27 Januari, 2015

Keberinian

"Keberanian bukanlah ketiadaan perasaan takut tetapi memilih untuk berhadapan walaupun berada dalam ketakutan" 

Pada minggu yang lalu, seperti biasa saya menonton drama Korea di rumah.  jika tidak silap, drama itu bertajuk "Good Doctor", yang mengisahkan seorang anak yang mempunyai penyakit autisma mencapai kejayaan dan menjadi lebih matang dengan melalui manis pahit kehidupan.  Apa yang menarik, watak utama itu mempunyai persamaan seperti saya, kerana mereka yang mempunyai penyakit autisma dipandang dan dilayan seperti mana orang kelainan upaya.  Kebolehan mereka dipandang remeh hanya kerana mereka ini seakan-akan tidak berdaya. 

Dalam kisah itu, watak utama sering didera ayahnya kerana berasa malu dan benci dengan kemunculannya dalam keluarga.  Malah, ibunya juga sering dipukul kerana dituduh membawa kecelakaan kepada keluarga.  Watak tersebut bernasib baik kerana mempunyai seorang abang yang sentiasa bersamanya tidak kira apa yang berlaku.   namun, abangnya itu tidak hidup lama.  setelah abangnya meninggal dunia, keluarga itu hancur begitu sahaja.  Ayahnya hilang entah ke mana sementara ibunya pula terpaksa meninggalkannya atas alasan yang tidak saya pasti. 

Mulai hari itu, watak utama itu telah dijaga oleh seorang doktor yang berasa simpati dengannya.  Mengenali kebolehan istimewa watak utama tersebut, doktor itu pun mendidiknya dengan ilmu perubatan.  Setahun demi setahun berlalu dan akhirnya, watak utama pun lulus menjadi seorang doktor.  Pada mulanya kebolehan watak utama diragui oleh rakan sekerja dan majikannya.  Tetapi setelah usaha demi usaha, akhirnya dia diterima dan bersosial dengan orang lain.  Namun begitu, pengalaman pahit yang pernah dilaluinya masih meninggalkan kesan psikologi yang mendalam.  Kesannya, watak utama itu tidak  dapat mengcapai potensi yang terbaik selain menjadikan beliau kurang yakin dengan kebolehan dirinya sendiri.  keadaan ini bertambah teruk apabila ayah yang sangat digeruninya datang ke hospital tempat kerjanya untuk meminta wang memandangkan dia sudah menjadi seorang doktor yang semestinya bergaji tinggi.  Katakutan yang dialami watak utama bukan sebarang ketakutan apabila dia pengsan tidak menyedarkan diri setelah kali pertama bertemu dengan ayahnya yang sudah terpisah sekian lama.  Walaupun seakan-akan berlagak tidak takut pada sebutan mulut, dia sebenarnya tidak berani walaupun memandang ayahnya. 

maka lahirlah definisi keberinian dari majikannya yang berbunyi seperti di atas untuk membantu watak utama mengatasi trouma yang sudah sekian lama dialaminya.  Sejujur-jujurnya, saya juga berpendapat bahawa keberinian adalah suatu perasaan tanpa sebarang rasa ketakutan dan keraguan.  Tidak walau sedikit pun.  Tetapi bak kata watak itu, seseorang tidak dikatakan berani kerana dia tidak berasa takut.  Sebaliknya keberanian yang sebenar adalah kesanggupan untuk berdepan dengan ketakutan tidak kira sehebat mana ketakutan tersebut.  Apabila kita tidak berasa takut, kita secara langsungnya tidak mempunyai masalah dengan orang atau perkara yang kita hadapi.  Ketiadaan "masalah" ini tidak boleh dikaitkan dengan keberanian kerana kita sudah pun menghanggap perkara ini sesuatu yang biasa.  Sebagai contoh, seseorang yang tidak pernah takut kepada ular berbisa tidak berdepan dengan tekanan atau sebarang masalah memandangkan ular berbisa itu tidak dapat memberi sebarang tekanan mental kepadanya.  Baginya, terserempak dengan ular berbisa adalah seperti mana kita terjumpa kucing di tepi jalan sahaja.  Atas alasan dan contoh ini, keberinaan tidak pernah wujud dalam diri individu tersebut.  Bagi mereka yang takut kepada Ular berbisa, individu itu akan dipandang berani kerana dia berjaya mengatasi apa yang ditakut oleh mereka sendiri.  Oleh yang demikian, keberinian pun ditafsir suatu keadaan di mana ketakutan tidak pernah dirasaai oleh diri mereka sendiri. 

Cuba anda bayangkan sekiranya  seseorang itu nekat untuk berhadapan dengan katakutannya sendiri, tidakkah dia itu seorang yang berani?  Itulah inti pati yang saya peroleh daripada drama tersebut.  Sebanarnya, terdapat banyak lagi nilai dan pengajaran yang kita boleh peroleh daripada drama tersebut mahupun dalam kisah kisah yang tertulis dalam novel atau disiarkan di radio dan TV.  Nilai dan pengajaran ini kadang-kalanya memainkan peranan effectif sebagai seorang guru dalam subjek "pengalaman hidup". 

(Sekadar Berkongsi)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan