22 Januari, 2015

Internship di semesta ketiga

ah, sudah lama saya tidak mengperbaharu bahan bacaan di blog ini.  Mungkin dah jadi semakin malas dah ni.  hahaha.  Okay, berbalik kepada tajuk entry ini.  Baru-baru ini, saya sudah menamatkan peperiksaan semesta ke dua saya dan kini sedang berada dalam semesta ke tiga, mengambil subject industrial attachment, atau lebih dikenali sebagai "internship".  Saya sangat bersyukur kerana saya ditempatkan di sebuah NGO yang saya sudah kenal.  Ini memudahkan lagi kerja saya memandangkan supervisor yang akang mengawasi saya itu sudah saya kenal.  

Semasa mula masuk ke peringkat degree lagi, saya sudah risau tentang subjek ini.  Pertamanya, saya tidak mempunyai keyakinan yang tinggi untuk melaksanaakan kerja yang bakal saya terima.  Keduanya, saya masih tidak pandai menggunakan kemudahan pengangkutan awam.  er, agaknya sedikit memalukan memandangkan diri ini sudah hidup lebih daripada dua dekat.  Yang ketiga, saya tidak yakin saya akan diterima oleh mana-mana syarikat dan organisasi/institusi, memandangkan keadaan penglihatan saya yang serba kekurangan ini akan menghadkan perkara-perkara yang saya dapat lakukan. 

Sehari berganti sehari dan sebulan berganti sebulan.  Hari yang dinanti-nanti pun tiba.  Mahu tidak mahu, saya harus memberanikan dan meyakinkan diri kerana saya tahu kisah perjalanan hidup saya akan lebih banyak fokus kepada kerjaya.  Jadi, saya harus menjadikan pengalaman ini pengalaman yang terbaik untuk menempuh dunia pekerjaan nanti.  Akhirnya, segala perasaan negatif berakhir apabila saya ditanya oleh seorang pensyarah yang pernah mengajar saya di Diploma untuk bertugas di sebuah NGO iaitu International Association for Human Values (IAHV). 

Untuk pengetahuan, IAHV merupakan sebuah badan bukan kerajaan yang menekankan kebajikan masyarakat.  Organisasi ini berskala global dan menghulurkan bantuan kepada ramai orang yang memerlukan seperti mangsa-mangsa bencana alam.  Tetapi misi utama IAHV adalah untuk memupuk semangat kemanusiaan dan menggalakkan keharmonian dalam sebuah masyarakat yang aman dan bebas dari keganasan.  Diasaskan oleh Sri Sri Ravi Shankar, seorang Guru yang bijaksana, IAHV menawarkan program yang menarik untuk membantu melawan tekanan dan menyemai nilai kepinpinan dalam diri setiap insan. 

Dengan bantuan pengsyarah saya, saya telah pun diterima untuk bertugas di IAHV untuk tempoh 13 minggu.  Seterusnya, saya akan dinilai berdasarkan apa yang saya kerjakan dan berdasarkan nilai-nilai yang saya tunjuk sepanjang tempoh 3 bulan itu.  Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada IAHV Malaysia dan pensyarah saya kerana memberikan saya peluang untuk berkerja di sana .  

oh ya, kepada anda yang berada di Penang, anda juga boleh klick di sini untuk mengetahui tentang program IAHV yang bakal dianjurkan di sana.

(Sekadar berkongsi)

1 ulasan: