04 Mei, 2012

Sekadar pendapat

Perkataan hanya merupakan alat perhubungan antara manusia. Semakinn kaya minda seseorang dengan perkataan, maka dia akan menjadi semakin kaya dengan ilmu. Pada masa yang sama, dia juga kaya dengan kelemahan hasil daripada kekayaan ilmunya itu.

Selamat sejahtera kepada para pembaca yang amat saya hormati. Tulisan buat kali ini adalah pendapat saya semata-mata! Jadi, janganlah terlalu mengambil kisah dengan tulisan ini, ya! Bahasa merupakan alat perhubungan yang mengeratkan hubungan siraturahim. Jadi, tidak hairanlah bahasa menjadi satu jentera yang berfungsi memupuk semangat perpaduan seperti di negara kita, Malaysia. Sudah tentu para pembaca pernah mendengar slogan yang berbunyi "Bahsa Jiwa Bangsa". Pada pendapat saya, rasional di sebalik slogan ini adalah pertuturan dalam bahasa yang sama akan menghasilkan semangat perpaduan. Tetapi mengapa mesti begitu? Jawapannya adalah kerana bahasa merupakan alat perhubungan dan medium komunikasi sesama manusia. Apabila manusia boleh berberinteraksi dengan baik, persefahaman dapat dicapai. Bagaimana pula persefahaman ini dapat dicapai? Jawapannya adalah komunikasi yang lahir hasil daripada kewujudan bahasa itu sendiri. Jadi, apa pula kaitan dengan perpaduan? Sudah tentulah komunikasi yang baik akan menghasilkan perpaduan yang kukuh. Pada masa yang sama, bahasa juga membolehkan seseorang mempelajari ilmu pengetahuan kerana bahasa juga berperanan sebagai medium penerangan. Jadi, semakin banyak bahasa yang kita pelajari, semakin banyak peluang untuk kita mendapatkan ilmu. Tetapi sedar tidak sedar, ilmu yang banyak itu sudah mewujudkan suatu kelemahan dalam diri kita sendiri juga. Tidak percaya? Lihatlah situasi di bawah ini.

Situasi 1:
"Kamu ni memang sial dan bodoh. Bangan pulak tu!" Maki A
"What are you talking about?" Balas B
Sekiranya B tidak faham akan Bahasa yang dituturkan oleh A, nescaya tiada kesan pada psikologinya apatah lagi marah walaupun B ini mungkin seorang yang panas baran?
Situasi 2:
"You are such a damn and stupit guy!" Maki Y.
"Hai, Didn't anyone teach you the meaning of 'polite'?" balas Z.
Dalam situasi ini, Z seakan-akan sudah termakan cacian yang diluahkan Y dengan penuh perasaan. Ini semua kerana Z memahami bahasa yang dituturkan oleh Y. Jadi, para pembaca dapat meneka apa keburukannya sekarang? Sebenarnya, antara jawapan yang mudah adalah Z marah apabila dicaci dengan bahasa yang telah dia pelajari. Jika dibandingkan dengan B yang tidak marah, kerana tidak faham akan bahasa itu, Z sebenarnya ada kelebihan sebab menerima lebih banyak ilmu yang dipersembahkan dalam bahasa yang dia faham itu. Tetapi, Z juga telah memendekkan nyawanya kerana faham dengan cacian yang dituturkan dalam bahasa yang difahaminya itu. Mungkin jawapan ini nampak seperti jawapan yang remeh. Tetapi jika seseorang yang berada dalam keadaan bersaing telah menerima tekanan dari segi kata-kata daripada pesaingnya dalam bahasa yang dia faham, bukankah itu satu masalah yang serius jika repotasinya jatuh akibat melayan kata-kata yang berbentuk cacian itu? Jika itu adalah niat si pencaci, maka yang terasa itu pun terkenalah jerangkap samar yang dipasang di atas jalan tar. Walau bagaimana pun, jika kita mempunyai kekuatan dalaman yang kebal bak batu permata, masalah itu pun berpangkat aruah lah!

(Sekadar mengisi masa lapang)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan