07 Januari, 2012

Terima Kasih?

"Terima kasih banyak-banyak, Ahmad. Sebab ada kaulah aku tak payah jalan kaki waktu tengahari panas ni. Terima kasih sekali lagi." Ali bersalaman dengan Ahmad yang baru sahaja membantu membaiki basikalnya yang tercabut rantai. Setelah sepatah terima kasih, sepatah lagi Ali sambung sehinggakan Ahmad meluahkan kata-kata seperti berikut
"Tak payahlah nak berterimakasih. Aku hanya membantu apa yang aku mampu. Lagi pun, kita kan dah lama berkawan!" Ahmad menepuk-nepuk bahu Ali dengan tangan yang tidak dicemari menyak hitam lagi. Senyuman juga digantungkan dengan mesra pada wajah yang ceria.

Setelah beberapa hari berlalu, Rantai basikal Ali tercabut lagi.
"Mad, Aaaaa... Rantai cabuut laagilah. Bboleh bantu?" Ali sekali lagi merujuk kesusahannya dengan Ahmad yagn sudah tentu dapat menyelesaikan masalahnya itu.
"Nah, Sudah siap!" Dalam masa yang singkat, pertolongan itu berjaya disempurnakan. Setelah ali menyembut basikalnya dengan wajah yang tersengeh-sengeh, Ali terus sahaja meninggalkan Ahmad dengan tangan yang sudah hitam bak arang.

Beberapa bulan berlalu. Rantainya tercabut lagi. Oh, (nya) itu sebenarnya Ali.
"Mad, Rantai cabut lagila, boleh tolong pasang?" Ahmad pun pergi seperti biasalah.
"Dah siap." Kali ini, ali terus menunggang seperti kali kedua dia meninggalkan Ahmad dengan tangan yang hitam legam. Dalam sudut hati, Ahmad tertanya-tanya mengapakah Ali bersikap terlalu buang tabiat. Terima kasih pun tidak diucap dan pergi terus sahaja. Hairan-hairan......

Pada beberapa hari yang saya pun tidak pasti, rantai yang menyusahkan Ahmadbuat hal lagi.
"Mad, boleh tolong baiki rantai aku tak?" Ahmad sedikit longlai. Wajah nya tidak semanis dahulu. Kini, Ahmad hanya membantu alah kadar sahaja.
"Nah, dah siap," Kata Ahmad dengan begitu lemah sekali. Setelah perkataan itu diluahkan Ahmad, ali terus menunggangnya tanpa memandang Ahmad pun. Sekali lagi Ahmad bertanya ke manakah budaya ketimuran yang dimiliki Ali.

Selang sehali, rantai Ali putus lagi. Ali datang kepada Ahmad dengan sengehan yang entah apa-apa.
"Mad, rantai," Ali membiarkan kata-katanya tergantung begitu sahaja. Ahmad sangat bosan, bosan untuk membantu. Kali ini, Ahmad tertanya-tanya mengapakah rantai itu cabut cepat sangat. Rupanya-rupanya, ini adalah hasil daripada tindakan alah kadarnya semalam. Mahu tidak mahu, Ahmad membaikinya dengan sempurna supaya rantai akan bertahan lebih lama, tidak cabut. Dengan muka yang tidak rela, Ahmad mengotorkan tangan dengan minyak hitam untuk memasang rantai yang menyusahkan itu.
"Terima kasih ya Mad." Tiba-tiba sahaja, Ahmad berubah wajah. Hatinya gembira bukan kepalang.
"Tak payalah, kita kan kawan!" bahu Ali sekali lagi ditepuk-puk setelah tangan kotornya dibersihkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan