12 Ogos, 2010

Pengenalan

Selamat datang kepada para pembaca blog “Meja Logam”. Saya berharap saya boleh berkongsi pengalaman atau pandangan saya dengan melalui penulisan di blog ini. Nama saya Tan Ee Beng dan kini masih bersekolah di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Setapak. Untuk pejgetahuan pembaca, saya mempunyai pengetahuan yang cetek tentang teknologi maklumat seperti e-mel, blog, facebook dan sebagainya. Namun, saya telah mendapat pengaruh yang baik daripada saudara Lock Weng Hang iaitu salah seorang kawan saya yang boleh dikatakan seorang yang pintar. Blog ini juga terbina atas bantuan penuh daripadanya. Selain itu. Saya juga mendapat sokongan daripada seorang guru iaitu Cikgu Zakaria, guru Bahasa Melayu saya pada tahun ini. Bagi saya, Cikgu Zakaria seorang gutu yang sentiasa mengikuti peredaran zaman. Atas pendedahanyang beliau dedahkan dalam kelas tentang teknologi maklumat, saya telah bertekat untuk membina e-mel, blog dan perkara-perkara yang boleh saya aplikasi dalam kehidupan.

Disini juga saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Lock Weng Hang dan Cikgu Zakaria yang telah membantu saya secara langsung dan tidak langsung untuk berjinak-jinak dengan teknologi maklumat dan memberikan ilmu serta sokongan positif. Sesungguhnya, saya sangat gembira kerana boleh menulis dengan bebas dengan batasan tertentu dalam suatu ruangan yang tidak memerlukan kertas tetapi dapat dibaca oleh ramai orang. Tambahan pula, saya boleh melihat pandangan orang juga. Pandangan ini boleh diperoleh melalui ruangan komen pembaca.

Semoga dengan kelahiran blog ini boleh menambahkan nikmat kehidupan walaupun dunia ini hanya fana semata-semata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan