18 Januari, 2013

Kupasan dari forem

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada para pembaca. Terlebih dahulu, ingin saya ucapkan terima kasih kepada Cikgu Zakaria, bekas guru sejarah dan Bahasa Malaysia saya (masih guru saya) kerana telah berkongsi informasi berkaitan dengan forem Mahasiswa di UUM hujung tahun lalu. Kalau tidak kerana entry itu, nescaya katak bawah tempurung seperti saya ini tidak tahu pun apa yang telah berlaku.

Sebenarnya, tulisan ini juga adanya sedikit kaitan dengan tulisan yang pernah saya kongsikan bersama para pembaca. Tajuknya saya dah pun lupa tapi kandungannya saya ingat. Tulisan itu berkaitan dengan pengunaan perkataan kesyukuran. Dalam sebahagian forum yang disiarkan dalam youtube, saya ada terdengar Sharifah Zohra menggunakan perkataan berbau menghalau seperti "what are you doing in Malaysia?" dan perkataan ini pula disokong dengan alasan yang berpaksikan kesyukuran. Malahan, saya juga ada membaca pandangan orang ramai berkaitan dengan forem tersebut yang juga berpusing di sekitar perkataan kesyukuran. Hendak sekali saya bertanya sekali lagi kepada anda dan diri saya sendiri, apakah itu kesyukuran? Adakah syukur bererti hanya sekadar menghargai pencapaian yang dikecapi sahaja? Membangga-banggakan pencapaian yang sedia ada? Kagum dan terhenti dengan kejayaan lampau? Itukah kesyukuran? Adakah mereka yang berkemahuan adalah mereka yang tidak kenal akan perkataan syukur? Dimanakah sempadan tamak? Dimana sempadan gelojoh? Jauh sekali untuk saya mendefinisikannya. Biarlah anda dan saya mengtakrifkan dalam hati sendiri.

Oh ya, apa yang lagi menarik berkaitan dengan forem itu adalah isu respect dan freedom of voice. Sekali lagi, hendak saya bertanya dimakah sempadan antara horamat dan hak? Dimanak batasan kebebasan bersuara? Di sini, saya hendak juga kongsikan pandangan saya sendiri. Hormat bukan berdasarkan pangkat sekiranya ianya tiada kaitan dengan pangkat. Sebagai contoh, seorang wajib menghormati ibu bapanya, guru-gurunya, saudara-saudara tuanya dan tidak ketinggalan juga saudara-saudara mudanya. Seorang yang berpangkat rendah juga haruslah menghormati yang lebih tinggi pangkatnya. Tetapi sekiranya skop itu berkaitan dengan idea dan bukannya struktul sosial, maka yang muda hormat yang tua tidak harus dibawa masuk campur. Ini kerana kedua-duanya merupakan dua perkara yang berbeza. Satu berkaitan dengan pandangan. Satu lagi berkaitan dengan pangkat sosial. Dari katagori pun sudah jauh beza bukan?

Di sini, saya sertakan beberapa soalan untuk kita jawap bersama dalam senyap. Adakah seorang anak boleh tidak melawan kata ayahnya (walaupun betul) atas alasan kerana anak perlu menghormati ayahnya? (tiada kaitan dengan forem). Adakah seorang anak murid tidak boleh mengeluarkan pandangan sendiri kerana dikatakan melawan gurunya? (tiada kaitan dengan forem) Inilah kesannya jika kedua duanya dicampurkan bersama. Saya percaya ideologi yang sempit ini akan menumpulkan (critical thinking) yang sepatutnya perlu dalam diri manusia. Jika critical thinking tiada dalam setiap pelapis bangsa, cubalah anda dan saya membayangkan implikasinya.

Berikutnya, "raja adil disembah, raja zalim disergah" dari Hang Jebat. Raja harus dihormati bukan? Tetapi raja yang zalim, harus kita sembah? (juga tiada kaitan dengan forem). Kita hormat mereka yang sepatutnya layak dihormati dan bukannya menghormatinya kerana dia perlu dihormati; atau kita harus menghormati mereka kerana perlu dihormati dan bukan kerana mereka layak dihormati? Kita sendiri mempunyai pendirian masing-masing dan pilihla satu antara dua, dimana yang satu itu yang paling kita rasa baik untuk diri kita dan orang lain.

Seterusnya, sejauhmanakah hak bersuara? Apakah kritikan menjatuhkan? Apakah kritikan membina? Adakah yang berbunyi manis itu membina? Adakah yang pahit itu menjatuhkan? Atau manis itu menjatuhkan dan pahit itu membina? Adakah mengkritik bererti merendahkan? Adakah mengkritik itu pemangkin kemajuan? Apakah kebebasan? Sejauh manakah kebebasan? Yang manakah yang dikatakan melampaui batasan? Sesungguhnya, manusia sudah sesat kerana kesesatan sendiri.
Pada pandangan saya, kritikan itu harus dipertimbangankan dan bukannya melebel dengan perkataan positif mahupun negatif. Tetapi realitinya, bukan mudah untuk kita menerimanya. Dalam konteks kebebasan pula, saya tiada pendapat kerana saya sendiri pun masih tertanya-tanya. Hak asasi pun sama sahaja.

Harus ditekankan bahawa tulisan ini hanya persoalan dan pendapat saya berkaitan dengan (kesyukuran), (hormat), dan (hak bersuara) yang diinspirasikan oleh forem tersebut. Kesemua persoalan dan pandangan ini bersifat merdeka dan TIADA KAITAN dengan mana-mana protagonis dan antagonis forem berkenaan. Terima kasih kerana meluangkan masa!

(Sekadar berkongsi)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan