paling agung (i.e. pencipta alam dan mempunyai kuasa ke atas segala-galanya). Tidaklah hairan jika manusia bergantung kepada-Nya apabila segala masalah yang sedang dihadapi tidak dapat diselesaikan dengan hanya menggunakan kebijaksanaan akal fikiran. Realitynya, Agama bukan sahaja berfungsi sebagai sebuah peraturan sejagat dan tempat orang bergantung (secara psicologi), tetapi sebuah alat yang effektif untuk memadukan manusia sejagat. Perpaduan ini dicapai kerana sistem sosial bersifat hairarki tidak boleh menjalankan fungsinya dengan sempurna memandangkan agama mendidik manusia tentang kesaksamaan.
Walaupun begitu, manusia terbukti gagal memahami inti pati ajaran agama dalam bentuknya yang paling mudah, sebaliknya mengkomplikasikan apa yang dipelajari, dan seterusnya menjadi sesat dan berperangai seperti mereka yang tidak beragama. Secara logiknya, seseorang yang berpegang kuat kepada didikan agama adalah seseorang yang mulia. Mereka mematuhi apa yang diperintahkan dan menghindari apa yang dibataskan. Tetapi bukan semua ilmuwan ini jelas dengan apa yang diperkatakan oleh kitab suci agama masing-masing dan sekali gus menyebarkan kefahaman mereka yang kononnya benar itu. Dalam teori kommunikasi, oleh Lazarsfeld (1948), pendapat dan pendirian seseorang lebih cenderung untuk diubah oleh mereka yang mempunyai keyakinan masyarakat atau kepakaran / status social/ nama baik / pengalaman tertentu. Golongan ini dipangil 'Opinion Leader' atau diterjemahkan sebagai peminpin pendapat. Golongan ini kerap bersifat aktif dalam pengumpulan informasi dan ini menjadikan mereka sengat berpengaruh kerana dipercayai atas ilmu atau pendapat yang mereka miliki. Dengan pengaruh ini, mereka selaku pendengar yang sudah yakin dengan peminpin pendapat mereka akan mengambil apa sahaja yang dihujahkan tanpa berfikir secara kritikal. Tambahan pula, mereka juga berpendapat hujah peminpin yang kononnya bernas itu tidak boleh dicabar hanya kerana golongan ini dihanggap boleh dipercayai atas sebab-sebab tertentu.
Dalam soal agama pula, tiada sesiapa pun yang boleh mempersoalkan kebenaran yang dibentangkan. Menyedari hal ini, para ilmuan sering merujuk kepada kitab suci apabila disoal dan dipangil untuk memberi penerangan agar hujah mereka tidak dapat dicabar atau dipersoalkan walaupun kadangkalanya intepritasi mereka sendiri itu tidaklah sempurna atau tidak bersifat keseluruhan. Dengan mempunyai pendengar yang kurang kritikal, keadaan ini bertambah parah kerana segala yang diperkatakan itu diterima bulat-bulat tanpa sebarang persoalan. Lebih teruk lagi apabila mereka mula menjadikan pendapat itu sebagai asas atau piawai kepada suatu kebenaran. Maka, reaksi percanggahan kognitif (cognitive dissonance) pun berlaku apabila golongan ini menerima sesuatu yang baru yang tidak sepadu dengan 'mind-set' mereka. Percangahan Kognitif merupakan riaksi negatif yang ditunjukkan oleh seseorang keatas sesuatu yang bercanggah dengan pendirian mantal. Dalam pengaruh keadaan ini, seseorang akan menolak atau mengubahsuai pandangan yang bercanggah itu kepada sesuatu yang boleh diterima mereka sahaja. Secara ringkasnya, golongan 'opinion follower' atau pengikut pendapat ini akan melimitasikan akal fikiran mereka kepada hujah atau pendirian yang sudah dibina oleh golongan peminpin pendapat yang diyakini itu. Tetapi persoalannya, adakah seseorang yang kurang berilmu dalam soaal agama mampu berfikir secara kritikal dan menghasilkan pendapat mereka yang tersendiri?
Secara teorinya, mereka yang kritikal akan memilih untuk mendiamkan diri apabila masyarakat sekeliling juga menyetujui atau mengadaptasikan hujah peminpin pendapat itu. Fenomena ini sudah pun diterangkan dalam teori 'Spiral of Silance' oleh Elisabeth Noelle-Neumann (1974), dimana seseorang akan memilih untuk mendiamkan diri apabila mereka berpotensi untuk dipingirkan kerana ketidaksamaan mereka dari segi pandangan mahupun pendirian. Bagi setiap individu yang tidak menyetujui pandangan yang dibentangkan oleh peminpin pendapat, mereka akan berfikir bahawa mereka ini akan dipinggilkan jika mereka bersifat vokal dengan pandangan sendiri. Kesannya, mereka memilih untuk mendiamkan diri demi kebaikan mereka sendiri. Keadaan ini juga tidak beberapa memberansangkan kerana pertamanya, mereka yang bersifat nutral akan lebih mudah dipengaruhi kerana tiadanya pandangan alternatif; dan keduanya, individu lain yang juga tidak menyetujui pandangan tersebut tidak menyedari bahawa ada juga pihak yang lain berkongsi fikiran seperti mana mereka sendiri. Walaupun hujah peminpin pendapat itu bersifat kurang tepat, tetapi hujah ini akan dikaitkan dengan nama "kebenaran" dalam jangka masa yang panjang. Namun, sekiranya pihak ini meluahkan pandangan alternative, maka konflik akan berlaku sama ada dalam skala yang kecil atau besar.
Melalui fenomena yang saya gambarkan di atas, salah satu impak terakhir yang mungkin berlaku adalah golongan ilmuan ini akan terus menjadi pujaan dan dipuji dan dimuliakan. Mereka akan mempunyai lebih ramai pengikut dan pendengar. Sekiranya wujudn dua ilmuan yang sama hebat dan berpengaruh tetapi mempunyai intepretasi yang berbeza maka, konflik akan berlaku walaupun kedua-dua mereka berkongsi agama yang sama ajarannya. Maka kemungkinan untuk mempunyai sub-aliran dalam sesebuah agama akan menjadi lebih tinggi. Keadaan ini juga sangat ironik kerana soal Agama yang sudah menjadi kepakaran mereka mengalakan perpaduan, tetapi perpecahan yang berlaku jua.
Sesungguhnya, tafsiran yang kurang tepat tentang makna sebenar kitab Suci sesebuah Agama boleh membawa implikasi yang sangat teruk, apatah lagi sekiranya inti pati kitab suci itu diputarbelit demi kepentingan tertentu. Walau bagaimana pun, ini hanyalah pandangan saya semata-mata. Ia tidak semestinya tepat dan jauh sekali untuk dipercayai seratus per ratus. Tetapi saya masih berharap tulisan ini memberi makna kepada semua pembaca.
(Sekadar berkongsi)

Langgan:
Catatan (Atom)