Pada 7 hari bulan 8 2010, sebuah ceramah yang berkaitan dengan pidato telah diadakan di (MAB). Melalui ceramah ini, saya telah mendapat satu falsafah baru daripada seorang penceramah yang bernama Hakim. Sebenarnya, falsafah ini bukan isi ceramah tersebut tetapi beliau telah menyelekkan falsafah yang menyatakan “bumi ini bukan diwarisi oleh nenek moyang tetapi kita yang pinjjam bumi daripada cucu cicik kita.” Dalam sesi ceramahnya. Kata-katanya itu telah menarik minat saya untuk berfikir tentang maksudnya secara terperinci.
Berdasarkan huraiannya, walaupun alam sekitar ini seperti telah diwarisi oleh nenek moyang kita tetapi sebenarnya kita sedang menggunakan alam sekitar yang bakaldigunakan anak cucu kita. Dengan ini, konklusi daripada kata-katanya itu adalah kita sedang mengunakan hak orang pada masa depan (pinjam daripada mereka). Merujuk kepada pandangan ini, saya telah merasakan bahawa alam sekitar ini akan terus dipinjam dan dipulang semula sehingga tibanya hari kiamat nanti. Secara umumnya, pinjam ini merupakan suatu perbuatan penggunaan sementara yang melibatkan pihak lain dengan kebenaran empunya. Oleh yang demikian, kita seharusnya memerihara alam sekitar dengan penuh bertanggungjawab agar pemiliknya pada masa hadapan akan memperolehnya seperti mana yang kita terima pada hari ini.
Selalunya, barang yang telah dipinjam akan dipulangkan seperti mana keadaan yang sebelumnya. Dalam soal peminjaman alam sekitar ini terdapat sedikit perbezaan kerana kita tidak tahu bentuk alam sekitar yang akan wujud pada masa hadapan. Sebagai contoh, manusia pada zaman ini membangunkan bangunan pencakar langit yang tidak pernah dibina oleh cucu-cicik mereka. Dengan ini, manusia pada zaman ini tidak mendapat gambaran alam sekitar pada masa hadapan dan mereka akan terus menghanggap perubahan ke arah kemajuan akan membawa kepada kebahagiaan. Mereka yang beradda dalam keghairahan menuju ke alam yang dikatakan lebih bahagia sebenarnya telah menjahanamkan dunia. Adakah ini dikatakan pemulangan semula yang mendatangkan kebahagiaan?
Logam akan berkarat kerana logam tidaklah sempurna. Tetapi, karat boleh dibuang dan logam boleh menjadi meja! Itulah manusia biasa!
27 Ogos, 2010
12 Ogos, 2010
Pengenalan
Selamat datang kepada para pembaca blog “Meja Logam”. Saya berharap saya boleh berkongsi pengalaman atau pandangan saya dengan melalui penulisan di blog ini. Nama saya Tan Ee Beng dan kini masih bersekolah di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Setapak. Untuk pejgetahuan pembaca, saya mempunyai pengetahuan yang cetek tentang teknologi maklumat seperti e-mel, blog, facebook dan sebagainya. Namun, saya telah mendapat pengaruh yang baik daripada saudara Lock Weng Hang iaitu salah seorang kawan saya yang boleh dikatakan seorang yang pintar. Blog ini juga terbina atas bantuan penuh daripadanya. Selain itu. Saya juga mendapat sokongan daripada seorang guru iaitu Cikgu Zakaria, guru Bahasa Melayu saya pada tahun ini. Bagi saya, Cikgu Zakaria seorang gutu yang sentiasa mengikuti peredaran zaman. Atas pendedahanyang beliau dedahkan dalam kelas tentang teknologi maklumat, saya telah bertekat untuk membina e-mel, blog dan perkara-perkara yang boleh saya aplikasi dalam kehidupan.
Disini juga saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Lock Weng Hang dan Cikgu Zakaria yang telah membantu saya secara langsung dan tidak langsung untuk berjinak-jinak dengan teknologi maklumat dan memberikan ilmu serta sokongan positif. Sesungguhnya, saya sangat gembira kerana boleh menulis dengan bebas dengan batasan tertentu dalam suatu ruangan yang tidak memerlukan kertas tetapi dapat dibaca oleh ramai orang. Tambahan pula, saya boleh melihat pandangan orang juga. Pandangan ini boleh diperoleh melalui ruangan komen pembaca.
Semoga dengan kelahiran blog ini boleh menambahkan nikmat kehidupan walaupun dunia ini hanya fana semata-semata.
Disini juga saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Lock Weng Hang dan Cikgu Zakaria yang telah membantu saya secara langsung dan tidak langsung untuk berjinak-jinak dengan teknologi maklumat dan memberikan ilmu serta sokongan positif. Sesungguhnya, saya sangat gembira kerana boleh menulis dengan bebas dengan batasan tertentu dalam suatu ruangan yang tidak memerlukan kertas tetapi dapat dibaca oleh ramai orang. Tambahan pula, saya boleh melihat pandangan orang juga. Pandangan ini boleh diperoleh melalui ruangan komen pembaca.
Semoga dengan kelahiran blog ini boleh menambahkan nikmat kehidupan walaupun dunia ini hanya fana semata-semata.
Langgan:
Catatan (Atom)