24 Jun, 2014

MejaLogam dan Kerja Kursus

Dengan takdir Tuhan, MejaLogam pun menjadi sebahagian daripada kerja kursus dalam salah satu subjek yang sedang saya belajar sekarang.  Sebenarnya, tulisan yang ditulis dalam bahasa Ingeris dan mempunyai tajuk yang berkaitan dengan bidang media massa dan komunikasi ini adalah tajuk-tajuk yang diberi oleh pensyarah.  Secara tidak langsungnya, saya tidak perlu mencari ilham untuk menulis!  Maklumlah, sejak kebelakangan ini tak ada apa yang hendak saya ceritakan. 

Sebenarnya, subjek ini sangat bagus kerana ia memberikan ransangan positif kepada saya untuk mengetahui kemampuan Blogger yang sebenar.  Sebelum ini, saya tidak tahu dan tidak teringin untuk tahu bagaimana untuk masukkan link, audio, video dan sebagainya dalam setiap entri yang saya terbitkan dalam blog ini.  Tetapi dengan tekanan yang positif daripada kerja kursus, saya yang tak mahu ambil tahu pun terpaksa tahu.  Dalam subjek itu juga, saya telah mengetahui banyak maklumat yang berkaitan dengan media massa dan juga laman social.  Maklumat-maklumat ini termasuklah applikasi dalam dunia pekerjaan dan implikasinya, fungsi dan perenan medium ini serta kesannya kepada corak komunikasi samaada pada peringkat individu mahupun masyarakat.  Selain itu, saya juga berpeluang mengasah penulisan saya dalam Bahasa Ingeris memandangkan saya masih lemah dalam bahasa antarabangsa itu. 

Selepas ini, saya masih ada beberapa entri yang berkaitan dengan media massa dan komunikasi, dan saya berkemungkinan akan merakam video dan audio.  Satu cabaran yang saya kira hebat tetapi menarik.  Walau bagaimanapun, semoga semuanya berjalan lancar dan yang paling penting, saya berharap tulisan-tulisan ini akan memberi manfaat kepada semua walaupun mungkin ianya bersifat pendapat dari seorang individu. 

(Sekadar berkongsi)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan