04 Mei, 2012

Hidup dan Perjuangan

Hidup ini ibarat berlari. Jika larian itu terhenti, maka yang hidup itu pun berhentilah.

Selamat sejahtera kepada para pembaca MejaLogam Blogspot yang sangat-sangat saya hargai. Untuk pengetahuan semua, saya sudah pun diterima sebagai salah seorang pelajar dalam Kolej Tungku Abdul Rahman (TARC). Sebenarnya, ini merupakan cabaran baru buat saya sendiri. Nak kata saya boleh menempuh semua rintangan itu sudahlah tentu tidak kerana saya seorang yang tidak pandai berhadapan dengan cabaran. Tetapi ini adalah jalan yang telah saya pilih dan saya tiada pilihan melainkan keberanian untuk menempuhnya. Perasaan risau sudah tentulah ada tetapi terlalu risau juga membawa masalah! Ini tidak bermakna tidak perlu mengampil kisah sebaliknya ambil kisah sebanyak mana yang diperlukan sahaja!

Oh, kembali kepada ayat sulung yang saya sertakan di atas. Sebenarnya hidup ini adalah perjuangan dan sebab perjuangan inilah kita masih hidup. Kita berjuang untuk mencari keperluan. Kita berjuang untuk mengejar kejayaan. Kita berjuang untuk mendapat kebahagiaan. Kita berjuang untuk kehidupan. Sekiranya kita berhenti berjuang, perjuangan kehidupan secara tidak langsung sudah pun terhenti dengan sendirinya. Perlukan contoh? Sebenarnya salah satu contoh yang mudah ialah harimau berjuang untuk mencari rusa, kambing, kerbau dan beberapa ribu jenis spesis lagi haiwan di rimba kerana mahu teruskan kehidupan dengan bekalan tenaga hasil daripada mangsa (makanan)nya itu. Itu hanya harimau. Jadi apa pula perjuangan kita sebagai khalifah bumi ini? Setiap individu mempunyai misi dan visi sendiri dan usaha-usaha ke arah pencapaian itulah yang dikatakan perjuangan kita. Barang kali?

Di sebalik perjuangan, kegelapan juga wujud. Hal ini kerana perjuangan memerlukan pengorbanan. Paling kurang pun masa yang menjadi bahan korban. Seperti larian, seorang atlit memerlukan tenaga dan oksigen yang mencukupi untuk meneruskan lariannya. Jika oksigen mempunyai had, atlit tersebut terpaksa mengorbankan atlit lain yang juga salah seorang penguna gas tersebut. Nampak seakan-akan zalim kerana sesetengah pejuangan harus mengorbankan perjuangan lain untuk terus berjuang. Inilah fitrah yang tidak dapat berubah dan jauh sekali untuk dikatakan zalim. Tetapi janganlah salah gunakan konsep ini pada situasi seperti berikut:
Situasi 1
"Aku berjuang untuk dapatkan dia. Tapi dia tak layan cinta aku. Jadi, aku akan hapuskan perjuangan orang lain untuk melengkapkan pejuangan aku." (hapus bererti membunuh sesiapa yang mahu atau telah menawan hati kekasihnya)
Situasi 2
"Perniagaan aku telah aku berjuang bersungguh-sungguh. Tapi, perniagaan dia yang lebih berjaya. Jadi, aku mahu jahanamkan perjuangannya agar perjuanganku mendapat pulangan." (Menjahanamkan bererti menjatuh, merosakkan dan beberapa perkataan negetif yang menjurus ke arah kejatuhan kepada perniagaan pesaingnya.)
Situasi 3
"Aku berjuang dengan bergitu sukar untuk menjadi yang terbaik kepada mereka tetapi mengapa dia yang dipilih oleh mereka? Jadi, aku mahu kotorkan perjuangannya agar orang menghargaai perjuanganku." (Kotorkan bererti menjatuhkan emej atau menukar persepsi ke arah keburukan buat pesaingnya.)

Sebenarnnya banyak lagi contoh yang boleh kita fikirkan. Asalkan ianya sudah terpesong daripada jalan kebenaran, ianya boleh diklasifikasikan sebagai kezaliman. Tetapi apa itu jalan kebenaran pula? Adakah yang dikatakan jalan kebenaran itu benar-benar BENAR?

(Sekadar kembali mencari Imspirasi)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan