01 April, 2012

Kebaikan yang sekali-sekala keburukan

Kebaikan akan sentiasa sukar untuk dilakukan. Oleh itu, janganlah putus asa jika diuji semasa mengamalkannya.

Salam sejahtera kepada para penatap dan pendengar (yang menggunakan screen reader) yang masih memberi perhatian kepada Blog yang serba kurang aktif semenjak kebelakangan ini. Maaf sekali lagi kerana sudah agak lama meninggalkan alam maya zaman kini. Para pembaca yang dihormati,
Sebenarnya setiap kebaikan di dunia ini akan menjadi suatu keburukan sekiranya kebaikan itu terlalu baik, terlalu melampau dan terlalu iklas. Di sini, saya telah sertakan beberapa tulisan untuk pertimbangan pembaca-pembaca.

1)
Orang yang gemar membantu akan menjadikan semua orang sebagai rakan mereka sendiri. Mungkin dengan memberikan bantuan ini sebenarnya adalah sejinis kesyukuran kepada kebolehan mereka sendiri. Tetapi, jika terlalu banyak membantu akan menyusahkan diri dan belum tentu yang dibantu akan menyukai bantuan kita. Sebaliknya, kadang-kala, bantuan itu akan menjadi sesuatu yang menyusahkan orang lain dan bukannya MEMBANTU orang lain. Gemar membantu adalah nilai yang terpuji tetapi yang terpuji ini juga membawa bahla dan masalah kepada diri sendiri mahupun orang lain.

2)
Sabar itu separuh daripada iman. Orang yang banyak besabar merupakan mereka yang mencintakan keamanan. Walau bagaimanapun, mereka yang besabar ini akan terus besabar dengan berterusan dan hanya berharap kesabaran itu membawa kesejahteraan. Kenyataannya, kadang-kala kesabaran itu hanya model untuk menjadikan seseorang hilang kewarasan. Kesabaran adalah nilai yang terpuji tetapi yang terpuji ini juga membawa bahla dan masalah kepada diri sendiri mahupun orang lain.

3)
Sikap bertanggungjawab meyakinkan orang dengan diri kita, melahirkan kepercayaan kerana sifat kita dan tidak akan berasa ragu kerana perwatakan kita. Bertanggungjawab menjadikan diri kita sentiasa bersedia menanggung
risiko yang bakal menimpa. Tetapi mereka yang bertanggungjawab ini kadang-kalanya lupa akan nilai jasat dan roh mereka kerana terlalu terikat pada tanggungan atas risiko yang mungkin tidak sepatutnya atau tidak berbaloi untuk diri mereka. Bertanggungjawab adalah nilai yang terpuji tetapi yang terpuji ini juga membawa bahla dan masalah kepada diri sendiri mahupun orang lain.

4)
Tidak mementingkan diri menjadikan diri mereka disenangi orang lain. Kerana mereka yang tidak memandang diri mereka sebagai individu yang satu di dunia, mereka telah memilih untuk membberikan kepentingan kepada pihak lain. Memang mereka ini bijak kerana sedar akan orang lain bernilai tetapi mereka ini bodoh kerana menjadikan diri mereka ini tidak bernilai. Tidak mementingkan diri adalah nilai yang terpuji tetapi yang terpuji ini juga membawa bahla dan masalah kepada diri sendiri mahupun orang lain.

Memang susah melakukan kebaikan bukan? Bukan kebaikan yang dilakukan itu benar-benar kebaikan. Ini kerana realitinya kebaikan akan berubah sekilip mata menjadi keburukan kerana satu komponen yang kecil sahaja. Oops,

saya tidak bermaksud untuk menghentikan kalian (Pembaca) untuk meninggalkan kebaikan sebaliknya berhati-hati melakukannya. Halangan yang kita tempuh dalam kebaikan yang kita lakukan adalah ujian yang sudah pasti kita dapat lepasi. Hanya memerlukan kesabaran yang bertempat sahaja.

(Sekadar kembali menceriakan Alam Maya)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan