27 Januari, 2015

Keberinian

"Keberanian bukanlah ketiadaan perasaan takut tetapi memilih untuk berhadapan walaupun berada dalam ketakutan" 

Pada minggu yang lalu, seperti biasa saya menonton drama Korea di rumah.  jika tidak silap, drama itu bertajuk "Good Doctor", yang mengisahkan seorang anak yang mempunyai penyakit autisma mencapai kejayaan dan menjadi lebih matang dengan melalui manis pahit kehidupan.  Apa yang menarik, watak utama itu mempunyai persamaan seperti saya, kerana mereka yang mempunyai penyakit autisma dipandang dan dilayan seperti mana orang kelainan upaya.  Kebolehan mereka dipandang remeh hanya kerana mereka ini seakan-akan tidak berdaya. 

Dalam kisah itu, watak utama sering didera ayahnya kerana berasa malu dan benci dengan kemunculannya dalam keluarga.  Malah, ibunya juga sering dipukul kerana dituduh membawa kecelakaan kepada keluarga.  Watak tersebut bernasib baik kerana mempunyai seorang abang yang sentiasa bersamanya tidak kira apa yang berlaku.   namun, abangnya itu tidak hidup lama.  setelah abangnya meninggal dunia, keluarga itu hancur begitu sahaja.  Ayahnya hilang entah ke mana sementara ibunya pula terpaksa meninggalkannya atas alasan yang tidak saya pasti. 

Mulai hari itu, watak utama itu telah dijaga oleh seorang doktor yang berasa simpati dengannya.  Mengenali kebolehan istimewa watak utama tersebut, doktor itu pun mendidiknya dengan ilmu perubatan.  Setahun demi setahun berlalu dan akhirnya, watak utama pun lulus menjadi seorang doktor.  Pada mulanya kebolehan watak utama diragui oleh rakan sekerja dan majikannya.  Tetapi setelah usaha demi usaha, akhirnya dia diterima dan bersosial dengan orang lain.  Namun begitu, pengalaman pahit yang pernah dilaluinya masih meninggalkan kesan psikologi yang mendalam.  Kesannya, watak utama itu tidak  dapat mengcapai potensi yang terbaik selain menjadikan beliau kurang yakin dengan kebolehan dirinya sendiri.  keadaan ini bertambah teruk apabila ayah yang sangat digeruninya datang ke hospital tempat kerjanya untuk meminta wang memandangkan dia sudah menjadi seorang doktor yang semestinya bergaji tinggi.  Katakutan yang dialami watak utama bukan sebarang ketakutan apabila dia pengsan tidak menyedarkan diri setelah kali pertama bertemu dengan ayahnya yang sudah terpisah sekian lama.  Walaupun seakan-akan berlagak tidak takut pada sebutan mulut, dia sebenarnya tidak berani walaupun memandang ayahnya. 

maka lahirlah definisi keberinian dari majikannya yang berbunyi seperti di atas untuk membantu watak utama mengatasi trouma yang sudah sekian lama dialaminya.  Sejujur-jujurnya, saya juga berpendapat bahawa keberinian adalah suatu perasaan tanpa sebarang rasa ketakutan dan keraguan.  Tidak walau sedikit pun.  Tetapi bak kata watak itu, seseorang tidak dikatakan berani kerana dia tidak berasa takut.  Sebaliknya keberanian yang sebenar adalah kesanggupan untuk berdepan dengan ketakutan tidak kira sehebat mana ketakutan tersebut.  Apabila kita tidak berasa takut, kita secara langsungnya tidak mempunyai masalah dengan orang atau perkara yang kita hadapi.  Ketiadaan "masalah" ini tidak boleh dikaitkan dengan keberanian kerana kita sudah pun menghanggap perkara ini sesuatu yang biasa.  Sebagai contoh, seseorang yang tidak pernah takut kepada ular berbisa tidak berdepan dengan tekanan atau sebarang masalah memandangkan ular berbisa itu tidak dapat memberi sebarang tekanan mental kepadanya.  Baginya, terserempak dengan ular berbisa adalah seperti mana kita terjumpa kucing di tepi jalan sahaja.  Atas alasan dan contoh ini, keberinaan tidak pernah wujud dalam diri individu tersebut.  Bagi mereka yang takut kepada Ular berbisa, individu itu akan dipandang berani kerana dia berjaya mengatasi apa yang ditakut oleh mereka sendiri.  Oleh yang demikian, keberinian pun ditafsir suatu keadaan di mana ketakutan tidak pernah dirasaai oleh diri mereka sendiri. 

Cuba anda bayangkan sekiranya  seseorang itu nekat untuk berhadapan dengan katakutannya sendiri, tidakkah dia itu seorang yang berani?  Itulah inti pati yang saya peroleh daripada drama tersebut.  Sebanarnya, terdapat banyak lagi nilai dan pengajaran yang kita boleh peroleh daripada drama tersebut mahupun dalam kisah kisah yang tertulis dalam novel atau disiarkan di radio dan TV.  Nilai dan pengajaran ini kadang-kalanya memainkan peranan effectif sebagai seorang guru dalam subjek "pengalaman hidup". 

(Sekadar Berkongsi)

22 Januari, 2015

Erhu : Alat Muzik yang Bersaudara-mara

Pelihara Tradisi, Teggakkan Identity

Tahukah anda bahawa erhu mempunyai beberapa saudara seperti mana violin? Dalam sebuah orchestra, kategori String  instrument sahaja sudah mempunyai 4 jenis alat music yang berbeza iaitu violin, viola, cello dan double bass untuk menghasilkan kombinasi harmonik yang memukau telinga.  Dalam orchestra Cina pula, kita akan mempunyai erhu, zhong hu, Gaohu dan kadang kalanya banhu, jinghu dan beberapa alat yang lain (i.e. bergantung kepada music yang akan dimainkan).  Apa yang membezakan "hu " ini adalah kenyaringannya.  Gaohu mempunyai key yang jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan erhu.  Zhonghu pula jauh lebih rendah berbanding erhu.  Jadi, alat alat ini akan dapat menghasilkan kombinasi yang menarik apabila dimainkan bersama. 

Saya sendiri tidak beberapa pandai bermain gaohu dan zhonghu kerana teknik bermain alat alat ini berbeza.  Sebagai contoh, Zhonghu memerlukan tenaga yang lebih kuat untuk menghasilkan nada yang stabil.  Gaohu pula memerlukan tenaga yang sedikit tetapi tegas untuk mengekalkan kejelasan bunyi.  Kedua-dua alat memerlukan kecekapan yang tertentu untuk memanipulasi tenaga tangan kanan kita untuk menghasilkan output yang terbaik.  Tidak sama seperti Erhu, Zhonghu mempunyai nada yang dalam dan sangat sesuai untuk memainkan lagu yang bernada sedih.  Malah, bunyi yang dihasilkan seperti menangis bak kata cikgu saya.  Peti bunyinya pula lebih besar saiznya.  Ini bermakna ia menggunakan kulat ular sawa yang lebih besar.  Selalunya, alat ini lebih berat dan talinya juga lebih tebal.  Gaohu pula mempunyai nada yang tinggi dan bunyinya mirip violin.  nadanya lebih tajam dan jelas; dan ini menjadikannya sengat sukar untuk melindung sebarang kesilapan semasa bermain.  Peti bunyinya lebih kecil dan saya percaya talinya juga lebih nipis.  Kedua-dua alat ini (zhonghu dan gaohu) akan dilaras pada "tune" asas pada D (Tali luar) dan G (Tali dalam).  Banhu pula tidak menggunakan kulat sawa seperti mana erhu, gaohu dan zhonghu.  sebaliknya, ia dihasilkan menggunakan kayu dan papan.  "tune" asasnya sama seperti erhu iaitu menggunakan note A (tali luar) dan D (tali dalam) dan bunyinya lebih tajam dan nyaring jika dibandingkan dengan gaohu.  Seperti Gaohu, alat ini sukar dikawal bunyinya.  Fizikalnya pula lebih pendek jika dibandingkan dengan erhu, zhonghu dan Gaohu.  Malah, busur yang digunakan juga berbeza. 

Kesemua "hu" yang saya nyatakan tadi pernah saya main tetapi bukan jinghu dan yang lain-lain memandangkan bilik muzik di kolej tidak mempunyai alat alat tersebut.  Jika ada peluang, saya akan tangkap beberapa gambar alat ini untuk tatapan bersama:)

(Sekadar Berkongsi)

Internship di semesta ketiga

ah, sudah lama saya tidak mengperbaharu bahan bacaan di blog ini.  Mungkin dah jadi semakin malas dah ni.  hahaha.  Okay, berbalik kepada tajuk entry ini.  Baru-baru ini, saya sudah menamatkan peperiksaan semesta ke dua saya dan kini sedang berada dalam semesta ke tiga, mengambil subject industrial attachment, atau lebih dikenali sebagai "internship".  Saya sangat bersyukur kerana saya ditempatkan di sebuah NGO yang saya sudah kenal.  Ini memudahkan lagi kerja saya memandangkan supervisor yang akang mengawasi saya itu sudah saya kenal.  

Semasa mula masuk ke peringkat degree lagi, saya sudah risau tentang subjek ini.  Pertamanya, saya tidak mempunyai keyakinan yang tinggi untuk melaksanaakan kerja yang bakal saya terima.  Keduanya, saya masih tidak pandai menggunakan kemudahan pengangkutan awam.  er, agaknya sedikit memalukan memandangkan diri ini sudah hidup lebih daripada dua dekat.  Yang ketiga, saya tidak yakin saya akan diterima oleh mana-mana syarikat dan organisasi/institusi, memandangkan keadaan penglihatan saya yang serba kekurangan ini akan menghadkan perkara-perkara yang saya dapat lakukan. 

Sehari berganti sehari dan sebulan berganti sebulan.  Hari yang dinanti-nanti pun tiba.  Mahu tidak mahu, saya harus memberanikan dan meyakinkan diri kerana saya tahu kisah perjalanan hidup saya akan lebih banyak fokus kepada kerjaya.  Jadi, saya harus menjadikan pengalaman ini pengalaman yang terbaik untuk menempuh dunia pekerjaan nanti.  Akhirnya, segala perasaan negatif berakhir apabila saya ditanya oleh seorang pensyarah yang pernah mengajar saya di Diploma untuk bertugas di sebuah NGO iaitu International Association for Human Values (IAHV). 

Untuk pengetahuan, IAHV merupakan sebuah badan bukan kerajaan yang menekankan kebajikan masyarakat.  Organisasi ini berskala global dan menghulurkan bantuan kepada ramai orang yang memerlukan seperti mangsa-mangsa bencana alam.  Tetapi misi utama IAHV adalah untuk memupuk semangat kemanusiaan dan menggalakkan keharmonian dalam sebuah masyarakat yang aman dan bebas dari keganasan.  Diasaskan oleh Sri Sri Ravi Shankar, seorang Guru yang bijaksana, IAHV menawarkan program yang menarik untuk membantu melawan tekanan dan menyemai nilai kepinpinan dalam diri setiap insan. 

Dengan bantuan pengsyarah saya, saya telah pun diterima untuk bertugas di IAHV untuk tempoh 13 minggu.  Seterusnya, saya akan dinilai berdasarkan apa yang saya kerjakan dan berdasarkan nilai-nilai yang saya tunjuk sepanjang tempoh 3 bulan itu.  Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada IAHV Malaysia dan pensyarah saya kerana memberikan saya peluang untuk berkerja di sana .  

oh ya, kepada anda yang berada di Penang, anda juga boleh klick di sini untuk mengetahui tentang program IAHV yang bakal dianjurkan di sana.

(Sekadar berkongsi)