16 Mac, 2011

Dam Haji

Apakah itu dam haji? Saya percaya ramai daripada kita mengetahuinya dengan jelas apa permainan tersebut. Seperti catur, dam haji memerlukan pemikiran yang tajam. Tetapi apa yang lebih menarik berkenaan dengan dam haji ini ialah terdapatnya banyak pengajaran yang kita boleh pelajari. Kita tahu bahawa buah dam akan lebih bermakna sekiranya buah tersebut menjadi "haji". Hal ini kerana "haji" boleh bergerak dengan langkah yang jauh dengan berbataskan sempadan gelangan. Dam yang asli haruslah bergerak ke baris yang paling hujung iaitu barisan yang berada paling hampir dengan pemain pihak lawannya untuk dinaikan darjatnya sebagai "haji". Bilangan "haji" yang banyak kebarangkaliannhya boleh menguasai permainan. Bilangan "haji" yang terhasil adalah bergantung kepada strategi dan corak pemikiran seseorang pemain. Strategi yang baik akan menjamin kejayaan tersebut sementara strategi yang kurang baik akan mendapat kesan sebaliknya.

Melalui situasi di atas kita sebenarnya telah ddiajar untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam menjadikan kehidupan kita lebih senang dan menjadi ahli masyarakat yang produktif dan berguna. Hal ini kerana buah dam yang biasa (insan yang masih belum mengecapi kejayaan)haruslah melalui perjalanan yang sukar untuk menjadii haji (individu yang telah menikmati hasil kejayaan). Selain itu, individu yang berjaya haruslah berkerjasama untuk menjamin kejayaan negara. Sebagai contoh, haji (golongan yang berjaya) yang banyak akan memberikan kuasa penguasaan kepada permainan (sesuatu keadaan termasuk struktul kekukuhan negara). Tambahan pula, negara yang maju adalah terdiri daripada cendekiawan yang berkerjasama dan bermusyawara buaknnya berkhidmat di negara yang lain. Walau bagaimanapun, "haji" tidak boleh dijadikan contoh dalam kehidupan kita secara menyeluruh. Cuba kita perhatikan betul-betul asal unsul buah yang dikenali sebagai "haji"! Adakah kelahiran buah itu secara mulia atau sebaliknya?
Andalah yang perlu memikirkannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan