19 Januari, 2013

Sedang kita dan mereka; daya dijana hati naluri

Sedang mereka mengejar cita-cita, ada ramai yang sedang tersungkur. Sedang mereka mengejar kejayaan, ada banyak yang sedang menjadi korban. Sedang ramai yang mencari jawapan, lebih banyak persoalan pun lahir. Sedang mereka menbuat perubahan, banyak masalah pun datang.

Tetapi, mereka mahupun kita masih meneruskan jalan yang penuh dengan kesusahan. Masih tidak berhenti mencipta kejayaan demi kejayaan. Masih melakukan sesuatu yang tidak boleh terbayang oleh minda. Kehibatan yang terhasil daripada daya penolak.

Perasaan manusia ini hebat. Kerana perasaan yang berfungsi menjadi penolak, gunung yang tertinggi dapat didaki. Bulan yang jauh dapat dijejaki. Bintang dan planet dikenal pasti. Hebatnya manusia hasil dorongan perasaan hati.

Pertamanya daya dijana kasih sayang. Kerana kasih sayang manusia boleh memijak awan. Kerana kasih sayang sanggup terseksa. Kerana kasih sayang lahirnya berani. Kerana kasih sayang, pendirian kekal utuh walaupun dihakis berulang-ulang.
Keduanya daya didorong kehendak. Kerana kehendak, batu permata yang paling keras dapat dibentuk-bentuk. Kerana kehendak, yang tak mungkin menjadi mungkin. Kerana kehendak, yang tiada dapat diwujudkan. Kerana kehendak, cita-cita yang jauh seakan dekat.
Ketiganya daya dipengaruh ketakutan. Kerana takut, yang bahaya pun menjadi cubaan. Kerana takut, berani muncul mengatasi kemanusiaan. Kerana ketakutan, tidak masuk akal pun direalitikan. Kerana ketakutan, wujudnya kekuatan dan kebijaksanaan.
Keempatnya daya dicipta dendam. Kerana dendam, hilang pertimbangan. Kerana dendam, api yang hangat pun terus ditelan. Kerana dendam, gunung pun tidak mustahil dijulang. Kerana dendam, kasih sayang dijadikan korban.

Itulah hebatnya manusia kerana daya. Itulah hebatnya daya kerana perasaannya.

(Sekadar berkongsi)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan