06 April, 2012

Berkongsi pendapat daripada pengalaman

Semakin bertanggungjawab kita kepada tugas kita, kita akan merasakan bahawa kerja kita itu semakin membebankan. Tetapi, jika kita gembira atau gemar untuk melakukan tugas itu,, maka tugas itu bukan lagi suatu beban namanya.

Selamat sejahtera kepada para pembaca yang masih meluangkan masa untuk MejaLogam. Tulisan saya kali ini sebenarnya merupakan suatu pengalaman yang telah saya alami semasa saya begelar pelajar tingkatan 5. Pada masa itu, saya dan rakan-rakan setingkatan yang lain telah dipertanggungjawabkan untuk merancang beberapa acara dalam satu sambutan yang penting bagi pihak sekolah dann semua warganya sekali. Oleh sebab semua pelajar tingkatan 5 tahun 2011 mempunyai 20 orang kesemuanya, pengkhususan tugas telah dibahagikan mengikut kemampuan masing-masing. Mungkin sebab saya mempunyai sikap riak, saya telah mengambil beban yang lebih daripada apa yang saya boleh. Kesannya, saya berasa sangat terbeban dengan tanggungjawab yang telah saya cari sendiri. Tetapi, saya juga tidak sanggup menyempurnakan tugas-tugas itu dengan cara yang bersahaja. Kesannya, tekanan yang sangat dasyat telah saya alami. Saya mula takut kerana saya rasa saya tidak mampu menyelesaikan semua tugas dengan mengikut piawai yang saya tetapkan. Walau bagaimanapun, apabila saya mengubah tanggapan saya daripada menyempurnakan tanggungjawab/berhadapan dengan beban dengan melakukan sesuatu yang orang lain suka, saya mendapati beban tadi telah pun hilang. Hal ini kerana saya akan rasa gembira jika orang yang saya sayang di sekitar turut gembira hasil usaha saya.

Melalui pengalaman ini, saya telah belajar sesuatu iaitu corak pemikiran sangat mempengaruhi cara kita bertindak. Sebenarnya, semasa kita mengalami masalah atau berhadapan dengan beban, kita boleh cuba untuk mengubah fikiran, tangapan atau persepsi ke atas beban/masalah tadi. Cuma jangan salah ubah sudah!
Senyum selalu
(Maaf saudara kekasihalam sebab mencuri dialog)

(Sekadar berkongsi pendapat daripada pengalaman)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan