20 Mac, 2014

Tahniah Kepada Firus Azmi!

Seorang yang tenang, rasional dan study smart! Itulah yang saya boleh gambarkan tentang Muhammad Fairus bin Azmi atau watak sebenar dalam enciksantai.blogspot. (maaf ya, kalau silap eja nama!)

Dengan berbekalkan kejayaan yang begitu cemerlang, bekas rakan seperjuangan ini akhirnya boleh menggunakan tandas pelawat! Ops, boleh muncul dalam surat khabar! Tetapi, jika dibandingkan dengan pulangan lumayaan hasil pelaburan masa dan tenaga serta doa yang berterusan, tandas pelawat dan surat khabar bukan tandingan! Kali pertama saya bertemu dengan beliau ialah semasa saya masih bersekolah rendah di Sekolah Rendah Pendidikan Khas Alma. Pada masa itu, beliau masih mempunyai sisa-sisa penglihatan yang membolehkan beliau melihat wajah dunia walaupun tidak lagi seperti dahulu. Tetapi beliau tidaklah murung atau "down" ke atas kekurangan itu. Saya masih ingat lagi bahawa guru sains pada masa itu memuji kekemasan tulisannya! Walaubagaimanapun, saya masih kurang rapat lagi dengan beliau!

Setelah tamatnya UPSR, beliau menyambung pengajiannya ke Sekolah Menengah Pendidikan Khas Setapak, yang juga bekas sekolah menengah saya. Dari tingkatan satu lagi, beliau merupakan top 3 dalam kelasnya dan top dalam seluruh tingkatan itu. Saya masih ingat lagi, pada masa itu, Beliau, Razlan Ibrahim Mokhtar (kekasih alam) dan Hanson Ang (pelajar cemerlang SPM 2011 SMPK Setapak) yang hebat berperang antara satu sama lain untuk kedudukan yang teratas dalam kelas dan tingkatan! Ni lah yang dikatakan perang segi tiga)! Setelah saya menjadi rakan sekelas beliau pada tahun berikutnya, barulah saya perlahan-lahan mengenali beliau dengan lebih dekat. Sepanjang menjadi rakan sekelas dengan beliau, jarang sekali saya melihat beliau menunjukkan emosi yang keterlaluan seperti marah, mengamuk, emo, tak ada mood dan sebagainya. (tidak seperti saya). Guru-guru juga sentiasa memuji kematangan beliau! Tetapi, beliau tidaklah serius. Beliau seorang yang menarik dan neutral, tidaklah skema dan kelakar juga kadang-kalanya.

Dalam ujian ujian awam seperti PMR dan SPM, beliau sudah pun bersinar dengan terang, tetapi keputusan STPM kali ini benar-benar lagi terang! Salah satu faktor saya tidak mahu mengambil STPM adalah kerana ianya sangat susah pada saya! Dan saya pun takut fail! Tetapi beliau berjaya memperoleh kecemerlangan 4 A dalam empat subjek yang beliau ambil (jika tidak silap). Sesungguhnya, saya kagum dan sedikit cemburu (dengan cara baik) dengan kejayaan beliau tetapi kenyataannya, beliau layak memperoleh kejayaan sebegini selepas mempertimbangkan daya usaha yang beliau laburkan selama setahun setengah ini.

Tidak lama lagi, beliau akan mengatur langkahnya menuju ke menara gading. Dan saya percaya, dengan perwatakan beliau yang juga cemerlang pada saya, beliau akan terus mencipta kejayaan yang lebih mengkagumkan pada masa-masa yang akan datang!

Tahniah yang tidak terkira saya ucapkan kepada anda Firus! Kalau ada rezeki, bolehlah kita bertemu lagi!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan