Pelihara Tradisi, Teggakkan Identity
Apa khabar kepada semua pembaca sekalian? Sedar tidak sedar, sudah lebih kurang dua bulan saya tidak menulis apa-apa yang baharu di sini. Oh, segmen ini juga agak lama saya tinggalkan tanpa apa-apa pembaharuan. Saya masih ingat lagi entri terakhir segmen ini berkaitan dengan violin China iaitu Erhu. Tetapi kali ini, saya akan memperkenalkan benda lain pulak. Sebelum bercerita dengan lebih lanjut, benda ini dikatakan sudah wujud kira-kira 4000 tahun dahulu, berasal dari Tanah Besar China. Ianya bukan alat muzik tetapi ia merupakan sejenis hiburan juga, seperti Congkak. Tetapi concep dan permainannya tidak seperti conkak. Ia memerlukan strategi dan taktik seperti catur, tetapi tidak juga dimainkan seperti mana permainan catur. Permainan ini dipanggil Go. Dalam bahasa Cina, ianya dipanggil Wei Qi. Dalam Bahasa Korea, ianya dipanggil Baduk. Dan Dalam bahasa Jepun, ianya dipanggil Igo.
Permainan ini dikatakan berasal dari seorang raja yang mahu menjinakkan puteranya yang sangat nakal dan gemar bermain di luar istana. Ada juga lagenda yang menyatakan bahawa permainan ini berasal dari dewa-dewa di langit. Walau bagaimanapun, Go sudah pun mula dimainkan oleh masyarakat biasa pada zaman dahulu dengan tujuan hiburan dan/atau perjudian, hinggalah golongan bangsawan dan pemerintah / atasan di istana diraja. Pada zaman sekarang, Go sudah menjadi salah satu permainan intelektual.
Di Malaysia, permainan ini tidaklah terkenal seperti mana Catur dan Congkak. Begitu juga di negara Barat seperti negara Eropah, Negara AS, Timur Tengah dan benua-benua lain. Tetapi badan-badan berskala global sudah pun ditubuhkan. Di Malaysia sendiri, kita juga mempunyai persatuan Go yang tersendiri. Persatuan ini telah ditubuhkan pada tahun 2003, dan dinamakan Malaysia Weiqi Association (MWA).
Okay, berbalik kepada infomasi umum permainan ini. Mulakan dengan peralatannya. Untuk bermain Go, kita memerlukan Papan, batu dan Mangkuk. Papan harus mempunyai garisan melintang dan menegak membentuk petak-petak empat segi sama ada 9 kali 9, 13 kali 13 atau 19 kali 19. Batu-batu pula berbentuk seperti piring dan seragam saiznya, dan hanya mempunyai warna hitam atau putih sahaja. Sementara mangkuk itu pula adalah untuk mengisi batu batu tersebut. Satu mangkuk hanya untuk satu warna sahaja. Semasa permainan, batu-batu ini akan diposisikan di atas titik pertembungan antara garis melintang dan menegak. Ini bermakna batu-batu ini tidak ditempatkan dalam kotak tetapi di atas garisan. Seperti Catur dan Congkak, permainan ini melibatkan 2 orang sahaja dan kedua-dua permain akan menempatkan satu batu dalam satu giliran di atas papan. Proses ini akan berulang sehinggalah kedua-dua permain bersetuju bahawa permainan ini sudah tamat dengan memberikan giliran kepada pihak lawan, atau lebih dikenali sebagai "Pass".
Hmm, mungkin anda tertanya-tanya, bagaimana permainan yang sebegini memerlukan strategy dan pemikiran, sedangkan ianya hanyalah satu permainan yang meletakan batu di atas papan. Bunyi pun semacam bosan. Sebenarnya, seperti Catur dan Conkak, permainan go mempunyai motif dan objektifnya. Dalam Catur, kita harus mematikan Raja, sementara Congkak pula adalah untuk memaksimumkan bilangan batu dalam rumah kita. Dalam Go, kita harus memaksimumkan keluasan tanah jajahan kita di atas Papan. Ini bererti permain yang menang haruslah mempunyai tanah jajahan yang lebih luas berbanding pihak lawan. Pada masa yang sama, kita juga boleh memerangkap batu pihak musuh dan menjadikan batu-batu itu tawanan kita. Secara singkatnya, kita boleh makan buah / batu pihak musuh kita dengan mengeluarkan mereka dari gelangang/papan sementara kita meperluas dan memburu kawasan jajahan yang baru. Gayanya ada sedikit macam dam Apit, cuma cara dan peraturannya membezakan kedua-dua permainan ini. Sesetengah pihak termasuk permain catur terkemuka pernah menyatakan bahawa permainan ini adalah antara BoardGame yang paling kompleks memandangkan permainan ini mempunyai probability yang tinggi. Jadi, tidaklah keterlaluan jika kita katakan bahawa permainan ini memerlukan strategi dan perancangan yang baik untuk menang!
Kerumitan permainan ini juga terbukti apabila pakar penulis program komputer sehingga hari ini masih tidak dapat menghasilkan satu software yang dapat menandingi permain-permain bertaraf dunia seperti mana deep blue dalam permainan Catur. Tidak seperti minda manusia yang boleh bertindak secara spontan dan mengatur langkah seterusnya tanpa diprogram, sebuah software harus dilengkapi dengan arahan bagi setiap tindakan. Ini juga bererti tindakan yang diambil oleh komputer tidak akan lari daripada apa yang diprogram. Memandangkan kemungkinan dalam Go bergitu banyak sekali, maka arahan yang harus diprogramkan dalam software Go akan menjadi berkali ganda jika dibandingkan dengan Catur. Ini belum termasuk dengan pemilihan langkah yang paling baik untuk giliran yang seterusnya. Semua ini menyukarkan lagi penghasilan software yang kuat dalam masa terdekat. Namun begitu, usaha-usaha ke arah menghasilkan software yang terbaik sudah bermula beberapa tahun dan usaha-usaha ini tidak akan berhenti sekerat jalan.
Bersambung lagi~~
(Sekadar berkongsi)